ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Tips / Blogging / Uji Kesesuaian Template Blog Pada Setiap Browser

Uji Kesesuaian Template Blog Pada Setiap Browser

25Feb | 2014

25 February 2014 By ctfand 11 Comments

Kesesuaian template atau compatibality ini penting agar blog lebih mesra pengunjung, susun atur tidak menjadi kelam kabut, dan option yang ada di dalam blog mudah dicapai. Ini boleh mempengaruhi bounce rate atau kadar tempoh masa pengunjung di blog kita.

Semua tahu, pada masa ini, kita boleh melayari internet dengan menggunakan pelbagai jenis pelayar atau browser. Contohnya Internet Explorer, Mozilla Firefox, Chrome, Safari dan pelbagai lagi. Macam aku, aku suka menggunakan Chrome, diikuti Mozilla Firefox.

Masalah yang aku ingin kongsikan, terdapat beberapa blog rakan yang aku kunjungi secara rambang, tidak compatible dengan browser yang aku gunakan. Lecehlah pulak kalau nak copy link address blog, kemudian buka browser lain dan paste ke dalam browser baru tu. Aku kalau dah tutup, memang tutup terus je lah.

Antara kes yang aku pernah jumpa:

1. Ada blog yang bila kita nak tinggalkan komen, ruang untuk komen tu hilang. Popup komen terbuka tapi ia blank atau kosong terus.

2. Klik satu-satu link, tapi link lain yang keluar. Contohnya, aku pernah nak buka archive kat satu blog untuk lihat entri yang terkini. Tapi yang terbuka adalah bloglist owner blog, yang mana widget bloglist ini terletak di bawah widget archive. Pelik kan.

3. Blog menjadi huru-hara atau kurang cantik disebabkan ketidak sesuaian browser. Termasulah tabber tidak berada dikedudukan sewajarnya, ruang menu menjadi lebar dan sebagainya.

Aku faham, aku pun suka edit html template (masa di blogspot dulu). Tapi mungkin boleh ambil langkah berjaga-jaga agar apa yang kita edit itu tidak menjejaskan penampilan blog kita.

Jadi, jalan penyelesaian yang aku boleh cadangkan, cuba buka blog kita di setiap browser yang biasa digunakan. Kalau hanya sesuai di Chrome, letakkanlah disclaimer atau catatan di muka depan blog seperti “Best Viewed On Chrome” atau “Paparan Terbaik Menggunakan Mozilla” dan sebagainya. Jadi, pengunjung tak terkejut jika ada benda-benda pelik berlaku di blog kita. Sekaligus boleh memastikan kunjungan berulang oleh mereka di blog kita.

Ini saja yang aku nak kongsikan..moga bermanfaat.. ๐Ÿ™‚

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Blogging, Tips Tagged With: kesesuaian blog dengan browser, uji kesesuaian blog

Comments

  1. ct aman

    25 February 2014 at 2:36 pm

    xprnah tau kak…tq 4 sharing…akk dtg blog sy ade plik2 x?hehehe

    Reply
    • ctfand

      25 February 2014 at 2:43 pm

      blog ct tak de apa. sbb ct tak edit2 sangat kat html code tu kan.. ? teruskan berblog.. ๐Ÿ™‚

      Reply
  2. Aku Penghibur

    25 February 2014 at 4:44 pm

    terima kasih tipsnya… memang bagus dan aplikasi bila tukar template ..

    Reply
    • ctfand

      25 February 2014 at 4:46 pm

      Sama2…perkongsian dari pengalaman ni acik.. ๐Ÿ™‚

      Reply
  3. lizz

    25 February 2014 at 9:11 pm

    salam…tq sudi berkongsi tips ni…baru terfikir nak buat mcm tu…
    salam kenal juga…

    Reply
    • ctfand

      26 February 2014 at 9:48 am

      terima kasih.. lizz, salam kenal ๐Ÿ™‚

      Reply
  4. cik lisa

    25 February 2014 at 10:09 pm

    satu perkongsian yang bagus ye kak :D, tambah tambah lagi pengguna Blogspot, lainlah WP, hikhik.

    Reply
    • ctfand

      25 February 2014 at 10:17 pm

      Yup..blogspot lah yg dimaksudkan sebenarnya..kita bantu mana yg boleh.. ๐Ÿ™‚

      Reply
  5. Pha Is

    26 February 2014 at 1:42 am

    nice share.. x sangka lain browser pun ada pengaruh penampilan blog…

    Reply
    • ctfand

      27 February 2014 at 7:54 am

      Memang ada pha is. Browser compatibality dipanggil..

      Reply
  6. Mizz Aiza

    26 February 2014 at 10:05 am

    aiza tak pasti blog aiza sesuai dibuka di semua browser.. setakat ini aiza sendiri menggunakan google chrome juga..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com ยท Sitemap ยท Powered by WordPress ยท Built on Genesis Framework

%d