ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Kisah Keluarga / Persiapan Sekolah Darjah 1 Kimi

Persiapan Sekolah Darjah 1 Kimi

22Dec | 2014

22 December 2014 By ctfand 10 Comments

InsyaAllah, Kimi akan melangkah ke alam persekolahan Darjah 1 tahun depan. Dah besar dah Kimi. Tak terasa masa berlalu. 7 tahun macam sekejap je..

Alhamdulillah, setakat ini persiapan untuk Kimi ke Darjah 1 dah selesai. Harap-harap tiadalah yang tertinggal. Saja buat persiapan awal supaya semua perancangan tersusun. Asyik buat last minit mau sakit jantung mak dia ni..he he.. na’uzubillah.

Jadi, di sini aku nak kongsikan sedikit persiapan darjah 1 yang aku sediakan untuk Kimi.

Persiapan Darjah 1

Pakaian

  • 5 helai baju putih untuk setiap hari
  • 4 helai seluar panjang biru gelap
  • 2 pasang baju sekolah agama
  • 1 talipinggang
  • 2 pasang kasut putih
  • 3 pasang stokin

Baju putih sengaja beli 5 untuk kemudahan busymummy macam aku. Kami tiada maid, semua kena buat sendiri. Jadi satu helai sehari adalah wajar pada pertimbangan aku dan suami..

Yang seluar biru tu macam “alang-alang” je beli 4 kan. Nanti aku tambah lagi satu lah..bagi genap 5.

persiapan darjah 1

Alat Tulis

  • 1 beg
  • 1 bekas pensil
  • 1 penajam pensil
  • 2 kotak pensil
  • 2 kotak pemadam
  • 1 pembaris

Beg sekolah kami pilihkan yang tak beroda. Kimi pun ok sebab katanya dia dah besar…he he. Risau juga ni takut salah beli. Tengok keadaan nanti. Kalau buku banyak sangat yang perlu dibawa balik dan berat, mungkin akan cari juga satu beg beroda.

Pensil tu satu kotak ada 12. Pemadam pula bila dijumlahkan ada 7 semuanya. Sengaja beli lebih..manalah tahu hilang masa kat sekolah. Tercicir ke..kan.. Faham-faham je lah, budak-budak ni kurang cermat.

Satu saja yang aku belum beli, buku latihan. Akan standby dalam 10 buku nanti. Sebenarnya, aku tak pasti ketetapan sekolah macamana. Takut mereka minta pelajar menggunakan buku-buku yang ada logo sekolah, membazir je beli lebih nanti.

IMG_8767.JPG

Ada beberapa lagi yang perlu dibeli dari kedai buku sekolah. Antaranya lencana sekolah, t-shirt ko-kurikulum dan t-shirt sekolah. Tengah mencari masa yang sesuai untuk menjengah kedai buku sekolah sebelum sekolah buka nanti.

IMG_8766.JPG

Itu saja persiapan sekolah Darjah 1 Kimi. Dia dahpun bergaya dengan baju sekolahnya. Tak sabar nak pergi sekolah baru katanya.

Moga langkahmu sentiasa mudah, nak..

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Kisah Keluarga Tagged With: kelengkapan darjah 1, kelengkapan tahun 1, Kimi, persiapan darjah 1, persiapan tahun 1

Comments

  1. ema

    23 December 2014 at 11:11 am

    dah beli yer..akak belum beli apa-apa lagi..beli untuk tambahan jer…masih elok yang lama.

    Reply
    • ctfand

      23 December 2014 at 11:15 am

      Beli awal sbb pertama kali, kak ema..he he.. Cuak + excited pulak anak nak masuk darjah 1… 🙂

      Reply
  2. wawa

    23 December 2014 at 4:29 pm

    wahh, kimi pun semangat nak gi sekolah tu..

    selamat mengahrungi alam persekolahan kimi..”)

    Reply
    • ctfand

      23 December 2014 at 4:31 pm

      terima kasih, aunty wawa..he he.. semangat dah kimi ni. 🙂

      Reply
  3. emalinmohd

    24 December 2014 at 12:16 pm

    Buku beli kat sekolah je. Seluar cukup tu rasanya macam sekolah anak Ada 2 hari diorang Pakai Baju sukan. Jadi Baju sekolah cukup 3 pasang.

    Reply
    • ctfand

      24 December 2014 at 12:18 pm

      Oo..macam tu ke. Yg buku tu nasib baik belum beli lagi… First time sis..he he.. Terima kasih ye.. 🙂

      Reply
  4. Mummydearie

    24 December 2014 at 3:22 pm

    Biasanya buku latihan memang ada logo sekolah. Tak macam dulu-dulu, guna je buku latihan apa sahaja yang dijual di kedai buku. Better Fand beli buku latihan tu di kedai buku sekolah Kimi je. Pakaian sukan ke apa, kalau tak termasuk dalam senarai yuran, kena cepat-cepat beli di kedai buku juga takut nanti takda size pulak. Kasut tu pun Fand, rasanya kena beli lagi satu. Kalau kena macam anak saya, hari-hari kena duduk kat dewan sekolah sebelum masuk kelas, memang nangis-nangislah tengok kasut sekolah mereka ni- dari putih dah jadi hitam!

    Kalau Tahun 1 ni biasanya kelas di tingkat bawah sekali so lagi senang pakai beg beroda. Sekolah Cina pun buku tak banyak mana bawa balik sekarang tapi ada masanya memang berat beg sekolah tu. Anak saya dah masuk Tahun 3, memang tak mahu dah lagi bawa beg beroda ni. Bahu dah kuat katanya …

    Saya pun mummy yang busy juga makanya semua serba satu *_*

    Reply
    • ctfand

      24 December 2014 at 5:09 pm

      oo..tu lah kan. nasib baik tak beli lagi buku dia. hari Jumaat ni kami cadang nak ke kedai sekolah tu. takut juga kalau habis stok pakaian sukan kan..hmm. harap-harap masih ada pilihan..

      Reply
  5. Ros

    28 December 2014 at 9:34 am

    mcm ni ye bila anak nk masuk darjah satu. saya pun teruja.
    selamat bersekolah kimi.

    Reply
    • ctfand

      28 December 2014 at 11:11 pm

      Mak2 tumpang excited dan risauk sekali..he he. Terima kasih ye..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d