ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Kisah Keluarga / Kenangan Di Kampung Halaman Dan Kisah Sebatang Pokok

Kenangan Di Kampung Halaman Dan Kisah Sebatang Pokok

9May | 2015

9 May 2015 By ctfand 8 Comments

Aku menaip entri ini diiringi lagu dendangan Dato Shake, Pulanglah..menggamit kenangan sungguh.. šŸ™‚

Masih berkisar tentang cerita balik ke kampung pada 1 Mei hari tu.

Bila di kampung, banyak perkara yang membangkitkan kenangan zaman kanak-kanak.

Banyak juga yang dah lama ditinggalkan.

Kalau sepupu sepapat atau anak saudara, ada yang dulu aku tinggalkan masih berhingus, yang tinggi setakat pinggang aku je, sekarang ada yang dah lebih tinggi daripada aku. Kadangkala ambil masa untuk aku cam sorang-sorang..he he. Nasib baiklah dorang ingat ā€œkak fandā€ atau ā€œaunty fandā€ dorang ni..

Sebenarnya setiap tahun aku balik juga ke kampung bila tiba Hari Raya. Tapi jarang dapat jumpa semua sanak saudara yang ramai dan meronda kawasan kampung, akibat masa yang sangat terhad..

Cerita tentang kampung.. Kampung aku terletak tepi pantai.

Sayangnya, pantai sekarang dah jauh beza dengan pantai 10 – 15 tahun dulu. Pantai terhakis dan makin sempit. Suasana keindahan pantai juga dah ditutupi dengan kawasan penempatan akibat pertambahan penduduk. Dah macam karangan Geografi tingkatan 3, kan..hihi

pantai

kami menyusur laluan ke pantai. di kiri, gelanggang futsal, di kanan, kawasan kediaman

Lihat gambar di atas ni. Dulu-dulu kawasan ini adalah pantai sepenuhnya. Tempat orang menaikkan ikan-ikan segar yang ditangkap dari laut pada malam sebelumnya, untuk dijual di “tamu” atau pasar..

Di kawasan pantai kami ni ada kawasan pokok bakau, tapi tak lah tebal sangat.

Masa kecik-kecik dulu, kawasan bakau itulah kami jadikan sebagai tempat bermain pada waktu petang, jika air laut surut. Mencari siput dan ā€œpun-punā€ untuk dibuat umpan pancing. Pancing pula bukanlah joran. Sekadar tali ā€œtangsiā€ atau tali pancing yang dipasang ā€œkerabatuā€ atau pemberat, dan mata kail. Tali pancing pula di lilit pada botol plastik atau tin minuman yang sudah kosong. Epic sungguh.

Boleh katakan, kawasan bakau ini adalah antara ā€˜playground’ kami di kampung. He he. Pernah juga kami jadikan sebagai kawasan ā€œpengembaraanā€. Teringat satu game yang kami reka, tak boleh pijak tanah. Hanya boleh pijak akar pokok bakau je.

Seronok pulak bila dikenang.

pokok bakau

contoh pokok bakau. yang ini terletak di hujung kampung aku. tebal sikit pokok bakau kat sini

Di hujung kawasan bakau ini, ada satu pokok yang tumbuhnya agak terasing. Hanya dikelilingi oleh batu-batuanĀ di sekitarnya..

Inilah pokoknya.

Pokok ini dah ada kat situ sejak aku kecil. Pokok ini lah biasanya jadi tempat kami berteduh dari panas juga tempat berehat bila letih bermain dan mencari siput di kawasan berbatu di sekitarnya, pada waktu air laut surut.

kami di pantai. pasir pantai dah tak cantik macam dulu

Kini selepas lebih 30 tahun, pokok ini masih wujud.

Sayangnya, aku tak berkesempatan mengambil gambar dekat pokok ini. Malah, jenis atau nama pokok pun aku tak tahu. InsyaAllah kalau berkesempatan, aku akan cari nama rasmi pokok ini dan gelaran kampung nya. Hanya untuk rekod…

Rindu suasana kampung…

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Kisah Keluarga Tagged With: cerita desa, cerita kampung halaman, kampung halaman

Comments

  1. niesa

    9 May 2015 at 11:49 am

    wahhh..mesti seronok kan bila mengimbau zaman lampau n sedih bila masa mengubah segalanya..seronok rumah tepi pantai..

    Reply
    • ctfand

      11 May 2015 at 7:14 pm

      Seronok jugak walau dah ada perubahan..

      Reply
  2. titan

    10 May 2015 at 6:56 am

    lama juga tak dengar lagu pulanglah tu.

    Reply
    • ctfand

      11 May 2015 at 7:14 pm

      Epic kan..

      Reply
  3. Panduan Exam

    11 May 2015 at 12:36 pm

    Ini betul-betul mengimbau kenangan nih.. Mesti banyak ketam nipah kat situ kan?

    Reply
    • ctfand

      11 May 2015 at 7:15 pm

      Kami panggil ketam kaluk kot tu.. šŸ™‚

      Reply
  4. muliani

    30 May 2015 at 6:58 pm

    cantik sgt tempatnyaa.. anak anak msti suka kalau blik kg kan

    Reply
    • ctfand

      30 May 2015 at 7:26 pm

      Perkara yg paling ditunggu2.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2026 ctfand.com Ā· Sitemap Ā· Powered by WordPress Ā· Built on Genesis Framework

%d