ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Personal / Cerita Kosong

Cerita Kosong

22May | 2015

22 May 2015 By ctfand 8 Comments

IMG_0966.JPGEntri ini cerita kosong. Tak ada maklumat, kurang “berisi” dan mungkin merapu..

Tak pastilah kenapa. Dalam beberapa minggu ni mood untuk menulis agak terganggu. Sudahnya, banyak cerita tertangguh.

Sebenarnya semua cerita dah tergambar dan ter “rangka di kepala ni. Tapi nak menterjemah dalam bentuk ayat tu punyalah payah dalam 2-3 minggu ni.

Banyak sebenarnya kisah dan cerita sejak Januari 2015 yang aku belum masukkan dalam blog peribadi aku ni. Antaranya lawatan kami ke Wetland Dengkil, cerita di District21 IOI City Mall, cerita perjalanan balik ke kampung baru-baru ni, cerita2 Hani dan Kimi dan macam-macam lagi lah.

Perkara-perkara ini nak juga aku rekodkan untuk kenangan masa hadapan..sambil-sambil nak berkongsi dengan korang yang membaca atau terbaca.

Tapi, sedia maklum dah sebab blog ini adalah minat dan hobi semata-mata.. Kalau ada masa, boleh lah dilayan. Kalau tak ada masa..terbiar macam tu je. Tapi tidaklah sampai nak meninggalkan ctfand.com ini selama-lamanya. Sayang sangat blog ni..

Cerita tertangguh ni adalah disebabkan berhadapan dengan beberapa perkara penting yang perlukan perhatian lebih di pejabat dan, semestinya di RUMAH..sampai tak sempat nak mengarang dan merangka  entri untuk blog.

Dalam penghujung bulan ni pula, dah mula sibuk dengan budget screening RMKe-11. Preparation perlu di buat. Dah prepare pun, tunggu hari kejadian saja lagi.

***

Di kawasan pejabat aku sekarang ni sibuk dengan Festival Belia Putrajaya 2015. Ada siapa-siapa yang pergi ke?

Nasihat aku, bagi yang berkeluarga, yang punya anak kecik dan nak sangat hadir ke festival ni, pilih waktu pagi untuk ke sini..atau ambil pada waktu lewat petang hingga malam. Waktu-waktu ni tak panas dan aku jangka tiada masalah untuk korang bersiar-siar bersama baby. Waktu-waktu lain, berani buat berani tanggung…

Untuk memudahkan pergerakan bersama baby juga, aku syorkan korang pakai baby carrier.. Kalau pakai stroller, takut jadi leceh dengan menempuh suasana yang ramai orang, itu tak masuk kalau baby tak nak duduk dalam stroller.

Aku tak halang penggunaannya. Cuma advice je. Nak guna..guna je lah..

Aku sekeluarga tak pergi kot. Malas. Tunggu Hani besar sikit baru pergi. Lagi pun dah ada plan lain untuk 2 hari ni.

Oh ya, event untuk blogger dan pengamal media iaitu Sepetang Bersama Blogger 2015 akan di adakan di Taman Cabaran, Putrajaya. Tapi tak pasti nak pergi ke tak. Tengoklah, kalau tiada aral, kalau diizinkan Allah..hadirla kot si blogger part time ni..hihi.

Ok..cukuplah..

Jumpa lagi.. :))

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Personal Tagged With: borak kosong, cerita kosong, festival belia 2015, sepetang bersama blogger

Comments

  1. yumida

    22 May 2015 at 4:48 pm

    time panas kuat skrg ni kak. elok pg time redup petang or mlm2 ke festival tu kan. beznye..klo dekat tringin gak nk pg.

    rmk11 ada baca tajuk tu dlm news tp belum baca isinya. benda penting tu. moga dipermudahkan urusan kerja akak..

    Reply
    • ctfand

      22 May 2015 at 9:58 pm

      Betul yumida..kesian pulak anak2 menghadap panas sekali sbb parents..
      Terima kasih ye…

      Reply
  2. titan

    24 May 2015 at 7:38 pm

    sbb mungkin tak pegi.

    bini tengah due masa nih.

    hoho..

    Reply
  3. MDHAFiZ.NET

    27 May 2015 at 5:34 pm

    duk dekat untung la..huhu. kite kt joho mne la nk g.

    Reply
  4. muliani

    30 May 2015 at 6:54 pm

    duduk dekat mmg bg advantage sedikit..

    Reply
    • ctfand

      30 May 2015 at 7:26 pm

      Betul tu.

      Reply
  5. kak yatiadam

    13 June 2015 at 10:48 pm

    dapat buat satu entri pun dh ada la mood menulis tu..

    Reply
    • ctfand

      13 June 2015 at 11:08 pm

      Tu la..lontarkan apa yg ada difikiran..jadi pulak satu entri.. :))

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2026 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d