ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Umum / Begitulah Ujian Mu..

Begitulah Ujian Mu..

24Jun | 2014

24 June 2014 By ctfand 14 Comments

Sedih… hari-hari terbaca di surat khabar, Facebook, di Google+…tentang nasib yang menimpa Adik Firdaus… Sangat-sangat sedih bila mengenangkan dia yang tak berdaya, diperlakukan sebegitu rupa..oleh siapa.. seorang manusia yang sepatutnya menjaga, membela, membelai, memberikan sepenuh kasih sayang.. ya..oleh seorang yang bergelar ibu..

Wahai ibu, walau apapun alasan mu…tetapi tidaklah sampai membiarkannya sebegitu.. Anak yang kurang upaya..dan tak berdaya pula..sehingga kurus kering..baju mereput dibadan..Allahuakbar..

Aku sebenarnya sedih setiap kali terbaca berita mengenai adik Firdaus ini. Sebak. Mengalir air mata. Terbayang-bayang dimata aku detik-detik Jabatan Imigresen menjumpai anak ini di dalam sebuah bilik di rumahnya.. Mulanya mereka sangkakan ia adalah rangka.. Tetapi rupa-rupanya, masih bernyawa… Video pertemuan itu ada tersebar beberapa hari selepas adik Firdaus ditemui.. Kasihan sangat, tuan puan.. tak sanggup aku bayangkan balik.. Kisah saat adik Firdaus ditemukan dan gambarnya boleh anda lihat di laman web The Star ini..

Bilik itu jelas kelihatan tompokan najis…dipenuhi pula dengan pasir. Ada bantal yang dah tak serupa bantal.. Astaghfirullah.. Saat mereka buka pintu itu…jelas keadaan adik Firdaus yang kebingungan dan kelaparan..terus menerpa keluar.. Sedih sangat melihat keadaan dia.. Aku percaya anda telahpun melihat gambar adik Firdaus ketika dia mula-mula di temui..

Sedangkan kita kalau anak  buang air besar dalam diaperspun, kita cepat-cepat bersihkan.. Ini pula sanggup dibiarkannya di dalam bilik yang penuh najis….Astaghfirullah.. Tak terbayang keadaan yang dilalui oleh adik Firdaus..bagaimana tidur malamnya..makan minum nya dah langsung tidak dijaga.. Kalau anda boleh lihat keadaan adik Firdaus..beliau tak mampu untuk makan sendiri dengan keadaan tangan macam tu.. Ya Allah, sedih..

Apapun, pasti ada rahsia Allah dari peristiwa ini…. Aku hanya mampu mendoakan yang terbaik buat Adik Firdaus.. Yang pasti, nasibnya terbela, hidupnya tak akan disia-siakan lagi. Buat si ibu, moga keampunan Allah untuk mu…

Untuk kita para ibu bapa..moga kita sentiasa mengutamakan dan mendahulukan hak anak-anak berbanding yang lainnya. Moga kita tidak pernah putus memberikan kasih sayang untuk anak-anak kita, sehingga nafas kita yang terakhir..amiin…

Wallahu’alam..

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Umum Tagged With: anak OKU, Muhammad Firdaus Dullah

Comments

  1. Zaza_MyMoon

    24 June 2014 at 5:47 pm

    ada terbaca kat satu blog tadi.. katanya ibu adik firdaus tak mampu & susah.. perlu kerja OT untuk menyara hidup.. rasanya alasan tu logical langsung.. sedangkan ibunya & anak nya yang berumur 7 tahun tu elok je terpelihara.. kenapa si ibu tak pelihara sekali bersama2 dgn anak barunya tu??

    Ini semua dah tertulis.. kita tak tau masalah dalaman keluarga ni.. mohon Allah bongkarkan kisah sebenarnya supaya semua orang dpt pencerahan. InshaAllah

    Reply
    • ctfand

      26 June 2014 at 11:46 am

      Pada sy apa yg menimpa adik Firdaus ini amat2 melangkau kewarasan manusia apa lg seorang ibu.. Wallahu’alam… 🙁

      Reply
  2. mselim3

    25 June 2014 at 3:02 pm

    Assalammualaikum…ctfard,

    mselim3 ada baca gak kisah adih firdaus nie.. sedih sesangat.. tak sangup melihat penderitaan adik firdaus nie.. sebak sesangat..

    mselim3

    Reply
    • ctfand

      26 June 2014 at 3:35 pm

      betul..sampai sekarang kalau saya terbaca atau terlihat berita adik firdaus ni memang geleng2 kepala..sebak sangat..

      Reply
  3. ctaman

    25 June 2014 at 6:53 pm

    Xtrkate sgt kak…sedey bace…tp kite xtau ape y btul di sebalik smua ni..smga naseb adk frdaus terbela slpas ni….amin…sedey ampi mngalir air mate tgk video die mase phak atasan jmpe die tu…

    Reply
    • ctfand

      26 June 2014 at 3:38 pm

      akak pun sama ct.. macam tak percaya bila tengok video tu mula-mula…. 🙁

      Reply
  4. Khir Khalid

    26 June 2014 at 12:07 am

    Mmg menyedihkan… apa pun alasan mmg tak patut buat anak smpi mcm tu. Sesama insan pun tak elok, sama juga dgn haiwan… inikan pula anak sendiri hhmmm…

    Reply
    • ctfand

      26 June 2014 at 3:39 pm

      itulah juga yang saya fikir kan.. 🙁

      Reply
  5. ema

    26 June 2014 at 11:30 am

    mudah-mudhaan nasib adik firdaus ni terbela.

    Reply
    • ctfand

      26 June 2014 at 3:40 pm

      amiinn…

      Reply
  6. Mimie

    29 June 2014 at 6:52 am

    memg sedih tgk keadaan adik Firdaus..sedih sgt.. smp ati ibu die buat mcm tuh…Alhamdulillah adik firrdaus dah semakin berisi sejak ditptkan di htj..semoga adik firdaus terus sihat

    Reply
    • ctfand

      30 June 2014 at 11:15 am

      Begitulah hendaknya..yg pasti nasib nya akan terus terbela..

      Reply
  7. ayu

    1 July 2014 at 10:05 am

    sedih. tergamak mak dia.

    Reply
    • ctfand

      1 July 2014 at 4:37 pm

      Sedihkan..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2026 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d