Inspirasi untuk aku berblog aku ada catatkan dalam page Inspired by Yanie.
Masa aku mula-mula nak berblog dulu, aku tak pasti nak buat blog sama ada di blogspot atau wordpress. Oleh sebab betul-betul tak pasti, aku wujudkan dua akaun blog, iaitu ctfand.blogspot.com dan ctfand.wordpress.com. Yang aku sangat-sangat pasti masa tu, aku memang nak wujudkan catatan online supaya aku boleh rekodkan semua pengalaman, kisah dan cerita dari hati dan fikiran aku..terutamanya kisah mengenai anak-anak aku..
Setelah kedua-dua blog ini aku wujudkan pada Disember 2012, aku memulakan catatan pertama. Anda boleh lihat arkib entri pada bulan Disember aku tu. Aku pun senyum-senyum sendiri baca entri-entri awal aku tu. Ada je yang tak kena.. 🙂 Walau macamanapun, oleh sebab pada peringkat itu aku masih di peringkat penyesuaian dan percubaan kedua-dua platform, aku private kan dulu blog-blog ini sebelum aku membuat keputusan akhir.
Kalau anda nak tahu, setiap entri yang aku buat aku copy dan paste antara 2 blog tadi. Giliran menaip entri pula aku selang-selangkan di antara Blogspot dan WordPress. Begitulah sebanyak beberapa kali. Nak cari feel orang kata… Sambil-sambil itu, dalam tempoh ini, aku cari maklumat dan bandingkan Blogspot dengan WordPress. Pada masa itu sebenarnya, aku masih tak tahu bahawa WordPress ini ada dua jenis pula iaitu versi free di WordPress.Com dan satu lagi WordPress.Org. Memang sangat-sangat tidak tahu.
Lama jugak aku baca tentang dua (mungkin tiga) perkara ini..iaitu Blogspot, WordPress. Akhirnya, pada bulan Julai 2013, di bulan Ramadhan, aku telah memilih Blogspot sebagai platform pertama blog aku. Sebabnya, aku rasakan platform ini sangat mudah untuk orang-orang yang tak IT savvy dan beginner / newbie macam aku. Yang aku tahu, aku nak mudah dan cepat membuat entri. Taip dan publish. Tak payah risau perkara lain.
Tapi dalam tempoh itu juga sebenarnya, aku masih “merindui” WordPress (.com) kerana platform ini kelihatan lebih kemas, dan ringan. Tentang SEO aku tak peduli sangat masa tu sebab tak tahu malah tak pernah dengarpun “apa bendanya” SEO tu. Cuma, kekangan dan perkara yang membantutkan hasrat aku untuk bersama WordPress (.com) masa tu adalah, tak boleh nak tukar font! 😆 Aku particular sangat pasal benda ni..masa tu lah kot. Kalau nak dapat pilihan font yang banyak, kena bayar perkhidmatannya. “Bayar”. Itu yang aku tak sedia pada ketika tu.
Masa di Blogspot, semua benda aku cuba. Di situlah aku kenal apa itu SEO, apa dia Nuffnang, apa itu UV, PV, Google Analytics, apa itu niche, apa itu blogwalking, dan macam-macam lagi.. Boleh dikatakan, walaupun sekarang ini aku menggunakan platform WordPress.Org, aku tak boleh melupakan “jasa” Blogspot pada aku apa lagi nak memandang rendah kepada platform yang satu ini. Blogspot telah “mengajar” bermacam ilmu dan maklumat kepada aku. Dan terus terang aku katakan, ada beberapa opsyen atau perkara yang aku rindui sebenarnya di Blogspot. Apakah opsyen atau perkara itu, biarlah rahsia.. 🙂
Demikianlah pengalaman awal aku mengenali dunia blogging. Mungkin tak sehebat pengalaman yang anda lalui. Tapi biarlah entri ini menjadi catatan untuk kenangan aku di samping perkongsian pengalaman yang tak seberapa ini dengan anda. InsyaAllah akan datang aku nak berkongsi pengalaman dan macamana aku berpindah dari Blogspot ke WordPress. Happy blogging semua…! 🙂
ciklaili.com
beruntunglah sebab dapat merasai pengalaman berblog menggunakan blogspot & wordpress.
salam perkenalan dari ciklaili.com
ctfand
terima kasih, cik laili.. 🙂
niesa
niesa xpernah lagi cuba buat wordpress..nak guna blogspot pun dh terkial2..hahaha..tp mmg seronok blogging ni dulu niesa mula2 nk make up blog 1 hari ddk dpn laptop..hee…happy blogging juga kak..
click inti kat sini.. 😀
ctfand
akak curious sangat sebab tu nak cuba dua2 dulu… tapi mmg mengasyikkan bila tau cara edit html kat blogger kan..sampai beberapa kali template akak dulu crash..hihi.
anyway, tq niesa..budi baik dibalas baik.. 😉
Qema
Qema xpernah experience blogging guna wordpress..mcm complicated je..hehe..maybe some day..by the way suke tgk layout blok ct yg ni…kemas..
ctfand
Kalau berpeluang nanti, boleh la try, Qema..hehe. Anyway, terima kasih..saya pun sebenarnya senang tengok theme skg..bole la bertahan lama kot 🙂
cik lisa
pengalaman banyak mengajar kita kan, kak ^__^
ctfand
Betul lisa.. 😀
Pha Is
waa.. bagus betol.. berani mencuba semua platform.. saya x pernah sentuh pun wordpress.. try blogspot ni je.. heheh
ctfand
nak jugak cuba sebab best review. rupanya akak confius antara wordpress.com dan wordpress.org masa tu.. 😆
shark
dalam perancangan jugak shark untuk beralih arah ke wordpress..
tp bila pk blik lebih baik stay kt blogspot jer.
masing2 punya rezeki.
ada yg berjyaya ngan wordpress
ada yg berjaya ngan blogspot.
ctfand
Betul..apa pun, terpulang juga kepada pilihan dan kehendak masing2.. 🙂
ayue
Fuyooo..tabik la ctfand..wordpresssss tuh..hehe..
ctfand
Takde apa la, ayue.. Masih belajar lagi ni.. 🙂
Afandi Othman
Salam.
Apa perbezaan ketara antara Blogspot dan WordPress?
ctfand
Serba sedikit ada dibincangkan di dalam entri INI.