ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Makan-Makan / Makan Tengahari Di Black Canyon Coffee, Alamanda

Makan Tengahari Di Black Canyon Coffee, Alamanda

11Dec | 2014

11 December 2014 By ctfand 16 Comments

Tengahari tadi aku dan suami menjamu selera di Black Canyon Coffee (lagi), Alamanda. Best sangatlah kedai makan ni. Pilihan makanan banyak. Nak makan berat, ada hidangan nasi, samada nasi putih berlauk atau goreng-goreng termasuklah mee goreng. Nak ringan atau ala-ala western pun ada, macam steak, fish and chips dan salmon grill.

Untuk lunch kali ni, kami memilih Set B yang terdiri daripada 2 steamed rice, sayur campur dengan sos tiram (mixed vege with oyster sauce), sweet and sour chicken dan tomyam ayam.

Sebenarnya untuk set B ni, ada 3 pilihan sup yang disediakan iaitu clear soup, tomyam ayam dan tomyam kepala ikan. Kami memilih tomyam ayam.

tomyam sedap

Tomyam Ayam Black Canyon

 

Hidangan tomyam adalah hidangan MESTI CUBA di Black Canyon Coffee. Sebagai penggemar tomyam sejati, aku bagi 10 bintang untuk tomyam ayam Black Canyon. Melampau ke..? Haa..korang kena cuba dulu baru tau melampau ke tidak..

Tomyam dia sangat-sangat sedap. Gambar kat atas tu dah separuh hirup baru teringat nak ambik gambo..he he. Lapar punya pasal.

IMG_8617.JPG

Ini adalah lauk kedua, iaitu sweet and sour chicken atau mak aku kata ayam masak masam manis. Lauk ini pun sangat marvellous. Cara masak dia lain dari yang biasa aku jumpa.

IMG_8616.JPG

Ini pula sayur campur dengan sos tiram. Puunn sedap juga.

Tiga tu je lauk Set B tapi sangat kenyang dan puas hati. Kenyang lebih sebab hirup kuah tomyam tu.

Air pula kami cuma minum plain water kali ni. Takut tak habis kalau minum air manis..

Harga Set B ini adalah RM29.90, tambah dua gelas plain water RM1.00 jadilah RM30.90 keseluruhannya. Tax dan service charge lebih kurang RM5. Jadi total adalah RM35.85 semuanya. Kira murahkan?

IMG_8622.JPG

Minuman di atas ni sebenarnya gambar lama. Aku kongsikan sekali di sini. White coffee dia adalah minuman yang aku kerap order bila berkunjung ke Black Canyon..tapi kali ni tak..sebab makan berat..

IMG_8621.JPG

Yang ini, pun gambar lama..Salmon steak.. Sedapp. Memang licin aku makan selalunya (kecuali french fries, Kimi tolong licinkan). Yang kulit salmon tu biasanya suami yang makan. Sedap kata dia.

Jadi kalau anda nak mencuba makan Restoran Black Canyon Coffee, untuk di cawangan Alamanda, anda rujuk alamat ini:

No.22, Rasa Food Arena,
Lot 72 & 74
Alamanda Shopping Centre, Putrajaya
Tel: 03-88902328

 

Lokasi Restoran ini sebenarnya berada di sebelah kiri hujung food court Rasa, Alamanda.

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Makan-Makan Tagged With: Alamanda, Black Canyon Coffee, harga makan di Black Canyon Coffe, tomyam black canyon coffee

Comments

  1. Kisah si Dairy

    11 December 2014 at 5:50 pm

    berbaloi jugak la kan ambil set ni…nampak makanan dalam set ni pun sedap jugak.tomyam tu memang pebret saya..

    Reply
    • ctfand

      12 December 2014 at 9:04 am

      memang berbaloi ida.. tu sebab mengapa restoran ni jadi favourite saya sekeluarga.. ๐Ÿ™‚

      Reply
  2. reezluv

    12 December 2014 at 8:44 am

    terkilan gak dengan servis kt Ipoh baru-baru ni..set nasi tu dgn Tom Yam, sekali Tom Yam sampai dah abis makan..ciss..dah la tomyam dia tak sedap plak..dah kenyang la katakan…huhu

    Reply
    • ctfand

      12 December 2014 at 8:47 am

      Alamak..teruk jugak macam tu.Tapi itu kat ipoh, ye tuan. Kalau macam tu, tuan kena cuba yg di Alamanda pula..setakat ni, servis mereka saya puas hati. Dan tomyam pun sedap..sangat sedap ๐Ÿ˜€

      Reply
  3. Anuar

    12 December 2014 at 9:42 am

    Bestnya dapat makan tengahari di sini.. lain kali kalau pergi ke Putrajaya boleh singgah.. ๐Ÿ˜‰

    Reply
    • ctfand

      12 December 2014 at 6:32 pm

      boleh masuk dalam senarai untuk menjamu selera..

      Reply
  4. Aku Penghibur

    13 December 2014 at 3:44 pm

    wahh bestlah..nampak berbaloi…/boleh ke sini nie

    Reply
    • ctfand

      14 December 2014 at 9:56 am

      Memang berbaloi acik.. ๐Ÿ™‚

      Reply
  5. ayu

    14 December 2014 at 11:49 am

    Lapar dibuatnya kak.hihi

    Reply
    • ctfand

      14 December 2014 at 12:49 pm

      Alamak..mak yung da komen.. He he..

      Reply
  6. blogger lelaki

    14 December 2014 at 5:21 pm

    saya pun salah seorang penggemar tomyum kena cuba nie…hu3

    Reply
    • ctfand

      15 December 2014 at 8:59 am

      Bole cuba dan kongsikan pengalaman pengalaman tuan nanti ๐Ÿ™‚

      Reply
  7. Azieera

    15 December 2014 at 7:16 am

    Saya dtg kliklik mr. nuffnang!!!

    Reply
    • ctfand

      15 December 2014 at 8:59 am

      Terima kasih sudi berkunjung ๐Ÿ™‚

      Reply
  8. Mummydearie

    19 December 2014 at 3:29 pm

    Tak pernah cuba Black Canyon ni padalah kalau ke Aeon selalu aje nampak. Itulah dengar sangat kata orang. Bila 10 kata tak sedap, malaslah nak try. Lain orang lain anak tekak. Kalau tak cuba sendiri memang tak tahulah menepati citarasa ke tidak. But White Coffee tu yang tak menahan tengoknya *_*

    Reply
    • ctfand

      22 December 2014 at 11:56 am

      kiranya restoran ni menjadi antara pilihan saya untuk menjamu selera.. ๐Ÿ™‚

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com ยท Sitemap ยท Powered by WordPress ยท Built on Genesis Framework

%d