Resepi ni sesuai untuk bayi antara umur 8 bulan hingga setahun.
Bahan-bahan:
Suku penuh cawan beras atau lebih kurang 3 sudu besar
1 potong labu manis
1 batang lobak
Cara Memasak:
1. Basuh semua bahan seperti biasa.
2. Labu manis dipotong dadu. Labu manis ni akan lembik bila di masak dan menjadikannya mudah dilecek. Jadi potong dadu pun tak apa..
3) Lobak dipotong kecil atau slicekan/hiris seperti gambar di atas.
Alat pengupas kulit timun dan lobak di bawah ini aku gunakan untuk menghiris lobak sehingga nipis.
4. Campurkan sahaja kesemua bahan di dalam periuk memasak.
5. Masak bubur nasi labu manis seperti biasa.
Inilah hasilnya… 🙂 Untuk Hani sekarang, makanan ini dah tak perlu terlalu lembik sebab Hani dah ada gigi di depan untuk menghancurkan makanan.
Hani sangat-sangat suka resepi ini..mungkin sebab labu ni manis. Macam kentang Jepun yang warna merah tu..
Tips:
1) Jika bayi anda menghadapi kesukaran untuk membuang air besar atau sedang mengalami sembelit, lebihkan air semasa memasak bubur nasi ini. Ini menjadikan nasi, lobak dan labu manis lembut selembut-lembutnya.
2) Untuk menjadikan bubur nasi hancur, pukul bubur nasi labu manis ini dengan pemukul telur semasa hampir hendak masak.
3) Jangan lupa aplikasikan 4 days rule untuk mengetahui samaada bayi anda alegi atau tidak dengan satu-satu jenis makanan atau sayuran atau buah-buahan. Caranya adalah memberi makanan yang sama selama 4 hari. Jika tiada ruam atau alahan lain berlaku..maka, mungkin bayi anda tiada masalah menerima makanan tersebut. Untuk maklumat lanjut, anda boleh baca entri Panduan Persediaan Makanan Bayi 6 Bulan ini dan entri bertajuk Hani Terkena Reaksi Alahan.
ummi tiqah
ummi sedang compile resepi makanan bayi untuk dikongsi di blog ummitiqah.com. terima kasih atas perkongsian, ummi minta izin share ye 🙂
ctfand
Sama-sama..boleh..
azleena
sedap ni boleh cuba untuk anak saya, tq admin 🙂
ctfand
Sama-sama puan..
Hasrul Hassan
Wahh bagus ni .. memang tgj cari ni