ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Tips / Keibubapaan / Hani Kurang Menyusu

Hani Kurang Menyusu

9Jun | 2014

9 June 2014 By ctfand 12 Comments

Dalam minggu lepas, penjaga Hani kat taska komplen yang Hani dah kurang menyusu. Tak tahulah kenapa. Tapi, walaupun kurang menyusu, Hani kuat makan pengasuh dia kata. Hani sangat-sangat berselera bila tiba masa makan! Mungkin itulah sebabnya kot.. ๐Ÿ™‚

Aku usaha jugak untuk naikkan balik selera menyusu Hani. Cara aku, mula-mula aku tukar botol susu. Ye lah manalah tahu botol susu atau puting botol susu tu Hani tak suka. Rupa-rupanya, cara ni tak berkesan. Penjaga Hani bagitau yang pattern menyusu Hani tak berubah. Sikit-sikit je dia minum sekali buat 6 oz.

Langkah kedua, aku tukarkan susu Hani dari S26 ke Dupro Langkah 2. Cara ni nampak berhasil lah! Kelmarin dan malam tadi nampaknya Hani boleh habiskan 6 oz sekali menyusu! Hmm..memang nak kena tukar susu nampaknya.

dupro langkah 2

Sebetulnya, sejak Hani dah tak breastfeed pada bulan kelima hari tu, aku bagi Hani minum S26. Mengapa? Sebab kandungan zat susu S26 adalah hampir menyamai susu ibu. Baca kat situ, “hampir menyamai”..masih tak sama dan tak setanding susu ibu..jangan melatah ye. Aku pun sokong sangat-sangat penyusuan susu ibu..

Selain itu, masa aku dan arwah Yanie di tahan di wad dulu, aku sempat bertanya susu apa yang mereka sediakan untuk menyusukan bayi-bayi yang baru lahir. Faham-fahamlah, tak semua wanita yang baru melahirkan anak terus keluar air susu mereka pada hari yang sama..ada yang makan masa 5 hari, seminggu dan sebagainya. Rupanya, susu bancuhan tu adalah susu S26.. Jadi, bolehlah buat opsyen ini kalau anda berhadapan dengan masalah menyusukan bayi diperingkat awal kelahiran..

Timbul pula isu susu S26 ni mahal. Pada aku, tak mengapa berbelanja lebih pada peringkat awal kelahiran dan pembesaran bayi (1-6 bulan)..

Tapi, sekarang ni nampaknya Hani dah tak menggemari rasa susu ni..terpaksalah aku tukarkan kepada susu lain.. dan susu Dupro lah jadi pilihan. Moga-moga tak ada masalah lain yang timbul dengan bertukar susu ni..contohnya poo poo keras ke..atau yang lain-lain…

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Keibubapaan, Kisah Keluarga, Tips Tagged With: susu dupro, susu s26, susu untuk bayi

Comments

  1. Kisah Si Dairy

    9 June 2014 at 3:57 pm

    memang risau jugakkan ct bila anak taknak menyusu,mungkin dah tak sedap kat tekak tu..

    Reply
    • ctfand

      9 June 2014 at 4:16 pm

      mmg sangat2 risau… kita yg nak try n error susu mana nak bagi puuunn risau….hihi

      Reply
  2. Zaza_MyMoon

    9 June 2014 at 5:38 pm

    Mmg risau kalau anak tak nak menyusu.. kesian nnt takut tak cukup kalsium.. tapi mungkin jugak perubahan hormon kot Fand.. langkah terbaik lah tu tukar susu utk Hani.. hope Hani lebih kuat menyusu lah lepas ni yer :))

    Reply
    • ctfand

      11 June 2014 at 12:08 pm

      tak sure kenapa hani dah tak minat dengan s26 tu. mungkin pekat / lemak sikit kot… dengan dupro ni, habis je dia minum kata pengasuh… ๐Ÿ™‚

      Reply
  3. Hijab Terkini

    10 June 2014 at 11:33 am

    Bab memilih susu anak memang agak susah pada permulaannya..bila dah lama2, jumpa yang serasi, dah tak jadi masalah lagi..

    Reply
    • ctfand

      11 June 2014 at 12:14 pm

      nak try n error untuk jumpa yg serasi tu yg buat kita risau..tak pasal2 bereksperimen dengan anak…. masa bagi dupro mula2 tu hani berak cair sikit…baru nak serasi kot.. sekarang dah ok, alhamdulillah..

      Reply
  4. Khir Khalid

    11 June 2014 at 3:27 am

    Saya pun risau klu anak tak mahu menyusu ni.. cubalah tukar susu kan, mudah2an ok semuanya.. ๐Ÿ™‚

    Reply
    • ctfand

      11 June 2014 at 11:56 am

      haa.. tu la..sekarang dengan susu dupro 2, habis je dia minum… ๐Ÿ™‚

      Reply
  5. niesa

    11 June 2014 at 2:22 pm

    byk lg yg niesa perlu belajar bab2 cm ni biasalah org bujang mcm kami ni jarang nk ambik tau..hahaha..

    Reply
    • ctfand

      11 June 2014 at 4:30 pm

      Takpe niesa..ada juga ilmu yg datang seiring dengan pengalaman… ๐Ÿ˜‰

      Reply
  6. ema

    12 June 2014 at 12:17 pm

    betul tu..untuk anak baru lahir S26 paling terbaik jika susu badan tak ada…

    Reply
    • ctfand

      12 June 2014 at 12:51 pm

      Yess..timekasih kerana menguatkan point saya, kak ema.. ๐Ÿ™‚

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com ยท Sitemap ยท Powered by WordPress ยท Built on Genesis Framework

%d