ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Info / Kimi Alergik Ubat Demam!

Kimi Alergik Ubat Demam!

31Dec | 2014

31 December 2014 By ctfand 12 Comments

Sebenarnya ini adalah kes kedua Kimi alergi ubat demam selepas 5 tahun! Alergik pertama adalah ketika dia berumur 1 tahun lebih.

Hari Ahad (28 Disember) malam sebelum masuk tidur, Kimi mengadu yang badan dia panas. Aku tak cek pula berapa suhu dia walaupun memang ada alat penyukat suhu. Tapi, memang dari sentuhan pada dahi dan leher Kimi, badan Kimi memang panas. Jadi, aku bagi Kimi minum ubat demam jenama Axcel Paracetamol 250 pada sukatan 5ml.

Sumber: Cimsasia.com

Sumber: Cimsasia.com

Keesokan paginya, Kimi bagitau yang malam tadi dia tak boleh tidur sebab badan dia gatal. Aku cakap kat dia, mungkin sebab nyamuk gigit kot. Bila aku tengok badan dia, memang ada semacam gigitan nyamuk kat depan badan dan sedikit di leher. Tapi pagi tu Kimi kata dah ok.

Sebelah pagi tu pula, selepas sarapan pagi, aku bagi Kimi minum dos kedua pada jam 8.00 pagi. Amaun sama. Hari tu aku ambil setengah hari (half-day) sebab nak jaga Kimi. Pada peringkat ini, aku ternampak tanda-tanda alergik masih ada. Tapi masih tidak merisaukan..

Sekitar jam 3.00 petang, suhu badan Kimi kembali naik sehingga 38.4 darjah celcius. Aku pun tukar ubat Kimi kepada option yang kedua, iaitu Ibuprofen untuk kanak-kanak dengan jenama N*****n, dengan sukatan 6ml. Aku beranggapan, mungkin ubat yang ini dia ok dan tak alergik.

Peringkat awal, demam turun. Suhu badan Kimi menjadi kurang panas.

Tapi, selang 2 jam selepas mengambil ubat demam, muka Kimi habis bengkak! Sampai mata jadi sepet! Rupa Kimi macam disengat lebah. Aku tak terfikir nak ambil gambar dah masa ni sebab hanya terfikir risaukan keadaan Kimi.

Kimi mengadu. Dia kata gatal sangat mama.. Dia menangis sebab tak tahan. Aku pun minta suami bawa Kimi ke Poliklinik Annur di Presint 15. Aku catatkan semua jadual dan amaun serta jenis ubat yang aku dah bagi Kimi untuk suami tunjuk kepada doktor. Aku tak dapat ikut masa tu sebab Hani tengah sedap tidur. Kesian pulak kalau tidur dia diganggu.

Balik dari klinik, Kimi dah tak menangis. Doktor bekalkan Kimi dua jenis ubat alergi dan calamine lotion untuk kurangkan reaksi alahan dan kurangkan gatal.

Doktor juga bagi surat refer ke hospital, iaitu kalau Kimi demam lagi, jangan bagi Kimi ubat demam, tapi bawa Kimi terus ke kecemasan.

Kemudian aku terkenang insiden yang berlaku semasa Kimi berumur 1 tahun lebih dulu. Kimi pernah dapat alahan macam ni selepas aku bagi dia minum ubat demam dari jenama Panadol (yang ada gambar budak pakai kostum dinosaur hijau tu). Muka Kimi memang bengkak, dan kami bawa dia ke Kecemasan Hospital Putrajaya..panic punya pasal..

Berbalik kepada cerita ini, mujur pada sebelah malamnya, Kimi dah tak demam.

Pada keesokan harinya (semalam, 30 Disember 2014), aku bawa Kimi ke Klinik Kesihatan Presint 9 untuk berjumpa doktor lagi. Selepas doktor diagnose dan baca surat refer dari Poliklinik Annur, Doktor maklumkan yang mungkin Kimi perlu makan ubat paracetamol yang original. Alergik dia tak semestinya pada paracetamol itself. Sebab, dalam kebanyakan ubat, akan ada ingredient yang dicampurkan di dalamnya, bergantung kepada jenama. Mungkin bahan-bahan campuran itulah yang membuatkan reaksi alergi Kimi. (Mulalah aku nak siasat persamaan kandungan ubat Axcel dan N*****n tu, macam House..he he)

Jadi, doktor bagi Kimi paracetamol dalam bentuk pil dari jenama Paracil untuk dimakan jika demam datang lagi.

IMG_8822.JPG

Oleh kerana Kimi belum lulus untuk telah ubat pil, ditambah pula ubat ni memang pahit, aku cairkan ubat dalam sudu seperti di atas, dan campurkan dengan satu sudu teh gula! Lepas minum tu pula cepat-cepat bagi Kimi minum juice orange. Takut termuntah balik.

alergik

Kesan alergik masih ada pada petang semalam tapi dah surut selepas Kimi minum ubat untuk alergi.

Alhamdulillah, malam tadi aku bagi dia minum ubat ni sebab suhu badan dia naik lagi, tapi dah tak ada tanda alergik. Maknanya, memang sesuailah ubat demam Paracil ini dengan Kimi. Kalau tak, mau masuk wad..

Lain sungguh alergik Kimi dan Hani..

Baca sini tentang Hani yang alergik gigitan serangga dan ubat alergik Hani.

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Info, Kisah Keluarga Tagged With: alahan, alahan ubat, alahan ubat demam, alergi, alergik ubat, alergik ubat demam

Comments

  1. mselim3

    31 December 2014 at 1:52 pm

    Assalammualaikum…ctfand,

    kimi alergik makan ubat batuk… anak mselim3 pulak alergik makan makanan seafood… kalau anak mselim3 makan pasti gatal2…

    mselim3

    Reply
    • ctfand

      31 December 2014 at 2:46 pm

      Bukan ubat batuk le mselim, kimi alergik ubat demam..hihi

      Reply
      • mselim3

        1 January 2015 at 12:23 am

        oooo…elergik ubat demam .. haahaha.

        mselim3

        Reply
  2. emalinmohd

    31 December 2014 at 3:09 pm

    Ct dah jumpa ke ramuan yang sama tu?
    Kena rekodkan rasanya Ct untuk elakkan berulang kembali.

    Reply
    • ctfand

      31 December 2014 at 3:10 pm

      Belum lagi, emalin…nanti maklumat dah ada saya share… 🙂

      Reply
  3. Anuar

    1 January 2015 at 9:00 am

    Kimi Alergik Ubat Demam… Anak saya Haikal Alergik Antibiotik… Ada sekali tu minum aktibiotik, tumbuh gatal-gatal seluruh badan…. Lepas tu bila tak minum antibiotik tu, Alhamdulillah gatal-gatal beransur-ansur pulih…

    Reply
    • ctfand

      2 January 2015 at 6:25 pm

      Bahaya juga tu..kita kena alert selalu.. Di klinik Putrajaya p 9 tempat saya bawa Kimi tu pula tiada check darah untuk alergik..

      Reply
  4. blogger lelaki

    1 January 2015 at 8:00 pm

    risau juga kalau jadi macam ini dekat anak-anak

    Reply
    • ctfand

      2 January 2015 at 6:26 pm

      Memang risau…masalahnya, kita tak tau sampai anak2 kita kena..barulah kita sedar alergik mereka tu..

      Reply

Trackbacks

  1. Kimi Alergik Lagi.. | Inspired by Yanie says:
    29 June 2015 at 9:41 am

    […] entri Kimi alergik ubat demam dulu, aku ada ceritakan macamana Kimi, anak sulung aku tu alergik kepada ubat demam paracetemol […]

    Reply
  2. Alergik Atau Alahan Ubat | Inspired by Yanie says:
    30 June 2015 at 2:50 pm

    […] Kimi yang alahan terhadap ubat ada aku ceritakan di dalam entri Kimi Alergik Ubat Demam dan Kimi Alergik […]

    Reply
  3. Hati-Hati Dengan Ubat Ibuprofen | ctfand.com says:
    10 May 2019 at 11:17 am

    […] Contoh yang paling dekat dengan aku pula adalah anak aku sendiri, Kimi. Aku ada ulas panjang lebar di dalam entri Kimi Alergik Ubat Demam ini. […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d