ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Tips / Keibubapaan / Ibu Bapa Yang Cuai!

Ibu Bapa Yang Cuai!

27Feb | 2014

27 February 2014 By ctfand 16 Comments

Entri ini adalah luahan rasa ke atas ibu bapa yang cuai dan tidak prihatin. Peristiwa ini berlaku pagi semalam, selepas aku dan suami hantar Kimi di tadika dan Hani di taska. Lokasi taska dan tadika anak-anak aku ni sebenarnya sama, satu tempat.

Selesai menghantar, aku dan suami pun patah balik ke kereta. Suami dah masuk dulu..dan menghidupkan enjin kereta. Kemudian, di belakang kereta kami tu, ada seorang lelaki ni, tangan kanan dia penuh dengan besi buaian, tangan kiri dia menolak stroller. Dia tolak stroller di depan keretanya yang menghadap jalan..kemudian diletakkan di situ, betul-betul tepi jalan. Dia kemudian pergi ke bonet keretanya untuk memasukkan barang-barang. Untuk makluman korang, dia parking mengundur sebenarnya, supaya senang nak keluar kot. Yang kami parking main masuk terus je. Jadi kalau nak keluar kami kena mengundur.

Semasa aku nak masuk kereta, aku ternampak anak dia yang sedang terkedek-kedek berjalan, aku rasa umur dia dalam 1 tahun 6 bulan macam tu. Jalan pun tak berapa nak betul lagi. Anak dia nak lalu di belakang kereta kami. Disebabkan risau, dan aku takut suami aku tak nampak dia, aku tak masuk kereta dulu untuk tunggu anak tu lalu. Aku pun tengoklah anak tu lalu dari belakang kereta kami, kemudian masuk ke tepi kereta kami untuk pergi kepada ayah dia.

Sudah tu, aku pun masuklah dalam kereta. Aku dan suami dah membebel. Aku tertanya-tanya, mak dia mana? Ada ke biar anak dia berjalan sorang-sorang. Suami aku geleng kepala je. Yang stroller tadi tu, mulanya aku ingatkan anak dia yang berjalan tadi tu punya. Aku cakap kat suami, jangan lah ada baby ditinggalkan dalam tu, mungkin anak dia yang tadi tu punya kot. Bila kitorang lalu, Ya Allah…rupanya ada baby tengah tido dalam tu… Umur sebaya Hani. Dibiarkan stroller tu depan kereta dia, ditepi jalan!

Sampai hati ayah dia buat macam tu. Kalau ye pun, bawaklah stroller tu dekat dia, letak di tepi kereta ke. Ruang tepi kereta tu bukannya sempit. Stroller boleh je masuk! Ini, barang-barang diutamakan. Sekali lagi diotak aku..”MAK BUDAK-BUDAK NI MANA??!!”.

Kalau aku ni orang jahat, memang mudah sangat aku nak culik baby tu..korang tau tak. Tak ada orang tengok-tengok dia. Tempat tu dah lah sunyi. Tak de orang. Masa tu dah jam 8.00 lebih..semua orang dah bergerak pergi kerja..

Inilah dia, suka sangat take for granted, konon kawasan Putrajaya ni selamat. Selagi tak terhantuk, taklah terngadah. Ingat ye tuan-tuan, malang tu datang takkan minta izin kat kita. Malang tu tidak berbau dan tidak terkesan. Bila-bila masa kalau kita cuai, ada lah kesannya.

Pengajaran penting yang aku nak kongsi di sini, dalam apa jua keadaan pun, pastikan anak-anak sentiasa berada di dalam pengawasan kita, di depan mata kita. Yang boleh berjalan, pegang tangan. Yang bayi..dukung dia. Jangan asyik fikir..”alah, sekejap je..”, “alah..kat sini selamat”. Sekali anak tak de depan mata, hilang atau nauzubillah meninggal, baru menyesal tak sudah. Masa tu, keluarkan lah air mata darah tu.

**Maaflah..entri ini emosi.

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Keibubapaan, Tips Tagged With: awasi anak-anak, kisah ibu bapa yang cuai

Comments

  1. ct aman

    27 February 2014 at 1:30 pm

    ya Allah kak….seramnye….nseb la akk nmpk bdak tu lalu blkng kreta…cuainye….kalau ape2 brlaku…xblh nk kate ape la….

    Reply
    • ctfand

      27 February 2014 at 8:10 pm

      Akak mmg terkejut nampak budak tu. Jauh ayah dia tinggalkan.. kesian dia yg tak tau apa2, sengih2 je…

      Reply
  2. Aku Penghibur

    27 February 2014 at 2:23 pm

    aduh kalau jadi apa-apa kat anak tu, bukan kah kita juga merana.. ishhh jangan ambil mudah

    Reply
    • ctfand

      27 February 2014 at 8:21 pm

      Betul, tak faham kenapa ada ibu bapa mcm ni.. minta dijauhkan..

      Reply
  3. ema

    27 February 2014 at 4:41 pm

    memang cuai..tak terjadi apa-apa tak apa..kalau terjadi perkara buruk…sesal tak sudah jawabnya.

    Reply
    • ctfand

      27 February 2014 at 8:23 pm

      Tu lah dia.. nak kena sekali baru nak hati2 kot..

      Reply
  4. cik lisa

    27 February 2014 at 7:28 pm

    aduhai! orang orang zaman sekarang, kalau rasa diri belum bersedia untuk menerima tanggungjawab sebagai ibu-bapa, baik jangan mengandung lagi ye tak. haha amboi, emosi pula lisa ni.. berhati-hati itu penting.

    Reply
    • ctfand

      27 February 2014 at 8:24 pm

      Mmg patut pun cakap mcm tu lisa..

      Reply
  5. Zaza_MyMoon

    27 February 2014 at 10:40 pm

    now days mcm hal dah terjadi.. tapi some of parents mcm susah je nak peka dari apa yang dah terjadi disekeliling mereka. Susah nak cakap kan Fand.. huhu

    Reply
    • ctfand

      28 February 2014 at 1:12 pm

      itulah dia Zaza..ntah la..

      Reply
  6. Aqilah

    28 February 2014 at 12:09 am

    sakainya eeeee.
    Sabor jelah haih.
    Kenapa ada eh parents yg pelik cemni haih. Payah betul lah…..

    Reply
    • ctfand

      28 February 2014 at 1:12 pm

      memang susah nak faham apa difikiran dorang ni sebenarnya..

      Reply
  7. Mizz Aiza

    28 February 2014 at 2:39 pm

    mungkin ibunya pergi kerja kot.. memang tak patut betul bapa macam tu.. tak hairanlah kenapa ada anak-anak yang diculik atau terlibat dengan kemalangan jika memang dia sengaja membiarkan anaknya begitu.. 🙁

    Reply
    • ctfand

      28 February 2014 at 2:42 pm

      betul tu aiza..inilah ni antara penyebabnya kot… 🙁

      Reply
  8. Amran

    28 February 2014 at 11:25 pm

    Mungkin mereka senang kot beranak. Tu yang tak heran. Hilang sorang, buat lagi dan dapat lagi. Selagi tak kena, selagi tu la kita susah nak sedar. Bila baca pengalaman orang pun, mungkin buat endah tak endah je. Sabo je la dengan orang macam tu.

    Reply
    • ctfand

      1 March 2014 at 7:50 am

      itulah masalahnya, cikgu. kenapa mereka ini tak belajar dari tragedi yang berlaku di sekitar mereka, tak belajar dr kesilapan orang lain.. apapun, moga kita sentiasa sedar dan dilindungi Allah dlm apa juga perkara.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d