ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Personal / Berjaya Mengurangkan Berat Badan!

Berjaya Mengurangkan Berat Badan!

21Apr | 2014

21 April 2014 By ctfand 16 Comments

*Entri ini adalah hasil dari pengalaman dan tak semestinya tepat. Sila gunakan pertimbangan wajar anda jika ingin mencontohi atau dapatkan pandangan pakar.

Alhamdulillah..azam pertama dah tercapai. Berjaya mengurangkan berat badan bagi fasa yang pertama. Sebenarnya, sejak awal bulan April ni, aku memang target untuk mengurangkan berat badan selepas lama menternak lemak sesudah bersalin hari tu..hihi.

Sebelum aku kembali menggandakan usaha untuk menurunkan berat badan, berat aku stuck pada 64.5kg. Tak berkurang. Akhirnya, dapat sedikit motivasi bila ada staf yang tegur “makin gagah” atau dah macam “pemain ragbi”. Sentap sekejap. Tapi kena terima hakikat sebab apa yang mereka kata tu betul! πŸ˜† Suami pula asyik hint “bila nak mula pakai balik treadmill tu..”..hihi.

20140421-084707 pm.jpg

Setakat hari Ahad (20.4.2014) berat dah turun ke 63 kg! Turun 1.5 kg.Terkejut juga sebenarnya dengan pencapaian ini. Macamana aku boleh mengurangkan lemak sebanyak itu? (Banyak ke… πŸ˜† ) Ini antara yang aku buat yang nampaknya berkesan kepada aku setakat ini:

1) Menggantikan sarapan dengan Herbalife.

Ini bukan promosi. Dan aku pun bukan penjual Herbalife. Sekadar berkongsi. Aku minum Herbalife pada sebelah pagi di antara jam 8.30 hingga jam 10.00 pagi. 300 ml Herbalifie iaitu campuran Milo kotak 200ml, air masak, 3 scoop F1 dan 1 scoop F1. Aku minum sambil diselang selikan dengan 1.2 liter air. Memang kenyang sampai waktu tengahari! Untuk makluman korang, meminum seteguk campuran Herbalife yang aku nyatakan di atas memang menyebabkan kita dahaga secara automatik. Sebab campuran ini agak pekat.

kuruskan badan

Teman setia sarapan pagi

2) Mengambil makanan sihat dan seimbang pada waktu tengahari

Selepas sarapan Herbalife di atas tadi, makan tengahari seperti biasa. Tapi pilihlah makanan sihat seperti nasi yang kurang dengan campuran sayur, ayam/ikan. Pilih lauk pauk yang kurang penggunaan minyak. Minum pula, minum air kosong. Janganlah bantai minum minuman manis..

3) Sebelah malam, makan pada kadar sedikit, asalkan tak lapar

Sebagai seorang yang bekerja, kadang-kadang aku masak untuk makan malam dan kadang-kadang beli kat luar. Kalau masak, aku makan berpada-pada. Kalau beli kat luar, biasanya aku tak minta suami belikan untuk aku. Topup lah dengan buah atau apa-apa yang kurang kalori asalkan tak lapar. Boleh juga kalau nak minum Herbalife seperti pada waktu pagi.

4) Buat sendiri kerja-kerja rumah

Aku tak ada maid. Bila dah tak ada maid, kenalah buat semua kerja-kerja rumah dengan kudrat sendiri. Membasuh baju, mop lantai, vakuum, sapu, lap habuk, memasak dan yang sewaktu dengannya. Secara tak langsung badan bergerak, peluh keluar, jadi kalori pun terbakar… Kena pulak rumah 2 floor..memang sesuai sangat untuk aktiviti membakar lemak. πŸ™‚

5) Minum sekurang-kurangnya 1 liter air sehari

Sebenarnya kalau ikut formula yang betul, kita kena minum air berdasarkan berat badan, iaitu 25kg untuk 1 liter. Jadi, berdasarkan formula ini, aku patut minum lebih kurang 2.5 liter sehari. Sila percaya bahawa banyak minum air juga membantu penurunan berat badan..

6) Pergerakan di pejabat.

Pejabat aku luas. Hari-hari sibuk memang terasa penat kalau kena bergerak banyak di dalam pejabat. Aku ambil kesempatan ini untuk push diri. Berjalan selalu dan jangan malas-malas. Kadang-kadang mesyuarat selang 2 atau 3 tingkat, memang aku tak naik lif. Panjat atau turun tangga je.

7) Bagi yang tak boleh miss makan malam, makan sebelum masuk waktu Maghrib.

Sekurang-kurangnya makanan yang dimakan betul-betul turun atau hadam sebelum kita masuk tidur, dan sempat diproses sebelum bertukar menjadi lemak tepu. (Tak pasti samada pemahaman aku ni betul atau tidak). Tapi makan sebelum Maghrib juga adalah sunnah Rasulullah SAW..

Itu sahaja. Inipun aku belum memulakan rejim senaman aku dengan cara Jillian Michael.Β “Burn that callories!!” heheh.Β Kalau digabungkan mesti lagi banyak penurunan berat yang boleh dicapai!

Misi seterusnya adalah untuk mendapat BMI yang ideal. Dengan nisbah berat dan tinggi aku sekarang, BMI aku adalah 25.2! BMI yang ideal adalah 24.9 atau 60kg pada berat dan tinggi aku. Moga usaha berjaya nanti.. InsyaAllah akan aku kongsikan di dalam entri akan datang sebagai perangsang untuk anda yang ingin mengurangkan berat badan. Tapi, jangan lah harap aku post gambar posing sambil berkebaya sendat ye..hahah

Macamana usaha dan idea korang untuk mengurangkan berat badan pula? Jom berkongsi sambil bertukar-tukar pandangan.. πŸ˜€

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Personal Tagged With: atasi gemuk, bersenam. cara kurangkan berat badan, herbalife, mengurangkan berat badan, tips

Comments

  1. Entri Popular

    22 April 2014 at 12:37 am

    misi saya untuk maintain berat sahaja..tak naik dan tak turun..apa-apapun cara yang puan ct memang bagus untuk diikuti oleh mereka yang big size

    Reply
    • ctfand

      22 April 2014 at 11:00 am

      Tahniah tuan! dan terima kasih.. πŸ™‚

      Reply
  2. Zaza

    22 April 2014 at 7:33 am

    kira ok lah diet cara fand ni..
    setengah org tu sampai x mkn nasik berbulan2.. kot ye pn nk diet x payah melampau sgt.. kannn yg penting ada exercise..

    nway congrats fand.. keep it up πŸ˜‰

    Reply
    • ctfand

      22 April 2014 at 11:03 am

      Hihi..tengkiu kak zaza dear. Rasa tak mampu nak tinggal nasi terus. Tak tinggal tapi kawal pengambilannya pun masi boleh turunkan berat badan. Nasib baik fand suka berexercise.. πŸ˜€

      Reply
  3. niesa

    22 April 2014 at 9:31 am

    tahniah kak!niesa xnk turunkan berat badan dah..nak tambah ada la..hihi..tp herbalife ni bgus kan..kwn niesa pun ambik herbalife mmg dia kurus sekrang..semua dia jaga…hihi…

    Reply
    • ctfand

      22 April 2014 at 11:06 am

      Terima kasih niesa.. Setakat ni akak serasi dgn Herbalife.. πŸ™‚

      Reply
  4. Nurul

    22 April 2014 at 10:56 am

    Tahniah ct sbb dapat kurangkan berat badan… berat nrl statik 60kg bbrp bulan ni, x turun dan x naik…kalau boleh nak turun smpai 55kg macam sebelum bersalin yang no 4, sbb nrl ni kategori rendah, tapi x berhasil lagi… πŸ˜‰

    Reply
    • ctfand

      22 April 2014 at 11:08 am

      Terima kasih nurul… Jom sama2 pasang target.. πŸ˜€

      Reply
  5. Aqilah Azmi

    22 April 2014 at 12:25 pm

    wah wah wah kak fand πŸ˜€ πŸ˜€ alhamdulillah!!! Alaa berat qila lagi berat hm doakan qila eh kak fand <33333
    hihihihi. mesti makin cekci ah kak fand hihihihi

    Reply
    • ctfand

      22 April 2014 at 12:29 pm

      Terina kasih qila… Hahah..tak bole blah comment last tu.. πŸ˜€

      Reply
  6. aku penghibur

    22 April 2014 at 3:02 pm

    tahniah dapat turunkan berat badan.. cara yang baik sekali.. terima kasih kerana berkongsi ye kak

    Reply
    • ctfand

      22 April 2014 at 3:12 pm

      Sama-sama.. Itu baru fasa pertama acik.. Sasaran sebenar jauh lagi..hihi

      Reply
  7. Anak Askar Pencen

    22 April 2014 at 4:09 pm

    Ambil makanan bila perlu dan berhenti sebelum kenyang tu memang saya amalkan. Memang berkesan untuk turunkan berat badan. Cuma saya tak pasti yang saya ni dapat bertahan dalam mendisiplin diri sendiri. Hehe

    Reply
    • ctfand

      22 April 2014 at 4:14 pm

      Betul tu.. Nak tanam usaha untuk disiplin kan diri tu memang payah sangat. Kena ada azam dan motivasi diri yang kuat.. πŸ˜€

      Reply
  8. ct aman

    23 April 2014 at 1:48 pm

    tips y brguna…sy dan suami pon skrg da mule sikit da mengurangkn pengambilan mkn mlm…..terase kegemukkan…sbb mlm xde aktiviti sgt…..aslkn xlpr kire ok…oat n milo….;)

    Reply
  9. Pha Is

    25 April 2014 at 8:47 pm

    tahniah.. saya dulu pernah jugak ambik herbalife.. tapi try sebulan je, sbb saja je nk try.. mmg berkesan, cuma saya tak de bajet je.. hehehe…
    1 liter? saya dulu bajet minimum air 3 liter.. x larat nk ke tandas.. hehehe

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2026 ctfand.com Β· Sitemap Β· Powered by WordPress Β· Built on Genesis Framework

%d