ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Personal / Sahabat Ku Telah Dijemput Allah

Sahabat Ku Telah Dijemput Allah

17Feb | 2014

17 February 2014 By ctfand 11 Comments

Pagi ni aku dikejutkan dengan satu lagi berita sedih..rakan sekerja aku telah kembali ke Rahmatullah sekitar jam 2.00 pagi di Hospital Putrajaya. Allahyarhamah disyaki terkena serangan sakit jantung…

Begitu muda lagi umurnya..lebih kurang sebaya aku. Allahyarhamah nampak sihat, bertubuh sederhana..tiba-tiba dijemput Allah. Mungkin sudah suratannya begitu…

Baru saja Allahyarhamah datang berjumpa dengan aku sekitar 2 minggu lepas untuk berbincang tentang kerja… Lama juga Allahyarhamah di bilik aku.. Perbincangan diselang seli dengan cerita suasana kerja yang makin mencabar di Bahagian beliau, yang telah aku tinggalkan… ya Allah.. Macam tak percaya..

Dikhabarkan Allahyarhamah pernah mengadu kepada rakan sepejabat yang beliau mengalami sakit tengkuk naik ke atas kepala. Tapi, sakit tersebut mungkin tidak dianggap serius..mungkin kerana masih belum menjejaskan sepenuhnya aktiviti dan kesihatan beliau. Kepada suaminya pun dia mengadu perkara yang sama.. Pernah juga mengadu sakit dada..tapi, wallahu’alam…

Allahyarhamah meninggalkan anak yang baru berumur 2 tahun..dan sedang demam panas. Kesian sangat. Rakan sekerja yang lain bagitau, si suami terpaksa mendukung anak di sebelah tangan dan tangan sebelah lagi berurusan dengan pihak hospital. Sedih..

Aku ada cuba berbual dengan si suami. Tapi tak sanggup aku nak berbual lama..aku sedih sangat sampai tangan bergetar, dada rasa berat. Mungkin sebab aku pun pernah menghadapi kehilangan..jadi peristiwa ini sedikit sebanyak membuat aku teringat kembali pengalaman tu..dapat aku rasakan apa yang sedang dirasai oleh si suami..

Jenazah telah dibawa balik di Kelantan untuk disemadikan di kampung halamannya. Mereka bergerak sekitar tengahari tadi..rasanya masih dipertengahan jalan untuk sampai ke Pasir Mas. Sama-sama kita doakan agar perjalanan mereka lancar dan tiada sebarang halangan.. Tak dapat aku bayangkan keadaan suami dan anaknya sepanjang perjalanan yang jauh tu. Semestinya mereka singgah dipertengahan jalan, mungkin untuk makan atau berehat……bayangkanlah.. ๐Ÿ™

Sama-sama kita doakan keluarga Allahyarhamah diberikan kekuatan dan ketabahan oleh Allah dalam menghadapi pemergiannya..

Buatmu sahabat ku, Wan Rohany Wan Mokhtar…moga roh mu dicucuri rahmat, dan semoga kau di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Kau akan tetap ku kenang.. Al-Fatihah.. ๐Ÿ™ ๐Ÿ™

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Personal Tagged With: Darah Tinggi, Sahabat Meninggal Dunia, Sakit Jantung

Comments

  1. Aku Penghibur

    17 February 2014 at 8:04 pm

    ya ALLAH sayu membacanya,, al fatihah.. semoga di tempatkan di kalangan orang yang beriman

    Reply
  2. Aqilah Azmi

    17 February 2014 at 11:15 pm

    innalillahi wa inna ilaa hi roo jiuun :(((

    Reply
  3. Mizz Aiza

    17 February 2014 at 11:49 pm

    sedihnya, kasihan anaknya yang masih kecil.. Allah lebih sayangkannya.. semoga beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.. al-fatihah..

    Reply
  4. Norhasniza Khalid

    18 February 2014 at 8:05 am

    al fatihah buat beliau…

    Reply
  5. Sheila Salim

    18 February 2014 at 8:51 am

    Assalamualaikum.. al-fatihah. Allah lebih sayangkan dia… sedihnya dengor anaknya yang masih kecil tu T___________T

    Reply
  6. ctfand

    18 February 2014 at 4:32 pm

    terima kasih acik, qila, aiza, mama dan sheila….memang sedih sangat… moga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 beriman.. khabarnya, dikebumi selepas solat Isyak di kampung halamannya… ๐Ÿ™

    Reply
  7. Niesa

    19 February 2014 at 8:35 am

    Sedihnya baca..baru hari tu kwn adik niesa baru darjah 3 meninggal dekat sekolah sebab sakit jantung jugak…adik niesa cerita muka dia pucat sgt sebelum pengsan…semoga mereka ditempatkan dalam kalangan org yg beriman..amin…alfatihah utk arwah

    Reply
    • ctfand

      19 February 2014 at 4:26 pm

      amin..amiinn..terima kasih niesa. tengahari tadi lawat bilik arwah..sedih tengok barang2 dia yang ada dalam bilik tu..

      Reply
  8. ema

    19 February 2014 at 12:16 pm

    Al-Fatihah…moga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman

    Reply
    • ctfand

      19 February 2014 at 4:27 pm

      amin…terima kasih ema..

      Reply
  9. cik lisa

    21 February 2014 at 6:16 pm

    Al-Fatihah ;). Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com ยท Sitemap ยท Powered by WordPress ยท Built on Genesis Framework

%d