Assalamualaikum.. selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa..
Tiba-tiba rasa nak berkongsi perancangan percutian di Melaka. Dah beberapa kali sebenarnya berkunjung ke Melaka..tapi semua atas urusan kerja.. Walaupun jadual ditetapkan 3 hari dan 2 malam, masih tak cukup untuk betul-betul menghayati “percutian” yang sebenar dan menghayati keindahan Bandaraya Bersejarah Melaka tu..
Perancangan ni mungkin tak akan dapat direalisasikan dalam masa terdekat.. insyaAllah lepas Hari raya nanti. Kena set betul-betul dengan cuti sekolah Kimi. Kalau tak, nanti nak kena mengarang “surat cinta” ketidakhadiran ke sekolah. Guru kelas Kimi kata, setiap kelas ditetapkan KPI kehadiran murid. Kalau mana-mana kelas yang tak mencapai KPI yang disasarkan, maka, guru kelas lah yang akan menjawab. Jadi unfair la kepada guru kelas kan. Jadi, sama-sama tolong menolong gitu…he he
Saya teringin sangat nak bercuti panjang dengan anak-anak di Melaka ni sebab ramai yang share tentang keseronokan cuti di sana lebih-lebih lagi dengan keluarga. Jeles tau!
Melaka ni antara destinasi percutian yang popular lagi-lagi pada musim cuti, terutama cuti sekolah.. Banyak tempat yang menarik yang boleh dilawati. Juga bukan saja popular di kalangan warga tempatan..tetapi juga pelancong asing.
Siapa tak tau Melaka dengan gelaran Bandaraya Bersejarah. Melaka sememangnya mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri.
Pengiktirafan UNESCO
Rasanya umum telah tahu bahawa Melaka telah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO). Pengiktirafan tersebut adalah secara bersama dengan Bandaraya Goergetown, Pulau Pinang sebagai Bandar Sejarah Selat Melaka. Pengiktirafan yang diterima oleh kedua-dua bandaraya tersebut diperoleh pada 7 Julai 2008 pada persidangan Jawatankuasa Warisan Dunia ke-32 yang berlangsung di Quebec City, Kanada. Kejayaan itu menjadikan Malaysia mempunyai tiga tapak warisan dunia selepas Taman Negara Mulu, Sarawak dan Taman Kinabalu, Sabah yang memperoleh pengiktirafan itu bagi kategori tapak alam semula jadi pada tahun 2000.
Rangka Perancangan Percutian
Ok. Apa sebenarnya cerita perancangan percutian saya di Melaka ni?
Pertamanya, kena lah survey hotel dulu. Kriteria utama adalah harga berpatutan, kemudahan bersesuaian (kolam renang wajib ada untuk Kimi dan Hani berenang!), lokasi kalau boleh dekat dengan kawasan tarikan utama di Melaka, dan tak perlu menggunakan kenderaan untuk bergerak! Kalau boleh….
Apa lagi, semak lah senarai hotel di Melaka melalui aplikasi traveloka. Guna kan kemudahan yang ada gitu. Boleh tengok ulasan hotel, berapa bintang sesuatu hotel tu dapat, dan juga boleh bandingkan harga.
Pada pandangan “mata hati” puan ctfand, dalam banyak-banyak hotel yang tersenarai di dalam aplikasi traveloka tu, Hotel Puri ni agak “menggamit keinginan” dan menarik sebab terletak di tengah-tengah bandar lama Melaka.
Apa lagi, cepat-cepatlah puan ctfand membuka laman web Hotel Puri di hotelpuri.com.
Perghh..dekorasi bahagian hadapan hotel ni cantik. Berdasarkan pemerhatian, hotel ini mengekalkan daya tarikan lama dengan menyediakan kemudahan moden. Ada 82 bilik tamu dan 10 suites.
Kalau saya stay sini, semestinya saya pilih Puri Suite sebab konsep bilik ini sangat menarik dan mempunyai konsep yang unik dari seni bina Peranakan. Yang paling penting, ruang yang besar yang membolehkan anak-anak saya tu semua bergolek-golek suka ria tanpa gangguan dan kekangan ruang..hihi
Nak access ke hotel ni pun mudah sebab terletak kira-kira 30 minit dari Lebuhraya Utara-Selatan mengikut pakcik Google.
Hotel ini juga dikelilingi oleh kedai-kedai antik. Paling penting juga, kalau hendak ke tempat-tempat menarik di sekitar bandar Melaka pun dekat. Jalan kaki je. Jadi, tak perlulah beria nak hadap jem kan. Mana nak cari parking lagi.
Tapiii.. sedap saya menaip..baru tersedar yang rupanya hotel ni takde swimming pool…ouchh…
Cari lah lagi hotel yang lain. Bukak balik apps traveloka tadi tu..
Next yang menarik dalam senarai is, Hotel Imperial Heritage.
Menarik sebab..saya familiar dengan hotel ni. Pernah datang sini atas urusan kerja dulu. Lokasi memang strategik. Dekat sangat dengan Dataran Pahlawan dan boleh terus ke A Famosa dan sekitarnya. Masa datang hari tu, saya jenguk-jenguk je dari jauh..tak sempat weh nak round habis…sebab kerja…
Sempatlah kami singgah kat Dataran Pahlawan tu pada sebelah petang. Banyak aktiviti kat situ. Saya tak sure lah pulak samada kebetulan ada masa tu atau memang setiap petang di adakan aktiviti, lebih-lebih lagi untuk kanak-kanak. Boleh lah lain kali datang lagi.
Dua-dua hotel ni berada dilokasi yang strategik. Cuma satu di utara, satu di selatan gitu.
Tempat-Tempat Yang Wajib Dilawati Di Melaka Nanti
Ok, ini dia antara tempat-tempat yang wajib dilawati kalau dah berada di Melaka:
Melaka River Park And Cruise
Saya teringin sangat menyusur Melaka River Cruise terutama pada waktu malam. Mesti seronok lagi-lagi dengan anak-anak. Boleh melihat kerlipan lampu warna-warni dari bangunan di sekitar semasa menyusuri sungai. Juga boleh menjamu mata dengan pemandangan bangunan bersejarah, kincir air, kubu pesisir sungai dan dan melalui 7 buah jambatan kecil sekitar bandar Melaka.
Ada 2 jeti utama kalau nak menaiki Melaka River Cruise ni. Satu Jeti Taman Rempah dan satu lagi Jeti Muara. Tapi, ada yang mengatakan, kalau nak senang parking kereta, better naik ikut Jeti Taman Rempah sebab parking di kawasan jeti ini lebih luas berbanding di Jeti Muara.
Melaka Heritage Trails
Antara yang menarik di kawasan ini adalah The Stadthuys, St. Paul’s Hill, Istana Kesultanan Melaka, Kuil Sam Poh Kong, Masjid Kampung Kling dan Jonker Walk.
Bercerita tentang Jonker Walk, tempat ni ala-ala Uptown gitu. Jadi, banyaklah cenderhati yang dijual di sini. Boleh nanti beli souvenir untuk kenang-kenangan sendiri atau beri kepada rakan dan keluarga.
Lepas tu kan, orang kata kalau dah ke Jonker Walk ni, kena singgah di Jonker88 untuk mencuba asam laksa dan cendol durian. Orang kata terbaik! Pergh..dah lah aku ni hantu asam laksa! Wajib cuba kalau ke sana nanti.
A Famosa
Kimi suka sangat bangunan Kota A Famosa ni. Sebab dah selalu sangat nampak kat TV dan buku katanya. Bolehlah jadi acara jalan-jalan sambil belajar gitu. Kan elok tu..!
Pantai Klebang dan Muzium Kapal Selam
Kimi mesti excited dengan muzium ni! Bentuk muzium tu je dah menarik..sebab ia sememangnya kapal selam sebenar yang dijadikan muzium.
Muzium ini mempamerkan sejarah kapal selam dan perkembangannya di Malaysia. Ia dibuka dari jam 9.00 pagi pada setiap hari dan ditutup pada jam 5.30 petang pada hari bekerja, manakala jam 6.30 petang pada cuti hujung minggu.
Dataran 1 Malaysia
Dataran ni sebenarnya masih di dalam kawasan Pantai Klebang. Kawasan Dataran telah ditambak dan dan dihiasi dengan landskap yang menarik. Bolehlah berkelah dengan anak-anak sambil nikmati bayu laut.
Antara aktiviti yang disediakan kat sini adalah menunggang kuda padi, bermain layang-layang dan menunggang ATV. Kimi jugaklah yang paling seronok nanti.
Itulah setakat ni senarai tempat menarik di Melaka yang saya nak lawat dengan keluarga nanti.
Tapii…berapa hari kena spend ni kalau ke Melaka nanti? Macam tak cukup hari standard 3 hari 2 malam, kan. Mungkin boleh upgrade ke 4 atau 5 hari nanti..insyaAllah.
Kalau perancangan menjadi sebelum hujung tahun.. “Melaka!! Mu tunggu aku datang!”
Leave a Reply