ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Tips / Blogging / Tips Berpindah Dari Blogspot Ke WordPress

Tips Berpindah Dari Blogspot Ke WordPress

19Mar | 2014

19 March 2014 By ctfand 24 Comments

Entri ini bukanlah nak mendorong anda berpindah dari Blogspot ke WordPress. Tidak. Entri ini sekadar perkongsian pengalaman dan maklumat yang aku rasakan perlu diketahui oleh anda yang berminat atau menyimpan hasrat untuk menggunakan platform WordPress.Org sebagai platform blogging.

Kalau anda nak tahu, pelbagai isu dan masalah yang aku hadapi semasa berpindah dari Blogspot ke WordPress selfhosting. Tapi, Alhamdulillah, isu dan masalah ini berjaya di atasi dan tidak menjejaskan minat aku untuk berblog. walaupun hanya semi-part-time..part-time pun tak juga..kiranya suku kepada part-time. 🙂

Berikut adalah antara tips berpindah dari Blogspot ke WordPress selfhosting:

  1. Pastikan anda telah menanam niat dan membulatkan tekad untuk bertukar dari Blogspot ke WordPress selfhosting. Kalau masih tak pasti, baik jangan dulu atau tangguhkan dulu niat anda. Ini kerana banyak perkara yang perlu anda hadapi semasa mengendalikan blog di WordPress Selfhosting.
  2. Jika tekad dah ada, ada baiknya kalau anda membuka dulu akaun blog percuma di WordPress.Com. Ini kerana, layout, dashboard, cara nak buat entri dan pelbagai persamaan lain di antara WordPress.Com dan WordPress selfhosting. Jadi, cuba-cuba dan beleklah WordPress.com sampai anda betul-betul puas hati. Ini boleh mengelakkan anda dari terkejut dengan interface WordPress selfhosting nanti. Bila terkejut inilah, ada yang putus asa dan akhirnya patah balik ke platform lama. Tak kah itu nanti hanya membuang masa dan tenaga juga fulus kita? 😆20140319-061827 pm.jpg
  3. Bersedia untuk kehilangan follower dari Google Friend Connect (GFC) di Blogspot. Pihak Google telah menamatkan kebolehupayaan pemasangan GFC di blog selain Blogger.Com (miliknya) sejak 1 Mac 2012. Jadi follower ratus-ratus atau ribu-ribu di Blogspot akan kekallah di Blogspot. Walau bagaimanapun, jangan risau, bagi yang sudah sedia ada memiliki follower di Google+, anda boleh meletakkan Google+ Badge atau Google+ Follow Button di WordPress.
  4. Bersedia untuk memeningkan kepala dalam mentadbir dan menguruskan sendiri blog. Di WordPess selfhosting, kita bayar domain dan bayar sendiri pakej hosting bagi membolehkan blog kita online. Jadi, kitalah yang akan bertanggungjawab ke atas semua perkara, terutama keselamatan atau security blog, memastikan plugin sentiasa update, kadar bandwith, storage space , komen spam dan macam-macam lagi. Perkara ini aku ada ulaskan serba sedikit di entri Apa Itu WordPress Selfhosting. Dari sudut security, ada beberapa kali sebenarnya blog aku ini telah di cuba force entry oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab. Jadi perkara-perkara seperti inilah yang perlu anda sedia di hadapi bila anda ingin berblog dengan WordPress selfhosting.

Apapun perkara yang disenaraikan di atas ini, jangan risau sebab anda sebenarnya boleh mendapatkan pelbagai maklumat dihujung jari sendiri, iaitu melalui Google. Selain itu, banyakkan juga bertanya atau merujuk dengan blogger yang lebih lama atau senior dalam menggunakan WordPress selfhosting. Bagi aku, aku banyak bertanya di dalam entri-entri blogger senior mengenai pengendalian WordPress selfhosting dan membaca soal jawab di dalam entri-entri tertentu.

Walau apapun, jika anda punya keinginan tinggi untuk berblog di WordPress selfhosting, rasanya tiada masalah bagi anda. InsyaAllah, kalau anda bersedia berhadapan dengan 4 perkara di atas tadi, segalanya mungkin jadi mudah bagi anda. Mungkin.. Di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan..

Buat blogger otai WordPress yang terbaca entri ini, kalau salah tolong betulkan. Entri ini hanya perkongsian dari pengalaman aku yang tak seberapa. Sekurang-kurangnya boleh memberi pengetahuan asas buat mereka yang berminat untuk pindah ke WordPress selfhosting.. 😉

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Blogging, Tips Tagged With: blogger ke wordpress, blogspot, panduan berpindah ke wordpress, wordpress selfhosting

Comments

  1. Anuar

    19 March 2014 at 7:11 pm

    Sebelum ini ada juga niat nak berpindah menggunakan hosting sendiri (wordpress)… Tetapi mengenangkan banyak perkara perlu difikirkan, jadi saya terpaksa menangguhkan dulu hasrat tersebut…

    Reply
    • ctfand

      19 March 2014 at 7:38 pm

      Tak mengapa tuan, semuanya bergantung kepada kesesuaian dan keselesaan sendiri.. Kalau dah betul2 nekad nanti, boleh lah.. Apapun platform kita, yg penting happy dan happy blogging.. 🙂

      Reply
  2. Norhasniza Khalid

    19 March 2014 at 7:18 pm

    baru tergerak hati nak bertukar ke wordpress, tapi ada satu blogger otai menasihatkan mama agar menangguhkan hajat mama dulu atas sebab beberapa perkara, terpaksa mama akur, nasihat mereka yang makan garam adalah penting..

    Reply
    • ctfand

      19 March 2014 at 7:44 pm

      Betul mama, pendapat org lama mmg tak boleh dipandang ringan. Tapi lain pula kes saya hari tu, dapat nasihat “alang2 berdomain, biar berselfhosting terus..” hihi.. Tak mengapalah..yg penting happy 😀

      Reply
  3. mrhanafi

    19 March 2014 at 7:24 pm

    saya ada blog yang menggunakan platform WordPress..baru-baru ini telah digantung oleh pihak penyedia hosting kerana sebab overload data!..jika nak jimat lebih baik guna blogspot dan jika nak komersial sangat dianjurkan guna wordpress sebab ia menjanjikan keseronokan berblogging!

    Reply
    • ctfand

      19 March 2014 at 7:52 pm

      Setuju dgn point tuan. Utk memaksimumkan keseronokan pengalaman blogging di wordpress, mmg kena keluar duit sikit. Dan semua, ya, semua, adalah “kuasa, tanggungjawab dan hakmilik” sendiri tanpa perlu risau blog di delete oleh google, contohnya..

      Reply
      • Afandi Othman

        21 March 2014 at 2:26 am

        Salam.
        Maaf mencelah. Maksudnya blog kita ada kemungkinan untuk di delete oleh google?! Atas sebab apa? Kalau boleh dikongsikan. Hehe

        Reply
        • ctfand

          21 March 2014 at 3:20 am

          Tak mengapa, tuan. Sy tiada masalah utk sesiapa meninggalkan komen yg proper disini.. 🙂

          Ada bermacam sebab blog di blogspot boleh di delete oleh google, yg dilakukan oleh google anti spam robot. Boleh jadi sengaja atau tidak. Antara sebab-sebabnya adalah blog berkait/link menuju akaun lain yg merupakan blog hackers, torrent, perkongsian password, streaming atau download tidak sah, atau blog copy paste, blog dgn adult content dan macam2 lagi. Kalau disalah padam oleh google, boleh je sebenarnya membuat rayuan di Blogger Support.

          Untuk rujukan lanjut, sy cadang tuan baca di blog otai blogger ini http://www.hasrulhassan.com/2013/06/google-tersilap-padam-delete-blog.html atau membuat carian Google “blog deleted by blogger” ataupun “blog di padam oleh google”. Harap dapat menjawab persoalan.. 🙂

          Reply
  4. cik lisa

    19 March 2014 at 8:56 pm

    wordpress ni bukan susah pun, asalkan ada minat & usaha, itu aje. Takde orang yang berjaya, tanpa mula dari zero, betul tak, kak? hehe semoga maju jaya kak, peace.

    Reply
    • ctfand

      19 March 2014 at 9:02 pm

      Jangan begitu. Mungkin lisa jenis it savvy katakan..jadi mudah bagi lisa. Ada mereka yg tak biasa macam akak, mmg rasa sukar pd peringkat awal dan susah mengendalikan wordpress selfhosting. Jadi biarlah entri ini sekurang-kurangnya jd panduan asas buat mereka. The rest, akak setuju.. Peace jugak.

      Reply
      • cik lisa

        22 March 2014 at 9:34 pm

        betul jugak kata akak, sebab tu ramai yang masih tak berapa yakin, hehe… in sha Allah, sedikit sebanyak mungkin boleh membantu mereka nanti, hikhik

        Reply
        • ctfand

          22 March 2014 at 10:45 pm

          Betul..bole jadi sedikit panduan..

          Reply
  5. Pha Is

    20 March 2014 at 5:52 am

    ish.. pening jugak yer.. rasanya saya mmg akan setia kot dengan blogspot.. habis kuat pun, tukar nama domain je.. hehehe

    Reply
    • ctfand

      20 March 2014 at 9:16 am

      ada la sikit peningnya pha is.. tapi kalau dah mmg betul2 nak, sanggup kot hadapi pening2 tu..hehe. walau apapun platform, ikut citarasa masing2 kan..asalkan happy.. 🙂

      Reply
  6. niesa

    20 March 2014 at 10:41 am

    mcm susah je kak..hehehe..mcm xde niat lg nk beralih arah…nak tuka url blog pun kena fikir 150% apa lg nk tuka platform ni..

    click visa,nissan dan flight to jepun kt sini..hihihi

    Reply
    • ctfand

      20 March 2014 at 11:45 am

      Betul niesa..mmg kena fikir byk2 kali samada kita pasti atau tak. Kalau separuh jalan takut tak kemana..yg lagi takut, menjejaskan minat utk terus blogging..
      Anyway, timekasih niesa.. 😉

      Reply
  7. Mimie

    20 March 2014 at 11:34 am

    sy stay dengan blogspot jela..sebelum nih tukar ke dot my mcm mcm mslh timbul..

    Reply
    • ctfand

      20 March 2014 at 11:47 am

      Takpe begitu mimie.. Kita ikut mana yg selesa, kan.. Yg penting, happy blogging 😀

      Reply
  8. Mizz Aiza

    20 March 2014 at 1:04 pm

    masa tukar domain dulu pernah juga aiza terfikir untuk tukar hosting wordpress.. masa tu aiza google cari maklumat, aiza buat keputusan kekalkan dengan blogspot sahaja kerana setiap tahun hanya bayar harga domain.. menabung 2 kali digi..

    Reply
    • ctfand

      20 March 2014 at 3:57 pm

      betu aiza..diblogspot, hosting adalah percuma oleh blogger/google..berbanding kalau pakai WP selfhosting. semua sendiri keluar duit.. anyway, terima kasih tabungan itu..hehe. nak jenguk entri aiza tu kejap.

      Reply
  9. profhariz

    22 March 2014 at 3:36 pm

    Alhamdulillah saya dah buat. Yang lain bila lagi? Hihihi.

    Reply
    • ctfand

      22 March 2014 at 5:16 pm

      hehe..

      Reply
  10. umie

    3 October 2014 at 10:46 pm

    sy baru bercadang untk guna wordpress.. itulah sb sy kena google kebaikan dan keburukkannya.. terima kasih di atas info.

    Reply
    • ctfand

      3 October 2014 at 10:57 pm

      Sama-sama.. 🙂

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d