ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Personal / Hari Kedua Di Kota Kinabalu

Hari Kedua Di Kota Kinabalu

11Oct | 2017

11 October 2017 By ctfand 5 Comments

Susulan dari entri ini Kerja Luar Di Kota Kinabalu, Lahad Datu dan Tawau, Jalan Terus!

The Klagan Hotel

Lokasi hotel ni sangat strategik. Senang nak berjalan-jalan ke kawasan tumpuan di sekitar Bandar KK. Cuma rate hotel boleh tahan jugak lah.

Parking khas hotel ada di tingkat 3. Sangat secure. Jadi tak perlu risau untuk meninggalkan kenderaan kerana memang ada parking khas untuk penginap hotel.

Bilik pula, setara dengan harganya. Cantik, selesa, bersih. Tiada bauan pelik macam ada satu hotel yang saya menginap di Alor Setar sekitar minggu lepas. Bau asap rokok kuattt sangat!!

Biasanya bila masuk bilik hotel, perkara-perkara yang saya perhatikan adalah kemasan katil, shower, view dan iron! Hari ini saya bagi 5 bintang untuk semua tu bagi The Klagan Hotel.. Part view terkecuali sebab kita kena “bayar lebih” kalau nak bilik dengan view. Bilik tak ada view lagi murah.

maghrib

Waktu Maghrib di KK

klagan

Bilik Hotel di The Klagan Hotel

the klagan hotel

Shower @ The Klagan Hotel

Dalam jam 7.30pagi, saya breakfast dengan Babah di tingkat 11 hotel. Sebelum naik ke tingkat 11, kami “melepak” kejap di bilik abang sulung dan anak-anak. Duduklah ramai-ramai. Lama tak jumpa kott

Dalam jam 8 pagi, saya tinggalkan semua, sebab kena berkejar pula ke SESB dekat Karamunsing untuk urusan kerja.

Cerita Kerja

Cerita kerja hari ni ada 2 bahagian, pagi dan tengahari.

Sebelah pagi, jam 8.30am, saya dan team membuat sesi inspektorat bagi projek Pengukuhan Sistem Bekalan Elektrik Pusat Pentadbiran Negeri Sabah. Sesi berlangsung dalam dua jam yang terdiri dari sesi taklimat dan soal jawab, dan seterusnya sesi semakan dokumen.

Selesai di situ sekitar jam 10.30, kami bergerak pula ke Kota Kinabalu International Airport (KKIA) untuk sesi inspektorat juga bagi projek naik taraf airport. Sangat menarik. Ada beberapa soalan saya nak kemukakan kepada team sebelah, tapi terpaksa simpan kerana ada team yang sepatutnya datang tak dapat datang hari ni.

Sesi yang kedua ini pula terbahagi kepada 2 iaitu sesi taklimat dan soal jawab, dan sesi lawatan atau site visit.

Dapat pengalaman berharga di sini. Bukan senang nak melihat keseluruhan Lapangan Terbang tu. Dari hujung ke hujung kami round. Aproach light R20 dan R02.

Saya hayati sangat penerangan yang diberi sebab saya sangat merasa setiap perubahan yang berlaku pada KKIA. Sebabnya, dari tahun 2000 sampai lah sekarang, dah 17 tahun, paling kurang 2 kali setahun saya jejak di KKIA untuk balik ke kampung!

kkia

Approach light

kkia

Kedudukan yang sempat saya mark pada peta semasa sesi site visit, di bulatan bertanda biru di sebelah kiri map ini

kkia

Rekabentuk pandangan sisi airport yang unik

Selesai site visit, saya dan team terus stay di airport sebab akan ke Lahad Datu pada jam 3.00 petang untuk sesi inspektorat projek lain pula pada esok hari.

Flight ke Lahad Datu depart on time. Saya dah risau takut hujan yang biasanya menyebabkan flight delay, lebih-lebih lagi sebelah petang!

Bersambung..

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Personal Tagged With: air asia, airport kk, KKIA, Kota Kinabalu International Airport, lapangan terbang, lapangan terbang antarabangsan kk, malaysia airlines, terminal 1

Comments

  1. Khir Khalid

    15 October 2017 at 9:54 am

    Nampak selesa hotel tu, suasana maghrib tu pun tenang je. Semoga lancar segala urusan, in shaa Allah 🙂

    Reply
  2. Mimi

    31 October 2017 at 10:32 am

    Bilalah nak merasa dtg KK. Bilik kemas dan selesa.

    Reply
  3. azrinros

    16 November 2017 at 11:15 pm

    Saya pernah bertugas di KK dan terkejut dengan AirPort pun dah cantik dan nampak canggih.

    Reply
  4. titan

    9 December 2017 at 1:44 am

    rindu gila nak pi kk.

    memang dah banyak berubah gila.

    bangunan tinggi merata dah sekarang.

    Reply
  5. Ikhwan

    15 December 2017 at 12:20 am

    Ada rezeki, teringin juga nak ke Sabah.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d