ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Tips / Keibubapaan / Bila Masa Sesuai Buka Sarung Tangan Bayi?

Bila Masa Sesuai Buka Sarung Tangan Bayi?

23Mar | 2014

23 March 2014 By ctfand 25 Comments

sarung tangan bayi

Hani ketika berumur 2 bulan

Pemakaian sarung tangan atau mitten pada peringkat awal kelahiran bayi adalah sangat penting. Kenapa?

1) Untuk mengawal suhu badan bayi dan mengelakkan bayi sejuk. Pada peringkat awal kelahiran bayi, 3 tempat yang membuatkan haba badan bayi keluar dengan cepat adalah kepala (ubun-ubun), tangan dan kaki. Inilah mengapa bayi baru lahir sehingga sebulan dipakaikan topi khas bayi, sarung tangan dan sarung kaki, iaitu untuk mengekalkan suhu badannya.

2) Untuk mengelakkan bayi tercalar dengan kukunya sendiri. Bayi baru lahir biasanya memiliki kuku yang panjang. Kalau tak panjang pun, kuku bayi akan cepat pertumbuhannya. Selain itu, sukar sebenarnya untuk memotong kuku bayi kerana kukunya yang nipis dan beza antara kuku dan kulit kukunya yang hampir sukar dikenal pasti. Bayi juga selalu bergerak-gerak, menambahkan lagi kesukarannya. Salah potong, terkena kulit kuku bayi pulak nanti.

Di atas tadi serba sedikit mengenai kepentingan pemakaian sarung tangan bayi. Tapi, bila masa sesuai buka sarung tangan bayi? Ada macam-macam pendapat, ada yang lepas sebulan, ada yang lepas 3 bulan dan ada yang 5 bulan. Kalau kita perhatikan, bayi-bayi “orang putih” sana, ada yang tak pakaikan sarung tangan pun.. ๐Ÿ˜†

Masa yang paling sesuai untuk membuka sarung tangan bayi yang aku amalkan adalah ketika bayi berumur genap 3 bulan. Pada masa ini, bayi dah mula peka dan ingin tahu dengan sekelilingnya. Tips yang mudah untuk mengenalpasti hal ini adalah, perhatikan bayi anda semasa anda menyusukan dia. Kalau dia mula mencapai baju atau muka anda, maknanya bayi anda dah sedia..! ๐Ÿ™‚

Seeloknya, jangan biarkan bayi terlalu lama memakai sarung tangan. Ini boleh melambatkan perkembangan deria sentuh dan genggam bayi. Jadi, berdasarkan pengalaman aku, umur 3 bulan adalah umur yang paling sesuai untuk mula membiasakan bayi tanpa memakai sarung tangan.

mainan bayi

Hani ketika berumur 3 bulan

Sedikit perkongsian kisah, ada anak sahabat aku yang umurnya lebih kurang sebaya Hani.ย Sampai umur 4 bulan masih dipakaikan sarungtangan. Sudahnya, anak ini tak boleh menggenggam dan tak biasa mencapai, sedangkan Hani pada masa tu dah sampai ke tahap mendekatkan mainan ke mulut dia. Mula-mula ibu bapa ini hairan, kenapa anak mereka tak seaktif Hani yang dah boleh mencapai mainannya. Aku pun nasihatkan mereka supaya bukakan terus sarung tangan anak itu. Kalau tak, bila dia nak belajar dan rangsang saraf ditangannya? Selepas daripada itu, bayi mereka dah boleh menggenggam mainan dan bermain seperti biasa.

Demikianlah sedikit perkongsian mengenai bila masa sesuai buka sarung tangan bayi dan kepentingannya. Diharap entri ini dapat memberikan manfaat dan bole dijadikan sebagai panduan buat ibu-ibu diluar sana.. ๐Ÿ™‚

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Keibubapaan, Tips Tagged With: buka mitten bayi, sarung tangan bayi

Comments

  1. Mizz Eiyda

    23 March 2014 at 3:46 pm

    thanks 4 sharing da info..;)

    Reply
    • ctfand

      23 March 2014 at 5:16 pm

      Sama2..

      Reply
  2. Aqilah Azmi

    23 March 2014 at 6:55 pm

    sampai 4 bulan??? amboi lama betul. Hihi. Betul tu kak fand, baby iris pun qila dah tak ingat TT_TT allah sekarang aktif gila dah hihihihi <333

    true true true, sampai bila nak pakai sarung and tak rangsang saraf tangan dia tu kan hihi <3
    ๐Ÿ˜€ Thanks for reminding kak fand!!!!

    Reply
    • ctfand

      24 March 2014 at 8:28 am

      perkongsian pengalaman Qila..kot2 bole dijadikan panduan.. ๐Ÿ™‚

      Reply
  3. Mizz Aiza

    23 March 2014 at 7:00 pm

    terima kasih di aats pekongsian tips dan pengalaman ini.. sangat berguna kepada ibu bapa yang ada baby pakai sarung tangan tu.. menabung tesco, churp2, tesco.. selamat berhujung minggu.. ๐Ÿ˜€

    Reply
    • ctfand

      24 March 2014 at 8:28 am

      sama2 aiza.. kita kongsi maklumat yg berguna.. ๐Ÿ™‚

      Reply
      • Mizz Aiza

        24 March 2014 at 3:47 pm

        sebelum ni aiza tak pernah terfikir pun bila waktu sesuai untuk buka sarung tangan bayi.. maklum la, aiza takde anak lagi, hehe.. nak menabung semua churp2 keluar..

        Reply
  4. Pha Is

    23 March 2014 at 9:13 pm

    perkongsian yg baik.. belajar siap2 walaupun x kahwin lagi.. hehehe.. nnti dah tahu, senang..

    Reply
    • ctfand

      24 March 2014 at 8:30 am

      alhamdulillah..terima kasih pha is.. itulah niat yg sebenarnya.. berkongsi ilmu.. ๐Ÿ™‚

      Reply
  5. Mimie

    24 March 2014 at 8:05 am

    Tips yg bgus utk mereka ygbbru menimang chya mata sulung…bgus tios nih at least diorg tahukan

    Reply
    • ctfand

      24 March 2014 at 8:30 am

      betul mimie..kita belajar dari pengalaman dan kongsikan.. moga sesiapa yg terbaca mendapat manfaat.. ๐Ÿ™‚

      Reply
  6. niesa

    24 March 2014 at 10:01 am

    wahh..betul tu kan..bila baby dh besa sikit boleh la bukak sarung tangan dia tu supya dia bleh belajar pegang barang..mak niesa pn sll ckap cm tu..

    click colgate,flight and digi kat sini.. ๐Ÿ™‚

    Reply
    • ctfand

      25 March 2014 at 8:53 am

      Betul kalau lama sgt pakai sarung tgn nanti saraf dia tak dirangsang sepenuhnya

      Reply
  7. Sheila Salim

    24 March 2014 at 3:29 pm

    Assalamualaikum. nice sharing. baru tahu.. lepas 3 bulan baru boleh buka sarung tangan ye. sarung kaki? hehehe singgah sambil menabung sini untuk Hani ~~~

    Reply
    • ctfand

      24 March 2014 at 3:33 pm

      Waalaikumussalam..sheila.. ๐Ÿ™‚ bukan lepas 3 bulan sheila, tapi bila genap 3 bulan.. Sarung kaki bole bukak mula 4- 6 bulan, masa ni baby biasanya kita masukkan ke walker.. Itu pendapat akak lah.. ๐Ÿ˜‰

      Reply
  8. ejam

    24 March 2014 at 4:39 pm

    betul tu, jangan terlalu lama dibiarkan anak pakai sarung tangan sebab nanti dia tak dapat explore benda baru.
    bila bayi mula hisap jari pun itu adalah perkembangan yang baik sebab dia tahu dan sedar akan kehadiran anggota comel bernama jari itu..

    untuk kaki pula saya biasanya akan urut2 dengan tangan untuk tengok reaksi anak, lepas tu angkat kakinya dan bagi dia sentuh, bila dah sentuh makanya dia tahu akan anggota bernama kaki pula..
    orang kata bayi isap ibu jari kaki nak dapat adik…dengarkan jer percaya jangan..hehe

    Reply
    • ctfand

      25 March 2014 at 8:55 am

      Oh..sy nak praktikkan dgn hani ttg urut2 kaki tu..
      Ha, pernah dgr jugak kalau baby hisap jari kaki dah nak dpt adik..hihi

      Reply
  9. Nurul

    24 March 2014 at 4:54 pm

    Hai, ct…
    Nrl keempat2 anak buka sarung tangan bila dah umur 3 bln… rasanya yang keempat ni cepat sikit sblm umur 3 bulan lagi dah tak pakaikan sarung tangan… ^__^

    Reply
    • ctfand

      25 March 2014 at 8:56 am

      Yg buat jd dilema tu, kuku dia tu susah nak potong..mmg buat kita teragak2 nak buka sarung tangan..hihi

      Reply
  10. cik lisa

    24 March 2014 at 9:14 pm

    comelnya Hani, adududu! Baca serba sikit tentang penjagaan bayi ni, teringin nak anak tetiba. Hehehe

    Reply
    • ctfand

      25 March 2014 at 8:57 am

      InsyaAllah..ada dah intai2 lisa tu..ye dok? Jgn milih sgt nt lambatt..hehe

      Reply
  11. Ammar

    25 March 2014 at 11:03 am

    Paling bahaya kalau tak pakai sarung tangan bayi ni bila kuku dia panjang. Boleh luka-luka muka. Macam adik saya masa baby dulu. Tercalar-calar muka sebab kena kuku.

    Reply
    • ctfand

      25 March 2014 at 12:19 pm

      Hani ni pun dah berapa kali calar kat muka dengan kepala dia yg kurang rambut tu..hihi. kadang2 termiss potong 4-5 hari..dah panjang..sekejap je panjang kuku dia..

      Reply
  12. Vory

    10 January 2015 at 7:43 am

    Lain ceritanya dengan bayi saya. Ini betul2 pelik. Bukan duuugaaannn. Bayi saya awal2 langsung tak pakai sarung tangan / sarung kaki. Sebenarnya ibu dia bagi bogel terus dekat 10 bulan jgk. Baby aktif je. Siap kaki mcm pemain bola lagi. Tapi tiba2 ibu dia baru start pakaikan dia seluar, baju, mitten, topi. Bila MULA pakai semua tu, baby tak seberapa aktif dah.. Sebulan lepas tu baru nak aktif balik. Tak pakai mitten dah. Pakai seluar baju pampers je.
    P/S: Mmmmmmm…yang sebenornyo 10 bulan baby tak pakai apa2 sebab dia duk dalam perut ibu dia. Hihihi.. Peace!

    Reply

Trackbacks

  1. Tips Potong Kuku Bayi | Inspired by Yanie says:
    30 March 2015 at 9:43 pm

    […] Sebab lain pemakaian sarung tangan bayi ada dikongsikan di entri bertajuk bila masa sesuai buka sarung tangan bayiย ni. […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com ยท Sitemap ยท Powered by WordPress ยท Built on Genesis Framework

%d