Potong kuku bayi memang sangat-sangat “menakutkan” buat kaum ibu. Lebih-lebih lagi bagi bayi yang baru lahir. Bayi yang sentiasa menggerak-gerakkan tangannya secara random ditambah pula kuku bayi yang nipis membuatkan usaha untuk memotong kuku bayi sukar.
Bila dah sukar, kadang-kadang termiss beberapa hari untuk memotong kuku bayi. Dahlah kuku bayi ni cepat pertumbuhannya.
Itulah sebabnya, salah satu alasan untuk memakaikan sarung tangan kepada bayi adalah untuk melindungi bayi dari tercalar dengan kukunya sendiri.
Sebab lain pemakaian sarung tangan bayi ada dikongsikan di entri bertajuk bila masa sesuai buka sarung tangan bayi ni.
Jadi, berikut adalah tips yang aku amalkan untuk memotong kuku Hani, semasa dia masih bayi hingga sekarang. Sekarang ni dia lagi lasak..memang kena perhebatkan langkah-langkah dalam tips ini:
Tips Potong Kuku Bayi
1) Potong kuku semasa bayi tidur
Beberapa kali aku amalkan cara ini, memang berjaya. Tapi anda kena alert juga dengan pergerakan bayi. Ini kerana, takut bayi terbangun dan terkejut masa kita sedang potong kukunya. Bila berlaku macam tu, cepat-cepat alihkan pemotong kuku. Nanti terluka pula si comel tu.
2) Basahkan sedikit kuku bayi dengan air atau wet tissue
Tips ini juga boleh diamalkan oleh orang dewasa. Kuku yang basah bila dipotong takkan “berterbangan” sebaliknya akan “lekat” pada pemotong kuku. Jadi sisa kuku senang dibersihkan.
Kalau tak buat macam ni, risau pula kuku bayi yang dah dipotong tu “terbang” masuk ke dalam mata bayi. Tak pun terjatuh ke tempat bayi tidur. Kuku bayi ni nipis dan agak sukar dilihat. Takut-takut kita tak nampak kuku yang dah dipotong tu.
3) Pakai pemotong kuku lebih besar dari saiz kukunya
Pemotong kuku khas bayi boleh digunakan semasa bayi baru lahir hingga umur bayi 2 bulan. Selepas daripada itu, adalah dicadangkan agar anda menggunakan pemotong kuku yang lebih besar dari saiz kuku bayi.
Ini kerana, pemotong kuku khas bayi yang kecil memerlukan kita memotong dua kali iaitu disetiap sudut kuku bayi ( especially bila bayi dah berumur 3 bulan ke atas).
Kalau bayi ok dan tak meragam, nasib baiklah. Tapi kalau baru potong satu sudut, lepas tu bayi dah meragam, tentunya kita terpaksa hentikan pemotongan. Hasilnya,potongan kuku bayi jadi tak sekata dan kemungkinan tajam kerana hanya sebelah sudut saja yang berjaya dipotong. Bahaya pula jadinya.
Dengan menggunakan pemotong kuku yang lebih besar, kita akan dapat memotong sekali saja setiap kuku bayi. Tak perlu dua kali seperti di atas tadi. Kalau tiba-tiba bayi meragam pun tak mengapa sebab potongan pada kuku tu dah sempurna. Dah meragam tu, hentikan pemotongan dan sambung bila baby dah tenang.
Jadi untuk memudahkan pemotongan kuku bayi, amat disyorkan untuk menggunakan pemotong / ketip kuku yang lebih besar dari saiz kuku bayi.
3) Bersuara, samada bercakap-cakap dengan bayi, berzikir atau menyanyi lagu kanak-kanak
Dengan adanya bunyi-bunyian dari mulut si ibu, bayi kita akan terdiam, mendengar suara ibunya. Tapi bercakaplah dengan suara yang lembut, halus..jangan kasar-kasar.. nanti dia takut pula..
Cuba juga berzikir atau menyanyikan lagu-lagu nursery rhyme yang simple dan lembut.
Berdasarkan pemerhatian aku, Hani akan lebih tenang bila aku alunkan kalimah “Laailaahailla Allah”.
Selain berzikir, aku juga akan cuba nyanyikan “twinkle-twinkle little star” kegemarannya. Lebih-lebih lagi setelah dia berumur 6 bulan ke atas ni.
Perkara-perkara seperti ini akan membuatkan baby distracted atau mengalihkan perhatiannya dari alat pemotong kuku yang ada di jarinya. Kalau tak buat macam tu, nanti bayi akan tarik-tarik tangannya, sebab mungkin dia takut dengan ketip kuku tu. Ini berlaku terutama bila bayi dah mula faham atau dah mula pandai memberikan respon.
4) Duduk kan bayi di pangkuan anda (bagi bayi yang dah boleh duduk)
Posisi ini memudahkan kita memotong kuku bayi kerana kerana kedudukannya seperti kita memotong kuku kita sendiri. Posisi lebih semula jadi.
5) Fokus!
Ini pun penting juga.
Ibu-ibu, jangan potong kuku bayi anda semasa drama kegemaran anda sedang bersiaran ye..he he. Faham-faham je lah.. kan
Make sure anda tenang, bayi pun relax.. supaya boleh fokus memotong kuku bayi.
Elakkan juga memotong kuku bayi semasa anda stress atau marah dengan anak-anak anda yang lain..takut lain pula jadinya. Pendek kata, tenangkan diri setiap kali semasa anda menguruskan bayi kecil anda.
******
Begitulah 5 tips ringkas tentang memotong kuku bayi hasil dari pengalaman aku. Ada masanya tips ini menjadi, ada masanya tidak.
Kalau tak menjadi, jangan rasa tertekan..biarkanlah dulu kuku si bayi tu..esok-esok, baru sambung potong pula..
Moga bermanfaat.. 🙂
Aretikz
Ok.. part numb 3 tu memang nak try la ni.. sal sampai anak umur 6 bulan skrg.. mc pkai gunting kuku yg sama.. cuma tu la.. kalau saya dgn istri.. masa anak menyusu badan.. saya la pegi potong kuku anak.. hehe..
ctfand
Haa..ada satu tips tambahan di sini.. “suami tolong potong kuku baby masa baby sedang menyusu badan dgn ibu..” Pointnya adalah “kerjasama”.. Tq aretikz.. 🙂
aku penghibur
wahhh bagusnya ^_^
kak mohon share ye di fb
ctfand
Terima kasih acik…boleh je.. 🙂