Semasa Kimi nak masuk ke Tadika (5 tahun) pada tahun 2013, Kimi tak berapa lancar membaca. Samada Bahasa Malaysia atau Inggeris sama je. Mula-mula memang aku risau jugak. Takut Kimi ketinggalan.
Tapi sekarang, kat tadika, Kimi adalah antara yang dipuji oleh cikgu dan guru besarnya sebab lancar membaca BM atau BI. Ada sekali, tahun lepas..aku terserempak dengan Guru Besar tadika Kimi masa nak ambil dia. Dia terus cakap kat aku “Baguslah Hakimi, Puan, lancar membaca. Buku Peter and Jane tu dia dah mendahului kebanyakan kawan-kawan kat kelas. Bahasa Malaysia pun sama”. Aku cuma kata “Oh..ye ke Puan..”. Sebenarnya ada jugak guru kelas Kimi bagitau, tapi aku cuma ambik maklum ajelah..sambil bersyukur sebab Kimi dah pandai membaca. Lepas tu, Guru Besar tanya aku “macamana Puan ajar Hakimi membaca ye? Apa tipsnya?”. Aku bagitau dia, macam ni:
1) Beli buku kegemarannya
Dapatkan buku dari kartun kegemarannya. Macam Kimi, buku yang mula-mula aku belikan dia adalah buku Thomas and Friends. Bila dah ada buku kegemarannya, senang nak tarik minatnya untuk membaca. Taklah susah sangat kita nak “paksa”. Pastikan pula huruf pada buku tu besar, sebijik-sebijik. Kalau kecik sangat nanti anak-anak cepat bosan. Kimi pulak sekarang, dia dah boleh pilih sendiri buku mana yang dia minat kalau aku bawa dia ke kedai buku.
2) Bedtime story
Aku rasa, inilah yang buat Kimi dapat cepat tangkap perkataan dan lancar membaca. Selalunya benda ni tengok kat TV je. Tiba-tiba aku terinspirasi nak buat yang sama kat Kimi. Setiap malam sebelum tidur aku bacakan dia buku cerita, Inggeris atau Bahasa Malaysia. Yang paling penting, masa kita bacakan buku:
- tunjuk satu-persatu setiap perkataan yang dibaca
- baca dengan sebutan standard. Biarlah berbelit lidah nak sebut, terutama perkataan Inggeris tu.
- pastikan anak ikut apa yang kita sebut.
- tambahan: bacalah dengan penuh semangat dan menghayati watak dalam buku. Buat mimik muka mengikut cerita. Kiranya lakonkan watak dalam buku tu sekejap. Contohnya, tukar suara jadi kecil atau besar, dan sebagainya. Biasanya anak-anak akan suka dan ini dapat mengelakkan mereka bosan.
Masa mula-mula aku buat, memang payah jugak nak biasakan Kimi. Tapi, dalam seminggu macam tu, sebelum tido je mesti mintak aku bacakan buku. Tapi sekarang bila dah pandai ni, aku mintak dia baca sendiri je..hihi
3) Bagi anak tonton educational cartoon (pada kadar yang tak melampau lah..)..contohnya kalau kat Astro ada di Channel 613 (Disney Junior) dan di HyppTV (Unifi) ada kat Channel Nick Junior dan Cbeebies. Ini contoh je lah. Kenapa educational cartoon? Sebab sambil dia belajar, ada unsur-unsur moral yang jelas dan simple diselitkan. Minta juga anak-anak ulang perkataan penting yang disebutkan.
4) Masa keluar ke mana-mana, minta anak-anak baca papan tanda yang terpapar. Tulisan dia kan besar. Tak kisahlah nama kedai ke, nama jalan ke. Tujuannya adalah bagi anak kenal huruf dan cara sebutan. Kalau salah, kita betulkan.
5) Sabar.
Ini yang paling penting. Tau-tau je lah budak-budak..memang fikir nak main je. Banyakkan bersabar layan karenah dia. Kalau dia lambat jugak nak membaca, jangan lah dipaksa sangat, kesian. Janganlah asyik nak marah-marah je. Kawal perasaan tu. Anak kita tu bukannya robot.
6) Doa.
Semua tau, doa ibu adalah antara doa yang tidak ditolak oleh Allah. Jadi berdoalah selalu yang baik-baik untuk anak-anak. Minta anak dibukakan hati dan minda ke, mintalah apa-apa.. Ini juga boleh digunakan dalam semua segi..
Inilah cara yang aku gunakan dalam mengajar Kimi membaca.. Alhamdulillah, cara ini berkesan bila aku buat kat Kimi. Tak sampai sebulan dia dah mula lancar membaca. Hasilnya, semasa semakan pembelajaran pertengahan tahun 2013, Kimi dapat catatan cemerlang dari sudut bacaan.
Macamanapun, kalau korang ada tips lain untuk ajar anak membaca, sama-samalah kita kongsikan..
Sheila Salim
Assalamualaikum. thanks kongsi tips berguna ni. hehehe. dulu masa jaga adik bongsu memang banyak bersabar. Tak pernah pula try bed time story. ni bakal dapat anak sendiri, in shaa Allah nak praktikkan. hehe salam perkenalan, sheila singgah sini semula dan follow kamu (“,)
ctfand
terima kasih sudi singgah sini sheila… insyaAllah kalau ada apa2 maklumat dan panduan berguna akan dikongsikan di sini.. 🙂
Azhafizah
Bagus cara ni untuk perkembangan minda anak² dengan lebih cepat 🙂
ctfand
betul fiza, asalkan kita usaha dan mencuba… 🙂
niesa
morning kak!niesa xde anak jdi xdpt la nk kongsi tips..hehehe..apa2 pn happy weekend ya.. 😀
ctfand
Takpe niesa..hehe. Happy weekend jugak.. 🙂
niesa
ouh!ouh!nivea dh klua!niesa click cpt2 sbb nuffnang nyorok lg.. XD
ctfand
shhh..nt nuff tau..hihi. nuffers makin tegas kan..wink3
ct aman
tips y sgt brguna kak….aqim suke sgt tgk karton…kalu dulu die mmng tgk disney junior…tp skrang da pndai plih siaran kartun…kalu kite alih siaran mulelah ngis….kadang2 kartun ni byk pngajaran x baik….bab bace buku…die ok dlm pakse…sebab kalu nak tengok kartun kna bace buku dulu…die paham la tu…huhu
Dira
Mmg bagus bacakan anak-anak buku kegemaran mereka..go kimi go!!
ctfand
Hehe..terima kasih dira.. 🙂