
ranking alexa terkini ctfand.com
Akhirnya..angka Alexa rank blog ini yang semakin “bertambah” dan “menaik” telah terhenti juga pada angka 3 juta.
Jauh bebeno ranking blog ini ditendang Alexa..harharhar.
Sebenarnya, sejak Alexa mengubah sistem perkiraan atau metriks dan algorithm ranking blog pada awal tahun 2015, ranking blog ini terus jatuh, dan jatuh dan jatuh tersungkur..dari hari ke hari sejak bulan Januari. Lama dah..aku peratiii je..
Bila dah berhenti ke angka 3 juta ni..barulah nampak ada sedikit perubahan, yang mana, ia tidak lagi terus jatuh, tapi angkanya mula menurun (mengecil) secara perlahan.
Dalam 3 hari lepas, aku ada nampak yang ranking blog ni dah jatuh terus ke angka 4 juta, kemudian berubah menjadi 3.9 juta, dan hari ini (saat entri ini diterbitkan) ke 3,028,176. Jatuh tersungkur teruk.
Itu di peringkat Global.
Rank di peringkat Malaysia pula, non hado. Nampak ” — ” je..ha ha.
Antara penyebab jatuh ini adalah disebabkan blog ini yang semakin jarang update..paling banyak pun 3/4 kali seminggu.
Kalau dikira dari sudut pelawat pula, agak kurang munasabah juga sebab minimum pengunjung blog atau unique visit dalam sehari adalah 1,000 orang.
Begitu juga dengan total link ke blog ini yang kalau diikutkan, ada 119 link semuanya termasuk link dari blog Sridhar Katakam, pakar modifikasi dan pakar rujuk Genesis Framework. (Ada kisah aku nak kongsikan tentang beliau ni. Nantikan entri akan datang..)
Aku pun tak ada informasi sangat tentang bagaimana pattern penilaian Alexa ni.
Ada yang kata semuanya kesan daripada toolbar pagerank yang tidak akan lagi dikemaskini, akibat dimanipulasi sesetengah pihak. Bacaan lanjut tentang isu pagerank anda boleh rujuk di Laman web Webmasterworld.com ini.
Walaupun ranking Alexa jatuh terduduk, ia langsung tidak mematahkan semangat atau memadamkan minat aku untuk terus mengemaskini dan berkongsi maklumat di dalam blog ini.. ๐
Alexa tahun 2015 ni mmg lain macam sikitlah.. ramai ranking jadi kelaut. Saya pun tak terkecuali juga.. apa pun, semoga terus sukses ye.. ๐
Betul tuan khir..makin pelik alexa ni.. Saya juga nak ucapkan agar tuan terus sukses.. ๐
Teruk penangan Alexa Rank sekarang ni… Blog saya pun jatuh terduduk setelah lebih 20 hari tak ada menulis sebarang entri baru…. Ni baru nak aktif balik, tapi masih belum mampu lagi sebab ada banyak kerja yang perlu diselesaikan..
Tak pe tuan..kita tak payah fikir sangat ttg Alexa..kita teruskan berblog bila2 masa terluang ๐
Jarang check pun. Baca entri ni barulah teringat nak check. Nah, tu dia…di tangga ke-2 juta.. Hahaha… Apa-apalah Alexa, janji bahagia sudah ~_^
Betul2 MD..janji kita bahagia dgn blog kita ๐
saya pun dah lama x tgk rank alexa ni kat blog “myrujukan.com” tuh sebab alexa macam tiba tiba x betul jer dia punya bacaan, skrg dah ok, nanti saya check ranking blog saya pula
Alexa dah macam kena “reset”..kan
ishak punya rangking pun kena tendang jugak,paling sadis sebab sekarang ni banyak persaingan iaitu terdapat duplicated dari pihak pen merah
Wah..sadis jugak tu kalau kena duplicate.. Plugin seo by yoast ada cara untuk handle duplication atau copy paste entri ni..melalui option rss feed dia.. Apapun all the best dan happy blogging, ishak.. ๐
tak pelah tu..janji trafik cantik..kita puas hati ada blog.
Betul..yg penting puas hati dgn blog sendiri sudah ๐
Ayu ntah cmne..xpnh cek. Update pun mcm xsmpat je skrg.kui2…
He he..mak mak memang macam tu… ๐
sama la kak. ranking alexa kelaut dah. dulu rajin check sekrg malas nk semak dah. since sistem baru awal thn ni, makin besar kan angka alexa kita
Assalaimmualaikum… ctfand,
mselim3 ranking jatuh gak… sekarang nie masing-masing mood berblog pun dah ke laut…
mselim3
Melihat pada Alexa Rank terkini, macam tak relevan pulak untuk dijadikan salah stu ukuran utk blog. Namun,.. Syukur juga RM tak sampai lagi angka juta2…
tak apa.
naikkan pelan-pelan je dulu.
jangan fikirkan sangat.
saya dah lama x check.. tambah2 plak baru2 ni macam mna ntah terdelet plak blog saya tu kat “claim site” kat laman alexa… hmm..
blog kitorang juga turun ranking alexanya
Sama jer ngn blog saya pun..dah kelaut china jadinya..adoiiilaaa…
saya punya ranking naik turun, tak pasti macam mana cara dia tentukan ranking tu sebab ada blog tu jarang update tapi ranking dia mantain jer
nanti naik balik.. hehe pelan pelann
Its ok. Saya tak kisah pun sebenarnya ^^