ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Kisah Keluarga / Trip Tadika Kimi Ke Kidzania

Trip Tadika Kimi Ke Kidzania

2Oct | 2014

2 October 2014 By ctfand 7 Comments

IMG_7876.JPG

Hari Sabtu lalu (27 September 2014), Kimi join trip tadika ke KidZania. Asalnya trip ni dijadualkan pada 6 September 2014, tapi terpaksa dipinda tarikh atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Ini bukanlah kali pertama tadika Kimi mengadakan trip lawatan atau aktiviti di luar tadika. Sebelum-sebelum ni, tadika mengadakan trip ke Pizza Hut, ke Wetland Putrajaya, trip ke Pejabat Pos dan macam-macam lagi. Cuma aku tak sempat nak buat entri. Terperuklah gambar di dalam Flickr aku..

IMG_7877.JPG

Mujur teacher tadika sporting. Mereka update kami para ibu bapa dengan menghantar gambar-gambar dari Whatsapp. Dapatlah tengok on the spot aktiviti mereka di Kidzania.

lawatan ke Kidzania

Kimi dan kawan-kawan

Di bawah ini adalah deskripsi tugas Kimi. Aku pun tak tahu macamana pemilihan kerja tu dibuat. Kimi cerita kerja dia best..terutama kerja kat TM dan buat design kereta.

IMG_7879.JPG

IMG_7878.JPG

“Kerja” dengan TM

Di bawah ni pula, kereta “hasil” tangan Kimi..apesal warna kereta macam tu, jangan tanya aku..hihi.

IMG_7881.JPG

Selesai buat kereta dapatlah “sijil” designer kat bawah ni. Honda lagi… 🙂

IMG_7880.JPG

IMG_7882.JPG

Inilah muka penat Kimi setelah seharian kat KidZania. Mereka bergerak dari pagi jam 8.30 dan sampai di rumah pada jam 6.00 petang. Penat tu.

Di bawah ni, gambar kenangan Kimi dan rakan-rakan tadika di KidZania. Gambar sekeping Kimi kat tepi tu “orang KidZania” ambil kata Kimi. Kimi bagitahu lagi yang dia tahu nama Kimi..kononnya. Aku cakap je lah, mestilah tahu, sebab Kimi pakai name tag besar bertulis “HAKIMI”…he he

IMG_7875.JPG

Sekian cerita Kimi di KidZania..

Untuk maklumat lanjut mengenai KidZania dan aktiviti di sana, masuk ke laman web KidZania Kuala Lumpur ini.

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Kisah Keluarga Tagged With: Aktiviti di KidZania, ke KidZania, kerja di KidZania, Kimi, lawatan ke KidZania, trip ke KidZania

Comments

  1. Kisah Si Dairy

    2 October 2014 at 12:58 pm

    wah…seronoklah kimi pergi kidzania..banyak aktiviti yang menarik untuk kanak-kanak

    Reply
    • ctfand

      2 October 2014 at 2:57 pm

      tu lah..dah lama kimi sebut2 nak ke sana..tapi tak berkesempatan kami sekeluarga nak pegi..

      Reply
  2. Safirul Amar

    2 October 2014 at 1:05 pm

    wahhh seronoknya…….:) hehe

    Reply
    • ctfand

      2 October 2014 at 2:59 pm

      memang seronok kimi kata..macam kerja betul2..hihi

      Reply
  3. mommylina

    3 October 2014 at 2:52 am

    waaa.. seronoknya dia dapat join..penuhi permintaan anak-2 yang menuju kebaikan menjadi kepuasaan kita sebagai ibu bapa kan..

    Alhamdulillah.. .salam ukhwah dan salam kenal…

    Reply
  4. aRz MoHa

    19 October 2014 at 9:10 am

    memang menarik kidzania ni….

    Reply
    • ctfand

      19 October 2014 at 11:04 am

      Budak2 skg seronok..macam2 ada 🙂

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2026 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d