ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Kisah Keluarga / Kerja Luar ke Kota Kinabalu, Lahad Datu dan Tawau..Jalan Terus!

Kerja Luar ke Kota Kinabalu, Lahad Datu dan Tawau..Jalan Terus!

10Oct | 2017

10 October 2017 By ctfand 1 Comment

Dalam banyak-banyak kerja luar, saya rasa inilah yang paling best (walaupun hati berat tinggalkan anak-anak dan suami di Putrajaya..). Best sebab saya berpeluang berjumpa keluarga di Sabah.

Tentatif program kerja kali ini adalah dari 10 hingga 12 Oktober.

Secara kebetulan pula, Babah saya ada urusan di lokasi yang sama tempat saya menginap pada hari pertama, The Klagan Hotel.

Untuk memeriahkan lagi suasana, saya ajak sekali abang sulung and family dan adik nombor 5.

Haih, syoklah sehari dua ni..

*

Flight dari KLIA 2 petang tadi delay dalam 40 minit juga. So tiba di KKIA sekitar jam 5.30. Mujurlah bilik hotel tambahan yang saya booking saya dah mintak diletakkan remark checkin dalam jam 7. Bukan apa, takut dorang cancel bilik tu nanti..

KKIA

Ketibaan di KKIA di sambut dengan persembahan amal ni. Seronok denganr!

*

Kami semua berjumpa di hotel dalam sekitar jam 7 petang. Meriah suasana! (Tapi dalam diam-diam hati saya terkenang arwah mak….)

Kami pun merancang kat mana nak makan malam ni, di hotel atau diluar. Kalau makan di hotel total dalam RM200 untuk buffet. Babah pun advice makan diluar. Sekitar KK ni banyak tempat makan yang best sebenarnya..

Jadi kami memilih untuk makan di Taman Selera Anjung Senja dekat Water Front. Nasi putih, lauk ikan putih masak masam manis, salted squid, sayur campur..total dalam RM150..save RM50.

Tapi ada jugak makanan sampingan seperti sate, sayap ayam (atau di Semenanjung dikenali sebagai ayam panggang/bakar), pisang goreng cheese..adoi, sedap belaka. Err..rasanya tak save banyak pun…hihi

Lamanya tak makan sayap ayam.. Adik saya kata, kat Water Front tu memang ada jual sayap ayam sedap. Kicap lada dia pun sedapp sangat.

Sayap ayam

Haih kalau cerita pasal makan, sampai esok pun tak habis..he he

*

Kami tiba dibilik dalam jam 9.30 malam. Semua pun dah penat. Babah pun bila saya call dah nak tidur katanya, penat. Esok je jumpa kata Babah.

Abang sulung saya baju biru, adik duduk dilantai dan anak-anak sedara. “Ular sawa kekenyangan” semua ni..hehe

Saya sambung lagi melepak dibilik abang sulung sampai 10.30 malam..then barulah masuk bilik. Dari petang tadi, saya cuma masuk bilik untuk letak barang-barang je. Semua barang belum berusik lagi..

Ok, nanti sambung.

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Kisah Keluarga, Personal Tagged With: anjung senja, kerja luar, kota kinabalu, sayap ayam, the klagan hotel

Comments

  1. akubiomed

    16 November 2017 at 11:13 pm

    Seronok pergi outstation walaupun penat berbanding duduk 8 jam duduk didalam ofis.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d