ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Techie / Puas Hati Dengan Maxis

Puas Hati Dengan Maxis

1Dec | 2014

1 December 2014 By ctfand 6 Comments

Entri tidak berbayar dan hanya perkongsian pengalaman.

Entri ini adalah update kepada entri pengalaman dengan Maxis, Hotlink dan Digi yang diterbitkan pada tahun 2013. Masa tu baru mula belajar menulis..entri sangat-sangat ke laut dan bercampur aduk.. Ada juga nada geram dalam penulisan entri tu kepada Maxis. Tapi kini aku nak update yang aku sangat puas hati dengan Maxis.

IMG_8411.JPGSebenarnya, pengalaman aku dengan Maxis kini boleh aku katakan berubah menjadi pengalaman best bila aku meletakkan simkad Maxis Postpaid aku pada BlackBerry Q10. Blackberry Q10 menyokong perkhidmatan 4G dan tidak hanya terhad kepada 3G saja. Selain itu, lokasi aku yang kini berada di Putrajaya membuatkan aku dapat menikmat servis Maxis 4G.

Anda boleh lihat di sini data ujian kelajuan Maxis yang diuji menggunakan Speedtest.net. Download speed pada kadar 24 Mbps dan upload pada kelajuan 10Mbps. Laju! Upload gambar ibarat dalam sekelip mata. Tiada lagi gangguan pada sms, whatsapp dan email. Semua diterima atau dapat dihantar in real time  tanpa delay seperti dulu.

Buat masa ini aku tiada isu dengan Maxis. Dah 10 tahun aku menggunakan nombor Maxis Postpaid. Sekarang dah jadi ahli Maxis One Club  dah pun. Kelab ini adalah  invitation-only programme untuk pelanggan Maxis yang memiliki rekod bayaran yang bersih dan ada lagi beberapa syarat yang lain. Seronok juga bila loyal customer  ni dihargai.

Memang tak dinafikan, bermacam rungutan yang kita baca tentang perkhidmatan Maxis. Bertebaran di internet.

Maxis dan yang seangkatan dengannya memiliki customer service . Jadi, kita salurkanlah masalah atau apa juga isu yang kita hadapi disaluran yang betul. Biar mereka tahu supaya mereka boleh tambah baik perkhidmatan.  Telefon atau berjumpa mereka di Pusat Perkhidmatan (Service Center) di mana-mana cawangan.

Setakat ini semua masalah yang aku utarakan boleh dikatakan aku berpuas hati dengan maklumbalas yang mereka beri. Dan tak pernah lagi bercakap atau berjumpa dengan staff yang “pelik-pelik”. Anda tahu maksudnya..

Akhir kata…terima kasih Maxis! 🙂

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Techie Tagged With: Blackberry Q10, kelajuan Maxis 4G, maxis, Maxis 4G, Maxis internet 4G

Comments

  1. Cikgu Norazimah

    1 December 2014 at 8:01 pm

    CN pun pengguna Maxis gak, dari zaman bujang sampai dah jadi mama budak ! hehe

    Jemput join segmen CN yer 😉

    Reply
    • ctfand

      2 December 2014 at 12:08 pm

      sama la kita CN…hehe

      Reply
  2. Norhasniza Khalid

    2 December 2014 at 6:23 am

    mama sendiri pun pengguna maxis, ok je hingga sekarang..

    Reply
    • ctfand

      2 December 2014 at 12:09 pm

      saya pun alhamdulillah tiada isu..banyak yg saya tau, komplen macam2 tapi salah tempat..

      Reply
  3. Imran

    4 December 2014 at 1:53 pm

    Bagus juga dengan maxis ni ye, saya tak pernah oakai maxis cuma celcom je.

    Reply
    • ctfand

      4 December 2014 at 5:24 pm

      Pada saya bagus… 🙂

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d