ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Tips / Blogging / Prihatinlah Dengan Nama Pemilik Blog

Prihatinlah Dengan Nama Pemilik Blog

21Feb | 2014

21 February 2014 By ctfand 20 Comments

20140221-010717 pm.jpg

Setiap kita samada di alam IT ini atau di alam realiti, mempunyai nama yang membolehkan orang mengenalpasti dan mengetahui siapa kita. Kita masing-masing juga mempunyai nama yang kita suka dan prefer untuk orang lain memanggil kita. Orang kata, “ada apa pada nama”. Jangan begitu, sebab dengan namalah orang boleh mengenali kita, nama adalah identiti kita, malah di padang mahsyar nanti, kita akan dipanggil mengikut nama kita di dunia ini.

Aku sebenarnya ingin menyentuh perkara ini bila ada beberapa rakan blogger yang tidak prihatin dengan nama pemilik blog. Semua tahu niat masing-masing adalah untuk menambahkan follower, atau berharap untuk dibuat lawatan balas. Ini khususnya bila kita menyertai segmen-segmen tertentu yang dianjurkan. Tetapi bilamana mereka ini meninggalkan jejak untuk dikunjungi atau difollow semula, atau nak memaklumkan mereka dari segmen yang sama, nama kita pula salah disebut. Lebih haru lagi bila melibatkan nama orang yang kita sayangi yang telah tiada di dunia ini.

Dalam kes aku, ada beberapa kali rakan-rakan blogger yang singgah ini memanggil aku dengan nama Yanie. “Salam Yanie”, “Singgah sini Yanie” “Hai Yanie, saya dari segmen yang sama”. Itu antara mesej yang pernah aku terima. Dan memang kerap aku jawab samada di cbox dulu atau dalam ruangan komen, “Maaf, Yanie tu arwah anak saya”. Waktu ini memang terpadam terus niat nak buat kunjungan balas di blog mereka. Kenapa anda tidak prihatin? Sedangkan terang-terang diletakkan ruangan “Tentang Saya” di halaman utama blog.

Aku ambil satu contoh kes lagi, Kak Zila diblognya Memmet Lenggeng. Sampai ke tahap Kak Zila meletakkan reminder di header untuk beritahu namanya. Ada tanda seru lagi tu..haa..

Memanglah, tidak dinafikan ada sesetengah blogger yang tidak suka mendedahkan namanya diblog. Tapi, mesti korang tau samada pemilik blog tersebut lelaki atau perempuan. Jadi sekurang-kurangnya, panggillah Sis, Kak, Adik, Abang atau Bro ke sebagai kata ganti nama/diri pemilik blog. Lebih baik dari main hentam panggil je. Dan tak semua orang meletakkan nama sendiri sebagai nama blog.

Ini saja yang aku nak kongsikan. Aku minta maaf kalau ada yang terasa. Sebenarnya, perkara ini adalah untuk peringatan aku juga agar sentiasa prihatin dengan nama pemilik blog dan teliti ketika hendak meninggalkan jejak atau komen.

Sekian..

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Blogging, Tips Tagged With: Nama

Comments

  1. ct aman

    21 February 2014 at 1:55 pm

    rmai y mcm tu…sbb nk tarik org dtg blog….semate2…bkn nk kenal sgt….smpi pmilik blog pon x amk tau…jnji ade name main hentam jela…aduhai…

    Reply
    • ctfand

      21 February 2014 at 3:24 pm

      Tau tak, yg akak perasan, budak2 “bawah umur” yg buat selalu..tak tau pulak kalau ade mak budak jugak mcm tu..hihi

      Reply
  2. ema

    21 February 2014 at 3:11 pm

    elak dari terasa…panggilan sis, bro, u, awak. digunakan..kadang-kadang nama blog pada url pun bolehkan..

    Reply
    • ctfand

      21 February 2014 at 3:16 pm

      Betul tu..saya pun takut kalau tinggalkan komen kat sapa2 pun..mesti hati2.. Kita tak tau jenis org ni mcmana sbb tak kenal..itulah kena teliti..

      Reply
  3. Zaza_MyMoon

    21 February 2014 at 3:13 pm

    setuju.. kat fb pun banyak terjadi kes mcm ni..
    letak nama anak, nama suami.. kadang susah kita nak recognise siapa org tu sebenarnya..

    Reply
    • ctfand

      21 February 2014 at 3:19 pm

      A’ah…tu lah kita kena alert.. Tp kalau kwn saya kat fb letak nama yg tak kenal, profile pic pulak letak bunga..memang sy unfriend je..garangkan..hihi

      Reply
  4. Mizz Aiza

    21 February 2014 at 5:00 pm

    aiza kalau tak pasti nak panggil apa selalunya tak tulis nama orang tu ketika komen.. kecuali dia pernah komen di entri aiza dengan nama panggilannya..

    Reply
    • ctfand

      22 February 2014 at 10:14 am

      Saya pulak, kalau owner perempuan, biasa sy pggl sis je..kalau lelaki, sy panggil tuan, bro atau adik..tengok keadaan..

      Reply
  5. Anuar

    21 February 2014 at 5:04 pm

    Terima kasih di atas perkongsian info… Nama blog saya adalah nama sebenar saya… Bukan nama Nickname saya.. hehehe

    Reply
    • ctfand

      22 February 2014 at 10:12 am

      Bagus begini, terang dan jelas.. terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini tuan 🙂

      Reply
  6. cik lisa

    21 February 2014 at 6:03 pm

    sokong akak! bukan nak kata laa, tapi blogger sekarang memang macam tu, yang nak dikejarnya tu masa dan followers, tapi apa yang dapat kalau tiada adab kan, hehe..

    Reply
    • ctfand

      22 February 2014 at 2:52 pm

      betul lisa..bukan berkira sgt…tapi sendiri mau ingatlah..

      Reply
  7. Qema

    22 February 2014 at 3:02 pm

    Setuju! kita bukan sekadar blogging sesaja tp salah satunya utk kenal mengenali antara satu sama lain. yang dewasa dihormati yang muda disayangi 😉

    Reply
    • ctfand

      22 February 2014 at 6:54 pm

      betul qema.. bg sy, kalau boleh sy taknak tinggalkan komen saja2. biar real conversation.. disinilah kena betul2 teliti dlm memanggil nama atau kata ganti nama diorang.

      Reply
  8. fay

    22 February 2014 at 6:45 pm

    Assalamualaikum dan salam perkenalan, sis… saya pulak ‘Fay’ tu memang nama saya… memang dipanggil Fay pun… ‘Reen’ tu sebahagian daripada nama saya yg panjang dan pelik tu… ‘Mizan’ nama bapa… 🙂

    Reply
    • ctfand

      22 February 2014 at 6:49 pm

      waalaikumussalam, salam kenal fay.. wah, very detail gitu..hehe tapi memang terang dan jelas dari url, kan.. 🙂

      Reply
  9. Aqilah

    24 February 2014 at 7:04 pm

    hm betul tu kak fand, qila mmg search dulu bila first first dulu qila masuk blog kak fand.
    Terus baca pasal Arwah Yanie <3 Hee. Tulah, payah betul diorang ni. Selfish. Diorang nk org bw je dkt blog diorang. Tak hairan baca ke tak kot haih. At least teliti lah sikit kan? Qila pun guna nama sendiri tapi takde lah menyeluruh hiks. Sbb mati qila kalau family jumpa blog ni hikhik <3

    Sabar je lah kak fand 😀
    Jgn risau, qila tahu nama kak fand ehehhee 😀

    Oh ya, cuma sometimes tu qila lupa sangat sangat nak kata KAK or ADIK sebab qila umur 18 T_T tapi gemok nya mcm ape tah ni hahhaha. So sometimes qila lupa nak kata 'kak' dekat org lain hee~
    Pastu, ada yg tak letak umur. So senang panggil sis je lah kan hihihi

    Reply
    • ctfand

      24 February 2014 at 11:44 pm

      Qila sama mcm akak..suka teliti dulu blog rakan lebih2 lagi yg baru kenal sebelum tinggalkan jejak.. Takpelah..utk peringatan bersama kan..n terima kasih qila sbb terus tau nama akak. Qila yg first panggil kak fand ni..

      Reply
  10. Aqilah

    24 February 2014 at 7:05 pm

    Sorry tau qila over comment hihihi. Suka post kak fand yg ni heee~

    Reply
    • ctfand

      24 February 2014 at 11:45 pm

      Hehe..takpe.. Tq again qila.. 🙂

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d