Jawapannya, BOLEH je.. π
Entri ini wujud hasil pemerhatian pada keyword carian yang aku dapat dari statistik Nuffnang setakat jam 8.30 pagi tadi. Screen capture statistik adalah seperti di bawah:
Ada dua kali keyword seumpama ini naik. Jangan risau Tuan/Puan, anda boleh je menggunakan simkad prepaid pada iPhone. Yang penting, perkara berikut wajib ada pada simkad prepaid anda tu:
1. Subscribe data plan/ Internet plan.
Disebabkan peningkatan penggunaan smartphone sekarang ni, kebanyakan telco ada menyediakan data plan di dalam plan simkad prepaid mereka. Contoh kes aku, aku sekarang menggunakan simkad Digi Best Prepaid dengan plan internet/ data plan 2GB sebulan bersamaan RM48 pada iPhone aku. Nombor Digi ni sebenarnya nombor alternatif / backup pada Maxis postpaid yang aku letakkan di Blackberry.
Kenapa kena daftar internet plan? Sebab, untuk mengelakkan kredit sedia ada di dalam simkad anda dipotong mengikut jumlah penggunaan data yang lagi mahal kosnya. Contohnya, ada telco yang mengenakan 10sen per 10kb (kilobyte) internet. Kalau download lagu contohnya dalam 300mb(1mb=1000kb), anda congaklah sendiri.
2. Pastikan Kredit Cukup Menjelang Tamat Tempoh Data / Internet Plan.
Penting, kalau tidak, data plan / internet plan yang anda dah subscribe tidak dapat diperbaharui pada bulan hadapan. Perkara ni takdelah jadi masalah besar, cuma anda akan perlu mendaftar sekali lagi plan tersebut jika pendaftaran terputus.
Contohnya, anda telah mendaftar / subscribe internet plan selama sebulan mulai 1 hingga 30 September (30 hari). 3 hari sebelum tamat plan tersebut, anda akan menerima sms pemberitahuan/peringatan dari Digi mengenai pembaharuan pendaftaran yang akan dibuat dibuat secara auto pada 30 September. Contoh pemberitahuan adalah seperti gambar di bawah.
Jadi, anda bolehlah menyemak baki kredit yang ada dalam prepaid anda sebelum next renewal. Seperti contoh gambar di atas, aku cuma perlu pastikan amaun kredit adalah lebih RM48.
Tetapi, jika anda tidak lagi berminat dengan plan internet yang didaftar sebelum ni, mungkin nak tambah kuota atau nak jimatkan bajet, anda boleh je membatalkan pendaftaran tu dengan mendial*128*3*1*1#. Kemudian, kenalah daftar semula ke plan internet yang lainnya..kalau tak, macamana nak update telefon, view FB, Whatsapp, surfing internet..kan?
+++++
Ini je maklumat yang ingin dikongsikan di sini. Walaupun contoh yang didatangkan hanya dari Digi Prepaid, tapi boleh memberi gambaran kepada anda bahawa simkad prepaid boleh digunakan pada iPhone. Boleh hidup punya.. Jadi, selamat mendapatkan iPhone baruβ¦ π
Baca juga cara menyemak baki kuota internet prepaid Digi di sini.
Norhasniza Khalid
mama singgah sini.. mama guna wifi je.. hihihi
ctfand
Samala, mama.. He he…kalau kat rumah berdesup2 pakai wifi… π
ct aman
sy x pakai iphone…hehe…saye pengguna redone…n memang berbaloi2! π
ctfand
Skg banyak pilihan, tinggal pilih mana yg sesuai dgn kehendak dan minat..betul tak ct? π
niesa
hehe..tetiba blank xtau nk komen apa..menyampuk je lah kejap..haha