Selain sekolah sesi pagi, aku juga hantar Kimi untuk ke Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) pada sesi petang. Sebab rasa macam rugi pulak kalau cuma hantar Kimi ke transit di tadika lamanya.
Kelas KAFA Kimi ni, pada setiap hari Isnin akan diadakan perhimpunan. Berhimpun pulak bukan di dalam dewan yang ada air-cond, kipas bagai.
Tempat perhimpunan KAFA masih di tempat yang terlindung, tetapi dibuat di kawasan parking motorsikal. Jadi, faham-faham je lah bila perhimpunan dibuat sebelah petang.
Memang panas dan berbahang sangat tempat anak-anak ni berhimpun.
Aku pernah ke tempat perhimpunan KAFA Kimi ni masa hari pertama pendaftaran KAFA. Memang sangat panas. Bahang dia jangan cakap. Tambah-tambah lagi dengan cuaca panas melampau sekarang ni.
Kimi dah beberapa kali komplen yang dia tak suka dengan perhimpunan KAFA. Alasannya sebab panas. Ye lah, aku menunggu Kimi perhimpunan pada hari pertama hari tu pun sampai migraine.. ini kan lagi budak-budak ni.
Jadi, awal pagi semalam, Kimi bagitahu kat aku yang dia tak nak join perhimpunan KAFA sebelah petang nanti, sebab panas dan buat dia berpeluh banyak dia kata.
Aku cakap kat Kimi, bukan dia seorang yang rasa panas, semua kawan pun rasa juga. Tak mengapa rasa panas sama-sama dengan kawan-kawan Kimi semua.
Tapi, Kimi bagitau yang dia tak nak juga masuk perhimpunan. Dia nak terus duduk dalam kelas.
Aku tanya Kimi, dia tak takut ke kena marah dengan ustaz kalau ustaz nampak dia ada kat kelas masa perhimpunan?
Tau tak Kimi jawab apa, Kimi kata, nanti dia menyoroklah macam kawan dia Ariq (bukan nama sebenar). Laa..rupanya ada kawan dia dah buat….
Aku warning juga kat Kimi, kalau tak masuk perhimpunan dan kantoi dengan ustaz, Kimi kena denda, Kimi tanggung sendiri.
Kimi angguk je.
***
Jumpa Kimi sebelah petang di rumah, aku tanya Kimi.
“Jadi, macamana petang tadi? Kimi dapat duduk dalam kelas dan tak masuk perhimpunan?”
Kimi kata, “Tak…”
“Kenapa..??” Aku tanya lagi.
Kimi jawab.. “Sebab ustazah nampak Kimi dalam kelas tadi, lepas tu ustazah suruh jugak Kimi turun ke perhimpunan”
“Kan mama dah kata…” Aku kata kat dia.
Aku dan suami gelak senyap-senyap..hihi..
Aku tanya juga samada dia kena denda tak sebab tak turun perhimpunan pada asalnya. Kimi bagitau tak kena denda, kena suruh turun je..
Nasib baik tak kena denda..
Itulah cerita perhimpunan KAFA Kimi. Kesian juga sebenarnya sebab memang kawasan perhimpunan mereka tu sangat panas. Tempoh masa perhimpunan pula aku tak pasti berapa lama.. Kesian kat budak-budak tu semua.
Tapi nak buat macamana..dah arahan pentadbiran. Kena lah ikut….
Leave a Reply