ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Agama / Penyakit Ain

Penyakit Ain

26Dec | 2017

26 December 2017 By ctfand 2 Comments

Ain, iaitu عين adalah mata dalam bahasa Arab.

Penyakit Ain, bukan penyakit mata berdasarkan terjemahan langsung. Ia adalah penyakit “bawaan” mata.

Saya pun kurang arif sebenarnya tentang perkara ini, tetapi, saya percaya ia boleh berlaku.

Ini kerana, menurut seorang pakar hadis, iaitu Dr. Ustaz Rozaime Ramle, perkara ini ada di sebut di dalam satu hadis sahih.

Di bawah ini saya print screen pernyataan beliau di dalam Facebook peribadinya berkaitan penyakit ain.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh beliau apabila beliau mendapat banyak pertanyaan melalui ruangan mesej di Facebook.

Serba sedikit saya catatkan semula di sini tentang penyakit ain:

1. Ianya memang ada dan disebut di dalam hadis sahih.

2. Ia tidak hanya khusus pada bayi sahaja tetapi juga pada orang dewasa

3. Fahamkan pernyataan beliau pada no. 3 di dalam rajah di atas

4. Mengucapkan “tabarakallah” jika melihat bayi comel bagi mengelakkannya terkena penyakit ain.

***

bayi baru lahir

Gambar Hiasan

Menjadi kebiasaan di kalangan kita, dewasa ini, untuk berkongsi gambar anak-anak yang kita rasakan paling comel untuk tatapan rakan taulan, saudara mara atau untuk rekod di media sosial… tapi, mula saat ini, bolehlah mungkin diminimumkan perkongsian itu. Jadikan hanya untuk tatapan  dan koleksi sendiri sahaja.

Agak mustahil kan..agak mustahil untuk dibuat termasuklah bagi diri saya sendiri.

Cara yang lain boleh kita gunakan adalah dengan mengehadkan follower atau friend di media sosial. Contohnya, hanya approve mereka yang benar-benar rapat atau kita percaya untuk menjadi follower atau friend. Sukar juga sebenarnya…

Apapun, sama-sama kita berdoa moga apa juga yang kita lakukan di dalam keredhaan Allah.. dan moga kita semua dilindungi Allah.

Dari Allah kita datang..kepada Allah lah kita kembali..

Wallahu a’lam..

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Agama, Info Tagged With: bayi, gambar bayi, media sosial, penyakit ain, penyakit batin, penyakit bawaan mata

Comments

  1. Khir Khalid

    28 December 2017 at 12:05 pm

    Semoga kita semua terhindar drp penyakit ain ini.. terima kasih atas perkongsian dan peringatan ini.

    Reply
  2. haffid

    11 February 2018 at 8:36 pm

    alhamdulillah tambah wawasan baru,,semoga allah menghindarkan kita dari penyakit ini,,

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d