Cepat masa berlalu. Sekarang dah pun 15 Syawal.
Rasa rindu Ramadhan mengetuk hati saya ni.. Paling terasa, dah 2 tahun saya tak merasa berpuasa di kampung, di Sabah.
Apapun, paling cemerlang untuk Ramadhan tahun ni, tiada sekali pun saya miss bangun sahur..he he..syukur alhamdulillah. Pencapaian yang membanggakan diri sendiri.
Ramadhan tahun ini diharungi dengan tenang dan penuh hikmah. Rindu menerjah sekali -sekala bila terkenang arwah Mak yang dah pergi.
Setiap kali sahur, setiap kali tu lah saya teringat kenangan-kenangan sahur dengan arwah Mak di kampung dulu-dulu.. Terbayang suasananya, teringat lauk pauk hidangan sahur yang ada. Sedihnya hati bila dikenang. Moga roh Mak tenang di sana…
Untuk waktu sahur, saya tak pernah miss untuk bangun tepat pada 4.20 pagi. Jam biologi dah tetap sampailah dalam seminggu selepas puasa bermula. Set lewat ke 4.30 pun akan tetap sedar jam 4.20. Sampailah pada malam hari raya dan beberapa hari selepas itu.
Jujur saya kata, memang rasa rindu bangun seawal 4.20 untuk bersahur dan bersedia untuk menempuhi hari demi hari di bulan Ramadhan. Malam pula, saya gagahi untuk bermunajat, menggiatkan amal ibadah untuk merebut pahala berganda bulan Ramadhan yang tiada pada bulan lainnya.
Rindu bila terasa doa-doa yang dititipkan kepada Arwah mak terasa terus sampai kepada mak di sana.. kerana keberkatan dan keistimewaan bulan Ramadhan.. Rindu!
Moga ada rezeki dan panjang umur untuk bertemu lagi Ramadhan tahun hadapan.
Moga amalan dan ibadah Ramadhan tahun ini diterima Allah SWT..insyaAllah.. mudah-mudahan..
Siti Yang Menaip
a ah cepat masa berlalu.. semoga kita berjaya mendapat keberkatan dari nya..
Dianisa
aku juga rindu banget mabkk… huuuu
Mimie
Bila mak takde, kenangan bersama terutama sekaliasa Ramadhan pasti teringat2 kan
Mimie
Bila ramadhan pasti terkenang memori dgn arwah mak kan..bila mak xde memg rasa lain sgt..hopefully smpat bertemu dgn ramadhan akan dtg
ctfand
betul..banyak yang hilang bila mak dah takde…
HUSNA RAHMAN
yee..sangat merindukan..lagi2 di penghujung syawal hari ni, 30 Syawal