ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Kisah Keluarga / Cerita Awal Ramadhan Kimi

Cerita Awal Ramadhan Kimi

3Jul | 2014

3 July 2014 By ctfand 10 Comments

Beberapa hari sebelum Ramadhan bermula, Kimi pernah tanya aku, “mama, 29th June tu bila?”. Aku jawab “End of month..kenapa?”. “29th June kena puasa..” kata Kimi. Aku iyakan je. Mesti Ustazah kat tadika dah bagitau.

“Puasa tu tak makan kan Mama?” Kimi tanya lagi kat aku. Aku iyakan jugak. Aku tanya Kimi, “Kimi boleh tahan ke tak makan one whole day? Dari pagi jam 5.00 sampai jam 7.00 petang.” Dia jawab je..boleh…hihi..

Masuk hari pertama puasa, semangat Kimi nak bangun sahur. Tak payah dipaksa-paksa. Aku cuit kaki dia sikit, “Kimi, jom sahur”, terus duduk..! Kimi ni payah sikit nak dikejutkan pada waktu pagi. Ada drama swasta dia.. 😆 Tapi berbeza pagi tu.

makan sahur

Dia bangun, basuh muka dan makan dengan aku dan suami. Aku siap bagi cereal Milo favourite dia selepas makan nasi. Takut pulak siang nanti dia teringat-ingat dan asyik masuk dapur (macam aku dulu-dulu..he he).

sahur

Siap makan, Kimi tak tido balik. Duduk menonton cerita kartun favourite di Astro. Puasa pertama tu kan pada hari Ahad, jadi aku nak mintak dia rehat dulu. Bangun lambat pun tak apa..sebab cuti. Tapi Kimi tak nak. Mungkin excited punya pasal..

Dalam jam 10.00 pagi, Kimi main game kat tab. Aku dan suami tak perhati sangat dia. Kimi pun tak juga mengadu lapar.

Kemudian, masa aku kat dapur, suami panggil dan bagi tau “Kimi makan..”. Aku pun, haaa..kenapa tak bagitau? Rupa-rupanya senyap-senyap Kimi makan kuih suji yang ada atas coffee table. Aku lupa nak simpan kat dapur. Kuih suji tu dahla favourite dia..tergugat kot iman dia tengok..hihi. Sampai kat situ je lah puasa Kimi, jam 10 pagi..

Sebelum Kimi makan tu, dalam sekitar jam 8 pagi, adake dia minta aku buatkan susu. Bila aku bagitau, orang puasa mana boleh minum atau makan! Dia kata “sekali je mama..lepas tu Kimi puasa la balik..” Haha..dia masih tak faham konsep puasa..

Tak apalah..cuba lagi.. ada lebih kurang 26 hari lagi Ramadhan untuk diharungi. Moga berjaya nanti, Kimi.. walau apapun.. 🙂

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Kisah Keluarga Tagged With: cerita puasa, cerita ramadhan, Kimi, puasa, ramadhan

Comments

  1. Kisah Si Dairy

    3 July 2014 at 4:19 pm

    alahai…awal lagi dah makan..kalau tenghari tu takpelah jugak..hehe..takpelah…esok boleh latih lagi..

    Reply
    • ctfand

      4 July 2014 at 10:56 am

      itulah.. itu pun dia kata lepas makan kuih tu dia nak sambung puasa..hihi

      Reply
  2. aku penghibur

    3 July 2014 at 10:22 pm

    ala sayang awal lagi.. tak pe practice dulu ..dulu masa kecil2 macam tu jgk ..baru kul 10 dah rasa lama sangat nak ke petang

    Reply
    • ctfand

      4 July 2014 at 10:57 am

      anak2 yang baru mula belajar puasa memang sukar nak tahan kan…lama-lama nanti oklah kot… he he

      Reply
  3. ema

    4 July 2014 at 10:53 am

    dia lupa yang dia puasa agaknya, tu terusambil kuih atas meja.

    Reply
    • ctfand

      4 July 2014 at 10:54 am

      Hihi..sabar je la..

      Reply
  4. ayu

    6 July 2014 at 9:29 am

    xpe kak. kimi nak bangun sahur pun bagus dah tu.eehehe

    Reply
    • ctfand

      6 July 2014 at 9:34 am

      Kann..hihi

      Reply
  5. Mummydearie

    8 July 2014 at 3:32 pm

    Baru belajar puasa kira okeylah Kimi sampai pukul 10 pagi. Anak saya masa 7 tahun dulu hari-hari pun ‘puasa’ tapi ada je statement bersambung kat belakang tu – puasa, baru minum vitagen je, puasa, minum je tak makan apa-apa pun …. Aduhai, nak dipaksa-paksa sangat kesian pulak!

    Seronokkan bila tengok anak-anak ni berpuasa. Teringat taktik kita juga masa kecil-kecil dulu bila dah tak tertahan sangat nak berbuka 🙂

    Reply
    • ctfand

      8 July 2014 at 4:39 pm

      kan… nak paksa memang kesian tengok dorg. ibarat kata ustaz, anak-anak kecil elok diajar solat dulu..bila dia dah biasa dengan ibadah solat, insyaAllah dia boleh berpuasa.. sebab mana ada orang yg solat tapi tak puasa, kata ustaz. logik jugak kan..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d