ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Tips / Keibubapaan / Bayi Tak Mahu Menyusu Botol

Bayi Tak Mahu Menyusu Botol

24Mar | 2014

24 March 2014 By ctfand 27 Comments

*Maaf jika ada beberapa perkataan atau ayat yang agak sensitif di gunakan di dalam entri ini. Tujuannya adalah untuk memberi kefahaman dan membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah yang sama.

Dilema ini sering dihadapi oleh ibu-ibu yang lepas pantang dan ingin kembali bertugas setelah lama cuti bersalin. Masalah yang sama aku hadapi dengan anak-anak aku terutama yang gegirls tu.. Yanie dan Hani.

Jenis / Jenama Botol Susu

Di pasaran sebenarnya ada pelbagai jenama botol susu yang dicipta khas untuk bayi-bayi yang beralih dari breastfeeding ke botol susu. Tapi, selepas aku membaca beberapa ulasan di internet, dua jenama botol susu yang menjadi pilihan aku adalah MAM dan Tommee Tippee. Teats kedua-dua jenama botol susu ni bagi aku agak lembut, tetapi kelebihan kepada MAM yang mana bentuk teats adalah menyamai susu ibu.

Di taska tempat aku hantar Hani pun, ramai ibu-ibu yang menggunakan botol susu MAM. Sampai ke tahap setiap botol Hani ditampal dengan nama oleh penjaganya, sebab takut tertukar.

20140324-033722 pm.jpg

Jadi boleh dikatakan bahawa botol susu MAM adalah antara botol susu yang terbaik untuk bayi yang di dalam tempoh peralihan. Bukan itu saja, botol susu ini juga didatangkan dengan teknologi anti-colic, iaitu angin akan keluar dibahagian lain botol ini dan dapat mengurangkan risiko bayi “menelan angin” yang boleh membuatkan bayi colic atau kembung perut. Menarikkan? Terus-terang aku katakan, Hani jarang mendapat kembung perut. Mungkin juga salah satu sebabnya adalah dengan penggunaan botol susu ini.

Kalau anda susah nak mencari botol jenama ini, masuk saja ke laman web Little Whiz ini. Dari botol susu MAM, sampai kepada semua kelengkapan berkaitan. Lengkap. Anda hanya perlu order online di Laman Web Little Whiz dan barang akan dihantar ke mana kita nak. Lagi mudah terutama bagi ibu-ibu hamil yang malas nak keluar ke mana-mana (macam aku hari tu..)

Sedikit Perkongsian Kisah

Harus diingat bahawa usaha untuk membiasakan bayi menyusu botol boleh jadi satu perkara yang mencabar. Pemakaian botol susu seperti MAM ini sebenarnya tidak menjamin yang bayi akan serta-merta boleh atau hendak menyusu botol. Bayi juga memerlukan tempoh masa untuk dia betul-betul boleh/biasa menyusu botol. Jadi, jangan tertekan. Usaha dan konsistenlah. InsyaAllah, lambat laun, bayi akan mudah untuk disusukan dengan botol.

Dalam kes Hani, semasa sebulan terakhir cuti bersalin, Hani menyusu badan sepenuhnya. Kira-kira 2 minggu sebelum masuk bekerja semula, aku telah cuba untuk menyediakan dan membiasakannya untuk menyusu botol supaya mudah untuk aku bekerja dan mudah untuk Hani ditinggalkan.

Masalah pun bermula. Hani tak mahu menyusu botol walaupun diisikan dengan breastmilk. Selama seminggu aku ‘paksa’, tapi tak berkesan. Pada masa tu, aku sampai ke tahap ‘biarkan’ Hani sampai betul-betul lapar (menangis) baru aku berikan susu botol, sebab nak train punya pasal. Itu pun Hani menyusu sikit je, kemudian berhenti. Selepas seminggu usaha aku tak berjaya, aku kembali fully breastfeed‘kan Hani. Kesian sebenarnya.

Kemudian, tibalah saat yang amat aku risaukan, meninggalkan Hani di bawah jagaan orang lain, mak aku. Memang 2 hari pertama agak sukar nak menyusukan Hani, mak kata. Tapi lama kelamaan, mungkin bila sedar yang aku kerap tiada di rumah, Hani dah mula menyusu mengikut waktunya.

Jadi, jika anda berhadapan dengan dilema bayi tak mahu menyusu botol, bolehlah cuba mendapatkan botol susu jenama MAM yang aku sebutkan di atas.. Moga usaha berjaya nanti..

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Keibubapaan, Tips Tagged With: mam, pilihan botol susu, tommee tippee

Comments

  1. Aqilah Azmi

    24 March 2014 at 11:32 pm

    Kak fand, baby irish qila tu pulak ibu dia guna botol MIMIJUMI. Hihihihi

    Hehe qila click INTI hehehehe

    Reply
    • ctfand

      25 March 2014 at 8:58 am

      Oh..bentuk dia sama kan ๐Ÿ™‚

      Reply
  2. niesa

    25 March 2014 at 9:57 am

    mak niesa kalau baby xnk susu botol dia tukar jenis puting yg mcm betul punya warna coklat tu..hee..boleh suggest botol ni plak..

    click digi kat sini kak,,,

    Reply
    • ctfand

      25 March 2014 at 11:10 am

      Kadang2 mmg kena experiment jugak..tapi kalau tak konsisten/tetap, takut lagi buat baby confuse…

      Reply
  3. Asha Lya

    25 March 2014 at 11:08 am

    info yang berguna utk masa depan..tq atas prkongsian ๐Ÿ™‚

    Reply
    • ctfand

      25 March 2014 at 11:11 am

      Sama-sama..

      Reply
  4. Denaihati

    25 March 2014 at 12:26 pm

    masalah biasa baby tak serasi dengan puting, tambah pula bila dah biasa dengan puting original. ini mungkin satu pilihan yang serasi…selamat mencuba.

    Reply
    • ctfand

      25 March 2014 at 4:09 pm

      bole dijadikan salah satu option, tuan. sbb memang pening sebenarnya nak mencari jenama botol susu dengan teats yg serasi dengan bayi kita..

      Reply
  5. Mizz Aiza

    25 March 2014 at 3:08 pm

    ilmu baru untuk aiza.. aiza ingat ke semua botol susu sama sahaja, rupa-rupanya kena pilih jenama yang sesuai juga untuk bayi.. menabung churp2, lazada.. ๐Ÿ˜€

    Reply
    • ctfand

      25 March 2014 at 4:10 pm

      inilah antara pening yg perlu dihadapi bila dah adan anak, aiza..heheh

      Reply
  6. Anak Askar Pencen

    25 March 2014 at 3:33 pm

    Membesarkan anak ni memang ada cabarannya yang tersendiri. Menyusu badan mahupun susu botol tetap ada pro dan kontranya. Lagipun, susu botol merupakan pilihan utama ibu-ibu masa kini yang kebanyakannya bekerjaya.

    Reply
    • ctfand

      25 March 2014 at 4:07 pm

      bagi ibu2 suri rumahtangga dan tak bekerja, tak berbangkit rasanya masalah penggunaan botol susu. bagi yg bekerja mcm saya, kenalah anak menyusu menggunakan botol..samada breastmilk atau formula..

      Reply
  7. Sheila Salim

    25 March 2014 at 4:58 pm

    Assalamualaikum kak, sheila beli storage bottle bumble bee. tapi cadangnya nak beli teat dan guna pada botol BB je. boleh ke? sheila nak jimat sebenarnya.. sebab storage bottle tu beli banyak. boleh cadangkan teat apa yang sesuai masuk dalam botol BB tu? dia punya standard neck je..

    Terima kasih ya…

    Reply
    • ctfand

      25 March 2014 at 6:44 pm

      salam sheila. boleh je buat macam tu sebenarnya.. sheila bole cuba dapatkan teats Pureen. Yg tu akak pakai masa Yanie dulu, tak pasti samada sekarang ada lagi tak dijual. cuba survey di AEON Jusco, AEON Big (Carrefour), Giant Hypermarket..atau pun kedai2 bayi..

      Reply
  8. Pha Is

    25 March 2014 at 9:16 pm

    thanks share info…

    Reply
    • ctfand

      25 March 2014 at 9:32 pm

      sama-sama.. ๐Ÿ™‚

      Reply
  9. Zufar

    26 March 2014 at 12:28 am

    mula2 memang susah bayi nak biasakan keadaan kalau ibu dia xde dan kena tinggal lama2…bila bagi botol susu..dia gigit2 kunyah2 jer…

    Reply
    • ctfand

      26 March 2014 at 8:19 am

      haa..perkara tu pernah berlaku dengan saya..Hani taknak hisap botol susu..dia kumam2 je..

      Reply
  10. Mimie

    26 March 2014 at 9:16 am

    In shaa Allah untuk anak anak yg akan dtg akan cari botol nih

    Reply
    • ctfand

      26 March 2014 at 1:23 pm

      bole cuba nanti, mimie.. ๐Ÿ™‚

      Reply
  11. ayu

    29 January 2015 at 2:15 pm

    Tgh nak pilih MAM atau pegion peristaltic utk amani.
    Hehe

    Reply
    • ctfand

      29 January 2015 at 2:21 pm

      Pilih..jangan tak pilih, mama Amani… ๐Ÿ˜€

      Reply
  12. Ummi Faiqa

    12 August 2015 at 12:39 am

    Tq sis atas perkongsian..masa baby expo, sy beli set botol susu MAM new born..skrg baby bru 40hari..alhamdulillah, baby Faiqa terima botol susu MAM..da strt try guna botol sbb lg 20hri ummi Faiqa kna masuk kerja…

    Reply
    • ctfand

      12 August 2015 at 5:04 pm

      Sama-sama.. Saya pun nak kena ada set baru botol MAM ni utk baby baru pula..

      Reply
  13. Nini

    18 September 2015 at 11:25 pm

    Sebab masaalh ni la..sampai la ni belum beli botol baby….hahaha

    Reply
  14. Asiah Mansor

    4 January 2016 at 2:44 pm

    Asssalam nak tanye kalau baby umur 11 bulan kena tukar puting MAM tu ikut size puting by umur ke.. or biar maintain o+months?

    Reply
  15. Asiah Mansor

    4 January 2016 at 2:44 pm

    Asssalam nak tanye kalau baby umur 11 bulan kena tukar puting MAM tu ikut size puting by umur ke.. or biar maintain o+months?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com ยท Sitemap ยท Powered by WordPress ยท Built on Genesis Framework

%d