Alhamdulillah. Tak sangka pula, selepas update entri mengenai CPUV Invest Smart Campaign semalam, hari ni tertera lagi satu CPUV baru, iaitu Kempen Iklan Bulgogi Brothers Korean Burger. Kempen ini sebenarnya dah bermula sejak 18 Jun 2014, dan bila dijenguk-jenguk, ramai sebenarnya rakan-rakan dari blog lain yang menerimanya.
Sebelum aku ulas lanjut mengenai kempen iklan ini, aku harap jangan ada yang beranggapan entri-entri seumpama ini sebagai menunjuk-menunjuk.. Tidak.. Penerbitan entri seumpama ini adalah merupakan penghargaan dan tanda ucapan terima kasih kerana pemilihan oleh pihak yang beriklan dan juga pihak Nuffnang sendiri. Ibarat kata orang, give and take gitu.. Bila pengiklan sudi beriklan secara eksklusif di blog kita, maka, pada aku wajar untuk kita promosi kan apa yang mereka iklankan. Tak salah, betul tak.. Apapun, ini hanya pendapat aku saja..tak semestinya tepat dan kena ikut pun.. 🙂
Berbalik kepada topik entri, iklan ini sebenarnya adalah mengenai review oleh dua blogger terkenal (yang sempat aku print screen) iaitu mengenai Bulgogi Burger dan restoran makanan Bulgogi Brothers Korean BBQ Malaysia, oleh Abang Nara di BeautifulNara.com dan SixthSeal.com. Lapar tau bila baca entri mereka! Rasa nak datang juga ke restoran ini kalau berpeluang satu hari nanti.
Jom baca sedikit sebanyak mengenai pengenalan dan sejarah restoran ini:
Bulgogi Brothers is a Korean casual dining restaurant most reknowed for its tasty bulgogi. It is managed by ET&Zeus Co., a company founded by Intae Jung and Chaiwoo Yi. The first Bulgogi Brothers opened in Gang-Nam, south of Seoul, Korea in 2006 – way before the Gangnam Style became trendy.
Menarik bila dikaitkan dengan Gangnam Style di situ..hihi. Apa pula maksud Bulgogi? “Bul” adalah api dalam bahasa Korea, dan “Gogi” pula adalah daging. Jadi bila digabungkan jadilah Api+Daging atau daging panggang kot dalam bahasa Malaysia..
Untuk mengetahui ulasan penuh mengenai Bulgogi Brothers Korean Burger ini dan juga restorannya, anda hanya perlu klik dua iklan seperti di atas ini yang mana anda akan dibawa terus ke entri Abang Nara dan SixthSeal. Ataupun, anda juga boleh berkunjung terus ke Facebook Bulgogi Brothers atau ke Laman Web Bulgogi Brothers ini.
Terima kasih buat Nuffnang dan Bulgogi Brothers. Juga terima kasih buat anda pembaca yang sudi berkunjung ke blog ini.. Tinggalkan “kesan” untuk dijejaki..(bagi yang mempunyai blog)..
niesa
eii..burger tu betul2 menyelerakan…tahniah kak dpt cpuv..ehe
ctfand
terima kasih niesa… 🙂
mat nor
Alhamdulillah dan tahniah
ctfand
tima kasih tuan.. 🙂
mselim3
Assalammualaikum…ctfard,
Tahniah alhamdulilah ada rezeki cpuv kat blog nie.. moga earning sentiasa bertambah. Alhamdulilah mselim3 dapat 2 lagi cpuv daripada huewei dan umobile insaallah nanti buat entry.. utk ctfard earning sentiasa ada utk blog nie.. sesama berbagi cpuv.. moga admin blog sukses selalu.
mselim3
pls: minta maaf andai lambat visit sini balik.. insaallah pape mselim3 akan buat yang terbaik untuk rakan2 blogger… nice to visit here. I like this template…
ctfand
tima kasih..selamat maju jaya juga buat mselim.. tak mengapa kalau tak sempat jenguk balas.. kita ada masa masing2 betul tak..? yg penting, happy blogging.. 🙂