Hari ni masuk hari ke-6 anak kedua sayaHani diserang cacar atau chicken pox. Masa tahun 2011 dulu ada juga pengalaman berhadapan dengan situasi ini bila Kimi dan arwah Yanie diserang campak dalam selang seminggu. Tapi, saya pun dah lupa cara dan kaedah dia. Yang saya ingat, betapa teruknya cacar yang Kimi dan arwah Yanie hadapi gara-gara saya follow nasihat yang tak betul masa tu. Sabar je lah.
Boleh dikatakan chicken pox sedang viral melanda Putrajaya, termasuklah tadika anak saya. Rasanya dah hampir 10 orang kena..termasuk lah Hani. Mujur lah kena lepas Raya..kalau kena sebelum atau masa Raya payah juga tu sebab kami naik flight ke Sabah! Silap-silap tak boleh naik flight.
Mau tak mau, terpaksa berhadapan dengan situasi ini. Hani sayamemang dah jangka memang tunggu masa je nak kena chicken pox, lepas satu per satu anak-anak di tadika kena.
Macamana chicken pox Hani bermula
Jumaat, 21 Julai 2017, Hani saya tak hantar ke tadika. Kebetulan badan dia dedar-dedar masa tu. Saya agak demam biasa, sebab memang dia selsema masa tu.
Hari Pertama, Sabtu, 22 Julai 2017
Saya catat ini sebagai hari pertama sebab masa ni lah baru saya nampak sebiji cacar di dahi Hani.
Masa mandi pagi, memang tak nampak sebab saya ingat sangat saya sungguh-sungguh syampu kan dia, siap urut lembut kepala dan tengkuk dia macam kedai rambut biasa buat tu..he he
Petang tu kami ke The Mines Shopping Mall. Masa nak turun dari kereta, saya ternampak sesuatu di dahi Hani. Memang hati saya sudah berdetik..”cacar kah?!!”.
“Hani meh sini mama tengok dahi”. Saya panggil Hani.
Perh..sah..kena chicken pox! Cepat-cepat saya bagitau husband. Memang saya dah panik sekejap masa tu. Husband relax je!
Di dalam The Mines, kami bawak anak-anak pusing-pusing, makan di kedai tepi tasik sambil bagi ikan makan roti (yang biasa ke The Mines taulah betapa meriahnya kalau kita bagi ikan di tasik tu roti!), dan beli barang rumah. Agak tak sadar diri di situ..
Saya ambil kesempatan singgah di Farmasi Caring dan Watson untuk beli krim anti viral, calamine cream dan paracetamol atau ubat demam.
Krim anti viral
Kesemua ubatan di atas tu ubatan biasa untuk treatment chicken pox, kecuali krim anti viral. Krim ni saya dapat info dari perkongsian parents yang anaknya dah kena chicken pox di tadika dan juga perkongsian seorang rakan yang merupakan doktor.
Krim anti viral sangat berguna untuk dipakai dalam tempoh 24 jam selepas cacar pertama dikesan. Doktor kata ia akan memendekkan sedikit tempoh chicken pox tu. Maknanya, cepat sembuhnya, dan tak teruk sangat keadaannya.
Hari Kedua, Ahad, 23 Julai 2017
Hani mild fever. Bumps chicken pox mula kelihatan di beberapa bahagian badan.
Malam tu, kami bawa Hani berjumpa doktor untuk dapatkan pengesahan dan dapatkan surat untuk permohonan cuti kuarantin saya untuk menjaga Hani.
Doktor sahkan memang chicken pox dan prescribe ubatan untuk Hani. Doktor kata, kalau datang awal boleh bagi krim anti viral sekali. Tapi bila dah banyak macam ni kalau bagipun akan jadi kurang keberkesanannya.
Sayacakap kat doktor:
“Saya dah beli semalam krim anti viral, doktor”
“Oh ye ke..? Macamana awak tau tentang krim anti viral? Awak doktor ye?”, Doktor tanya balik.
Saya jawab; “Bukan, doktor. Saya ada kawan doktor yang bagitau…”
“Ooo..bagus bagus. Krim tu akan memendekkan tempoh chicken pox tu nanti”, kata doktor lagi.
Selepas beberapa advice dari doktor dan mendapatkan ubatan tambahan dari kaunter, kami beredar. Ada ubat tambahan saya minta. Chloramine untuk Hani minum..untuk kurangkan gatal.
Semasa tidur malam, sekitar jam 12 tengah malam, Hani menggigil teruk! Memang teruk sangat. Tersentak-sentak! Saya dah takut dia kejang masa tu. Kaki dan tangan dia sejuk. Cepat-cepat saya bagi minum ubat demam, kemudian selimutkan dan peluk dia. Dalam setengah jam macam tu barulah Hani relaks, berpeluh dan tak menggigil lagi..dan Hani tidur sampai ke pagi…
Hari Ketiga hingga Kelima (24-26 Julai 2017, Isnin-Rabu)
Hani lembik dan mula cranky sangat. Demam dalam 37.8 celcius. Panas. Ruam chicken pox dah tumbuh di keseluruhan badan.
Petang Isnin (hari ketiga) tu, kawan sepejabat hantarkan daun semambu untuk mandian Hani. Sedikit sebanyak membantu kurangkan gatal.
Tidur malam Hani mula terganggu. Beberapa kali dia bangun minta saya sapukan krim anti gatal. Setiap malam. Kesian sangat. Ada ketika dia menangis disebabkan demam atau gatal.
Siang pun macam tu. Cerewet sangat..
Saya layankan saja Hani untuk bagi keselesaan pada dia.
Hari Keenam, Khamis, 27 Julai 2017
Hani dah mula cergas. Ruam berair 90% dah pecah dan mula menunjukkan tanda-tanda untuk mengering. Ada beberapa ruam besar yang masih belum pecah, cecair dalamnya menjadi keruh. Ada setengah yang pecah bernanah sedikit..mungkin sebab dia tak sengaja tergaru dan dijangkiti kuman.
Demam mild saja. Selera masih kurang. Cuma mujurlah dia minum banyak. Semua air dia nak. Air masak, teh bunga, air grape, air orange.
Hari ni juga Hani mula bermain sikit-sikit. Mula ketawa setelah 5 hari saya tak dengar gelak ketawanya.
Mudah-mudahan terus sembuh.
Rasanya minggu depan saya akan terpaksa bawa dia ke pejabat sampailah dia betul-betul sembuh.
Persoalannya sekarang adik Ammar dia. Nak ke taska terima……risaunya. Dilema sangat.
Berdasarkan pembacaan, chicken pox akan mula menjangkiti selepas 14 – 16 hari dari first intact dengan virus cacar. Aduhai… Moga-moga rakan sepejabat faham andai Ammar pula terkena nanti…
Sedikit Perkongsian
- Ada pula yang mengatakan, “jangan mandikan anak, nanti cacar tu tak semua keluar. Nanti akan kena pulak chicken pox kali yang kedua”. Lagi satu “kalau mandi, nanti cacar tu masuk balik dalam badan”. Ya ampun. Logik manalah mereka ni pakai. Cacar tu bukannya dah sedia ada dalam badan dan tunggu masa untuk keluar. Cacar tu terjadi bila permukaan kulit terkena virus chicken pox tu, iaitu cecair dari bump cacar yang pecah.
- Perlu diingat bahawa kita perlu mandikan anak seperti biasa untuk menghilangkan sebanyak mungkin virus chicken pox pada tubuh anak. Malah digalakkan untuk mandikan anak 3-4 kali sehari semasa peringkat awal terkena jangkitan chicken pox.
Itu sajalah. Saya nak kata bullet point nombor 1 tu karut takut terlampau kasar pulak, kot la orang yang bercakap tu berdasarkan dari pengalaman..kan
Leave a Reply