ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Tips / Blogging / 10 Google Font Pilihan Untuk Blog

10 Google Font Pilihan Untuk Blog

5May | 2014

5 May 2014 By ctfand 18 Comments

Menggunakan blog self hosting ni semuanya kena self service gitu. Ini termasuklah pemilihan jenis font. Sendiri pakai, sendiri letak. Jadi, dalam-banyak-banyak Google free font, sini aku senaraikan 10 Google font pilihan aku untuk entri atau post blog. Samada korang perasan atau tidak, semua font ni aku pernah cuba.. ๐Ÿ™‚

1. Muli

Muli adalah Sans Serif yang minimal. Font Muli ni bulat-bulat dan comel, hampir menyamai Century Gothic yang biasa digunakan di Blogspot. Sangat-sangat sesuai untuk blog personal macam blog aku ni.

20140505-120810 pm.jpg

2. Roboto

Font yang kemas dan sesuai samada untuk personal blog atau pro blog. Font ini membuatkan rhythm pembacaan lebih smooth.

20140505-120802 pm.jpg

3. Lato

Font Lato juga adalah semi-rounded atau bulat tetapi lebih “tajam” jika merujuk kepada huruf Y nya.

20140505-120825 pm.jpg

4. Nunito

Nunito adalah font dari keluarga Sans Serif yang lebih seimbang dengan “rounded terminal”.ย  Font ini hampir menyamai font popular iaitu Avenir dan Proxima Nova.

20140505-120833 pm.jpg

5. Arimo

Arimo adalah kembar kepada font Arial ๐Ÿ™‚

20140505-120927 pm.jpg

6. PT Sans

PT Sans adalah berasaskan Russian Sans Serif . Nampak pro bila menggunakan font ini.

20140505-120934 pm.jpg

7. Source Sans Pro

Font yang kemas ini adalah milik Adobe yang direka oleh Paul D Hunt. Sesuai sama ada untuk blog personal atau professional.

20140505-120919 pm.jpg

8. Droid Sans

Font ini mengingatkan kita kepada Android! Memang dicipta khas untuk mobile view tetapi sesuai juga untuk website atau blog.

20140505-120942 pm.jpg

9. Raleway

Font yang comel dan elegant. Font ini adalah dari family Sans Serif. Memang kena sangat dengan personal blog. Tapi, ada saja yang menggunakan font ini di website yang lebih pro atau niche tertentu. Maknanya, kesesuaiannya tidak terbatas. Dan, inilah font yang aku sedang gunakan sekarang.. (update: dah tukar.. )

20140505-120948 pm.jpg

10. Open Sans

Font ini banyak digunakan di website ataupun blog disebabkan “easy to read” dan ringan di antara kebanyakan font yang aku senaraikan di sini. Font ini diopmtimizekan untuk kegunaan percetakan, laman web atau blog dan mobile interface.

20140505-123445 pm.jpgInilah dia senarai 10 Google font yang menjadi pilihan aku secara peribadi untuk digunakan diblog. Korang pula bagaimana? ๐Ÿ™‚

Maklumat paling penting, semua font ini mempunyai “beratnya” sendiri yang sedikit sebanyak memberikan impact atau kesan kepada loading blog. Jadi, pilihlah font ikut citarasa dan kemampuan blog kita untuk “mengangkatnya”..

(Sumber gambar adalah printscreen dari typecast.com)

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Blogging, Info, Tips Tagged With: font menarik, font untuk entri, font untuk post, google font

Comments

  1. YobertParai

    5 May 2014 at 4:04 pm

    makasih nih udah share tentang google font ๐Ÿ™‚

    Reply
    • ctfand

      5 May 2014 at 4:10 pm

      sama-sama.. makasih juga ya sudi berkunjung ke sini.. ๐Ÿ™‚

      Reply
  2. Aqilah Azmi

    5 May 2014 at 7:04 pm

    eh kenapa qila tak pernah dengar semua font ni aaaaa :(((
    hahahhaa thanks share ni kak fanddd <33333333333333333333

    Reply
    • ctfand

      5 May 2014 at 7:41 pm

      Hehe…ada beberapa font ni yang dah memang ada kat blogspot qila. Cthnya droid sans, pt sans, open sans dan arimo.. ๐Ÿ™‚

      Reply
  3. aku penghibur

    5 May 2014 at 7:56 pm

    wahh ada front yang menarik hati.. terima kasih berkongsi

    Reply
    • ctfand

      5 May 2014 at 7:57 pm

      Sama-sama acik ๐Ÿ˜€

      Reply
  4. Liza Razak

    5 May 2014 at 9:01 pm

    suka font muli tu..comel2 je ๐Ÿ™‚

    Reply
    • ctfand

      5 May 2014 at 10:30 pm

      A’ah..cute font tu.. ๐Ÿ˜€

      Reply
  5. Syuhada Baharudin

    5 May 2014 at 9:01 pm

    bagus perkongsian ni..nyk pilihan rupanya..

    Reply
    • ctfand

      5 May 2014 at 10:31 pm

      Kadang2 pening nak fixed pakai yg mana satu..hihi..

      Reply
  6. Zaza_MyMoon

    5 May 2014 at 9:09 pm

    As Salam Fand..
    rindunya bila tak datang blog Fand ni ๐Ÿ™‚

    Hakak pakai standard font je yang ada kt dlm blog which is “trebuchet”
    nak godek2 blog tak pandai.. so pakai je apa yang ada.. hehehe

    Reply
    • ctfand

      5 May 2014 at 10:32 pm

      A’ah..web safe font tu kak zaza..free pakai kat blogspot.. Kalau pakai kat sini, silap2 kena amik lesen dia dulu kot….hehe

      Reply
  7. Anuar

    5 May 2014 at 10:02 pm

    Hmmm… Baru saya tahu tentang info ini… Terima kasih di atas perkongsian info… Disebabkan blog saya menggunakan platform blogspot, jadi saya pakai Font yang sedia ada… ๐Ÿ˜‰

    Reply
    • ctfand

      5 May 2014 at 10:34 pm

      Betul..blogspot banyak piliham font yang menarik.. Antara yg saya tak bole lupa, font puritan.. ๐Ÿ˜€

      Reply
  8. ct aman

    6 May 2014 at 8:19 am

    ayyo ct serius xpnh tau psal google font ni…hehehe…..tau y sedia ada je..hehe

    Reply
    • ctfand

      6 May 2014 at 10:56 am

      tak mengapa….ct… ini pun baru sikit je sebenarnya. akak pun baru explore..hehe

      Reply
  9. Nurul

    6 May 2014 at 11:32 am

    Font pun ada “berat” sendiri yang bagi impak dan kesan kepada loading blog… baru tau tu…
    BAgus perkongsian ni… tq, ct…

    Reply
    • ctfand

      6 May 2014 at 2:38 pm

      Sama-sama, nurul…

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com ยท Sitemap ยท Powered by WordPress ยท Built on Genesis Framework

%d