ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Personal / Duit Raya oh Duit Raya

Duit Raya oh Duit Raya

9Jun | 2017

9 June 2017 By ctfand 2 Comments

Dah mendekati separuh bulan Ramadhan ni, maka berlegarlah pelbagai kisah dan insiden yang berlaku pada hari raya.

Terbaru, saya terbaca artikel berkaitan duit raya yang tengah viral di laman sosial. Intipati utama, JANGAN AJAR ANAK MINTA DUIT RAYA!

duit raya
Saya setuju sangat dengan artikel tersebut.

Memanglah dah hampir jadi kebiasaan dimana ada orang yang bersedia untuk memberi duit raya. Tapi itu bukan tiket untuk kita membiarkan atau lagi parah, ajar anak-anak meminta-minta duit raya. Kalau dah memang rezeki, dapatlah..

Dari sudut pengalaman saya sendiri, saya tak ajar anak-anak untuk meminta duit raya. Lepas bersalaman..dah. Jangan menunggu didepan orang tu untuk dihulur duit raya pula!

Anak-anak saya ni pun bukan senang nak mendekati atau didekati orang. Kita salam, baru dia nak ikut salam.

Biasanya, kalau ada sesiapa yang hulur sampul raya, anak-anak akan toleh tengok saya atau suami dulu tanda nak minta “signal” persetujuan. Angguk, baru ambik. Itupun sejak Kimi dah masuk sekolah rendah baru lah berani. Kalau kecik-kecik dulu, siap nangis kot taknak ambik..last last, mereka bagi kat saya atau suami.

Macam Hani, dia sangat takutkan orang yang dia tak kenal. Nak ambik barang apa tah lagi. Terlentok je leher dia nanti tanda protes dan taknak bekerjasama. Kalau paksa jugak, lama-lama dia menangis! Bagi saya, eloklah macam tu nak. Jangan buat malu mama dengan meminta-minta. Tak baik..

Saya ada juga pengalaman bila ada relatif yang arahkan anak dia minta duit raya kat saya. Saya tak kisah, bagi jelah. Tapi yang paling best, bila dah bagi, anak dia bukak sampul dan bapak dia siap boleh kata “Alaa..warna hijau je?”. Hahaha. Sabar je lah. Apa punya orang. Dah itu je yang mampu untuk diberikan. Bukan anak ko sorang je..ada ramai lagi anak-anak sepupu sepapat yang lain nak bagi. Pergilah minta kat orang lain pula. RM5 10 orang, dapatlah RM50..hihi

Ok dah.

*Cerita ini sekadar perkongsian pengalaman dan pendapat, bukan nak tunjuk saya parents terbaik ke apa. Yang baik, contohilah, yang buruk tinggalkan.. Selamat berpuasa 🙂

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Personal Tagged With: adab anak di hari raya, angpow raya, duit raya, hari raya, sampul raya

Comments

  1. mama pipie

    22 June 2017 at 2:04 pm

    bagusnya kimi ye, tunggu signal. mama beri duit raya ikut kemampuan aje

    Reply
  2. Anisah Ku

    3 July 2017 at 6:56 am

    Kalau disini anak kecil ngak ada yang mintaa.. sudah dikasir semua sama nenek atau saudara – saudaranya….

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d