ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Tips / Keibubapaan / Hani Demam Lagi

Hani Demam Lagi

16Feb | 2014

16 February 2014 By ctfand 12 Comments

Kelam kabut aku hujung minggu kali ni. Hani demam lagi. Hani demam dari Subuh semalam sampai pagi ni. Beberapa kali aku bagi dia minum ubat demam, ok sejam kemudian naik lagi. Petang semalam dah ok sikit, bila lepas Isyak naik lagi sampai 38 Celcius. Masa tu jugak aku bawak Hani ke klinik.

Kat klinik, dah jadi 38.7..tinggi sangat. Nasib baik aku bawa tuala basah siap-siap. Doktor tanya, jam berapa last bagi ubat? . Aku bagitau jam 8.30. Doktor tanya lagi, betul ke anak telan ubat tu?. Aku jawab dengan yakin, betul doktor, saya campur dalam susu dia dan susu habis diminumnya.

Kaedah Pemakanan Ubat Tak Betul
Patutlah demam tak surut... Doktor kata. Rupa-rupanya kaedah yang aku gunakan untuk bagi Hani minum ubat demam tu tak betul! Ye lah, aku ingat nak mudahkan Hani untuk telan ubat tu, jadi campur je lah dalam susu. Faham-faham je lah baby kalau kita bagi ubat..pandai je dia keluarkan balik dengan lidah dia. Doktor kata cara tu tak betul. Ia akan mengurangkan effectiveness bahan kimia yang terdapat dalam ubat..mungkin juga diserap oleh susu tu. Sama macam kalau kita nak telan vitamin B Complex untuk wanita hamil tu, tak boleh minum dengan susu..

Mulanya aku cadang nak buat ujian darah Hani kali yang kedua. Tapi Doktor kata, nanti dulu. Cuba bagi minum ubat dengan cara yang betul dulu. Kalau petang Ahad atau petang Isnin demam lagi, then baru buat ujian darah kali yang kedua. Ye lah, kesian kat Hani, baru Khamis tu kena cucuk.

Nurofen vs Paracetamol

20140216-043044 pm.jpg
Jadi, doktor cuma bagi satu jenis lagi ubat demam, Nurofen nama dia. Ubat demam ini “bertindak dengan cara yang berlainan” berbanding Paracetamol. Diambil 8 jam sekali. Di antara jam ini, boleh selang seli dengan Paracetamol kalau demam panas tak hilang. Ubat ini juga tindak balas dia lagi kuat dari Paracetamol. Itulah keterangan doktor, jangan tanya aku lebih sebab aku tak tahu.

Pesanan Doktor
Sebelum keluar bilik pemeriksaan, Doktor bagitau yang kalau lepas ni Hani mula muntah-muntah dan cirit-birit, cepat-cepat bawa ke Unit Kecemasan Hospital. Sebab amat berbahaya kalau bayi di bawah 2 tahun mengalami masalah ini, sebabnya bayi cepat hilang cecair dalam badan.

***

20140216-043125 pm.jpg
Sampai rumah, aku terus bagi Hani minum Nurofen, macam nasihat doktor. Dan Alhamdulillah, last Hani demam pagi tadi, 37.9..dan sampai sekarang tak demam dah.. Moga tak demam lagilah lepas ni..

Jadi, diharap anda dapat beberapa pengajaran penting dalam entri ini:
1. Basah-basahkan badan anak bila demam panas. Ini adalah cara paling cepat untuk menurunkan suhu badan anak, dan elak suhu naik lagi.
2. JANGAN campur ubat demam dengan susu. Bagi ubat sebelum atau selepas menyusu.
3. Jika anak mula muntah-muntah dan cirit- birit, cepat-cepat bawa ke Unit Kecemasan.

Sekian.

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Keibubapaan, Kisah Keluarga Tagged With: Demam Panas, Hani, Nurofen

Comments

  1. Sha Fieka

    16 February 2014 at 4:52 pm

    get well soon comel ! ๐Ÿ™‚ Aminn ๐Ÿ™‚

    Reply
    • ctfand

      16 February 2014 at 4:54 pm

      tq fieka..

      Reply
  2. Mizz Aiza

    16 February 2014 at 9:05 pm

    semoga hani cepat sembuh dari demam.. kasihan dia.. sekarang ni dah la musim panas..

    Reply
    • ctfand

      16 February 2014 at 9:41 pm

      tq aiza..alhamdulillah sekarang dah ok dah.. ๐Ÿ˜€

      Reply
  3. Aqilah Azmi

    16 February 2014 at 11:06 pm

    allah kesiannya ;(
    Hmmm memang musim lah kan. Get well soon haniiii <33333

    Reply
    • ctfand

      16 February 2014 at 11:27 pm

      Betul qila, masa kat klinik tu pun ramai parent bawa anak kecik..

      Reply
  4. ayu

    17 February 2014 at 9:07 am

    info yg bagus tu kak. bagusla hani da ketawa.hehe

    Reply
  5. Niesa

    17 February 2014 at 12:03 pm

    Alahai..cian baby hani…get well soon baby…comel je muka gelak…
    Kena bg tau mak niesa ni sbb dia sll buh ubat dlm susu…salah teknik rupanya…

    Reply
  6. ema

    17 February 2014 at 1:25 pm

    memang risau bila anak kecil sakit kan..moga hani cepat sembuh.

    Reply
  7. ct aman

    17 February 2014 at 5:19 pm

    get well soon dear…rsu kn ank dmm….btul kak….mmng x blh mkn ubt dgn susu…..

    Reply

Trackbacks

  1. Kimi Demam Ganti Hani | Inspired by Yanie says:
    2 March 2014 at 3:05 pm

    […] Hari tu, Hani demam 3 minggu. Jangan terkejut dengan tempoh itu..sebab bukanlah demamnya berterusan tak turun-turun. Dia demam on off selama 3 minggu macam tu. 2 hari surut hari ke-3 naik balik. Macam tu lah selama beberapa hari. Semua gara-gara cara aku bagi ubat yang tak betul. Kisah tu ada aku kongsikan dalam entri bertajuk Hani Demam Lagi. […]

    Reply
  2. Hati-Hati Dengan Ubat Ibuprofen | Inspired by Yanie says:
    9 February 2015 at 5:51 pm

    […] banyak hits dari enjin carian dengan keywords “ubat nurofen” yang sangkut pada entri Hani Demam Lagi dan Kimi Alergik Ubat […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com ยท Sitemap ยท Powered by WordPress ยท Built on Genesis Framework

%d