ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Info / Tips Penting Menghadapi Temuduga Dibawakan Oleh Libresse

Tips Penting Menghadapi Temuduga Dibawakan Oleh Libresse

2Apr | 2014

2 April 2014 By ctfand 12 Comments

libreseKalau korang perasan,  Nuffnang dan Libresse ada melancarkan satu iklan terbaru mengenai  online activity yang mengandungi kuiz dan tips penting dalam menghadapi temuduga. Online activity ini sangat bagus untuk adik-adik kita yang baru habis STPM atau SPM dan ingin mencuba nasib untuk mencari pekerjaan. Tapi rasanya boleh juga diaplikasikan oleh mereka-mereka yang nak beralih arah untuk mencari pekerjaan baru.

librese3

Terdapat 5 Stage yang terkandung dalam aktiviti ini. Setiap stage mengandungi tips-tips yang berguna dan nasihat-nasihat penting yang boleh membantu menajamkan dan memantapkan skill untuk menghadapi temuduga.

librese4

Stage pertama adalah mengenai tips berpakaian. Terdapat tips video mengenai pakaian yang terbaik untuk temuduga, dan juga tips serta tutorial make up dan ‘membuat’ rambut. Apa yang menariknya, anda boleh juga memuat naik (upload) gambar anda untuk mendapatkan respon tentang pemakaian samada proper atau tidak. Kalau berani dan tahan teguran, boleh lah mencuba!

librese5

Stage kedua seperti yang anda lihat di atas disediakan tips mengenai persiapan sebelum hadir ke temuduga. Di sini disediakan senarai semak  untuk ke temuduga, tips mengenai perkara yang patut buat dan tak patut buat (Do’s and Don’ts) dan persoalan yang kerap bermain difikiran mereka-meraka yang nak ditemuduga.

Stage ketiga pula disediakan mengenai tips bagaimana bahasa badan (body language)  yang sepatutnya semasa temuduga. Ia termasuklah gaya bercakap, gaya berjalan, mimik muka, pandangan mata, pergerakan tangan dan cara berinteraksi atau berkomunikasi. Pada peringkat ini juga ada kuiz disediakan. Aku ada mencuba kuiz yang diberikan. Setiap soalan  mengandungi tips penting dan kita perlu memilih jawapan yang terbaik. Sangat bagus!  Bilamana jawapan yang kita pilih itu salah atau bukan amalan praktikal yang terbaik, maka kita boleh mengarah ke jawapan yang terbaik. Di sinilah tips ini diperolehi.

Stage keempat pula adalah tips bagaimana kaedah terbaik untuk mengekspresikan diri melalui perkataan kepada penemuduga. Di sini juga kita diberi peluang untuk memuat naik atau menulis mengenai pendapat masing-masing tentang bagaimana untuk menonjolkan diri kepada bakal ketua/ bos di pejabat. Ada beberapa rakan yang telah pun memuat naik pendapat mereka. Jangan lupa untuk melihat!

Stage kelima adalah kita diminta untuk menyumbangkan idea untuk idea cube yang disediakan. Yang ini aku tak berapa pasti sangat bagaimana dan apa kegunaannya. Untuk mengetahui, korang masuk terus ke Laman Libresse ini.

Yang paling menarik sekali, aktiviti bukan sekadar aktiviti. Ada hadiah disediakan. Silap haribulan, kalau bernasib baik, anda berpeluang untuk mendapat hadiah-hadiah seperti  Samsung Tab 3, Asus Google Nexus dan Ipad Mini! Wow..lumayan kan?  Apa lagi! Cepat-cepat join sebab contest ini berlangsung mulai 31 Mac hingga 20 April 2014. Manalah tahu ada rezeki.. Good luck!

Terima kasih juga buat Nuffnang dan Libresse yang membawakan tips-tips untuk temuduga ini.

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Info Tagged With: iklan nuffnang, libresse, Nuffnang

Comments

  1. Kisah Si Dairy

    2 April 2014 at 11:49 am

    tips yang berguna,..

    Reply
    • ctfand

      2 April 2014 at 3:32 pm

      betul..banyak tips didalam online activity tu.. 🙂

      Reply
  2. ema

    2 April 2014 at 12:31 pm

    ramai orang yang berdebar bila nak temuduga…sepatutnya perlu tenang untuk melancarkan apa yang ditanya…pemakaian dan isu semasa amat dititik beratkan

    Reply
    • ctfand

      2 April 2014 at 2:55 pm

      betul kak ema.. kena yakin sebenarnya..tapi jangan pulak terlebih yakin..boleh rosak juga nanti interview tu.. 🙂

      Reply
  3. niesa

    2 April 2014 at 4:52 pm

    yeke?xprasan lak niesa..nnti nk cuba la kot2 bertuah..heee..thanks share kak!

    Reply
    • ctfand

      2 April 2014 at 4:56 pm

      sama-sama.. goodluck tau niesa.. 🙂

      Reply
  4. Mizz Aiza

    2 April 2014 at 6:23 pm

    bagus tips temuduga sebegini.. masih keluar churp2 semuanya..

    Reply
    • ctfand

      2 April 2014 at 7:33 pm

      Yg berminat bole join sambil ada peluang utk menang.. 🙂

      Reply
  5. Zaza

    2 April 2014 at 7:32 pm

    tips yg sgt berguna..
    kadang2 kita sendiri x alert dan x prepared kan Fand..
    dgn tips mcm ni at least kita dpt tau.. 😉

    Reply
    • ctfand

      2 April 2014 at 7:34 pm

      A’ah… Memang menarik sangat tips dan cara penyampaian dia.. Kalau nasib baik, bole menang hadiah pulak.. 🙂

      Reply
  6. Denaihati

    2 April 2014 at 9:21 pm

    bagus inisiatif macam ni, peluang baik lepasan SPM dan STPM belajar secara online dan mungkin lebih mudah.

    Reply
    • ctfand

      3 April 2014 at 2:22 pm

      betul tuan.. kalau ambil serius perkara ni, boleh dapat banyak panduan dalam “berhibur”.. 🙂

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d