ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Personal / Cerita Kalut Di Petang Jumaat

Cerita Kalut Di Petang Jumaat

29Apr | 2017

29 April 2017 By ctfand 1 Comment

Assalamualaikum…

Sebulan tak update. Tiba-tiba rasa nak berkongsi cerita kalut petang Jumaat..semalam..

Semalam Mr. Madh (encik suami) outstation, jadi tinggal saya sorang dengan anak-anak.

Urusan pagi berjalan lancar; bangun awal pagi uruskan anak-anak – breakfast Kimi – hantar Kimi ke sekolah – hantar Hani dan Ammar ke tadika dan taska – dan aku ke pejabat. Alhamdulillah.

Menjelang petang..

Biasanya petang Jumaat di sesetengah pejabat dah slow down..maklumlah, nak berhujung minggu. Tapi tidak untuk saya dan team. Bermula dari jam 3.00 hingga jam 5.30 petang, pulun habis-habisan untuk siapkan satu laporan yang kena hantar kepada urus setia pada petang tu jugak.

Jam 5.40 petang, saya minta izin untuk balik dari bos sebab kena ambik anak-anak dari sekolah, tadika dan taska. Tapi masa tu kerja dah tinggal part semakan bos je sebelum dihantar kepada urus setia.

ibu berkerjaya

Tanpa buang masa, saya ke tadika dan taska untuk ambik Hani dan Ammar.

Selesai pick-up Hani dan Ammar di sana dalam jam 6.00 petang, bergegas pulak ambik Kimi di sekolah. 6.20 petang. Sambil-sambil tu, saya dah set untuk masak nasi goreng untuk anak-anak malam ni sebab ada lebihan nasi semalam yang saya dah panaskan..

Kami tiba di rumah dalam jam 6.30 petang. Saya masih belum solat Asar sebab tak sempat solat di pejabat tadi.

Baru nak solat, Hani bagitau nak membuanggg. Cepat-cepat bawak anak tu ke tandas. Ambik masa jugak.

Belum habis uruskan Hani, Ammar pulak menangis. Bila aku dekat dengan dia, ada bau toksik (ibarat kata Kimi..hihi). Dia pun membuang! OK..so, saya nak utamakan siapa dulu.

Hani di toilet dah terjerit-jerit.. “Mamaaaa..dah siappp”. Saya terpaksa tinggalkan Ammar sekejap dan pergi basuh Hani.

Selesai urusan Hani. Ammar pulak.

Beberapa ketika..selesai uruskan budak berdua tu.

Kemudian, saya pergilah basuh tangan di sinki, dan nak ambil wudhu untuk solat Asar. Saya jeling jam,dah jam 6.50 petang.

Tiba-tiba Ammar merangkak ke dapur. Aku tengok muka dia berkerut2..meneran!!

Ammar buang air besar untuk kali kedua. Sembelit!

Saya bantu dia dengan longgarkan pampers dan buatkan dia duduk mencangkung..sambil buat sound effect untuk bantu dia meneran. (Yang biasa tula..he he.) Berjaya. Proses tu makan masa dalam 3-5 minit jugak! Sempat tengok jam, dah 6.55..dalam hati..aduhaiii…solat Asar belum lagi..

Cepat-cepat saya basuh dan uruskan Ammar. Jam dah 7.00 lebih sikit. Allahuakbar.

Tawakkal je la…

Saya basuh tangan dan ambik wudhu…

Saya pesan Kimi untuk jaga adik-adik dia…dan…solat…

Waktu saya solat Asar tu ada dalam 15 minit lagi ke waktu solat Maghrib. Tawakkal je lah…..sebab, berdasarkan pembacaan, ada waktu menghampiri Maghrib yang haram untuk solat.. Betulkan saya kalau salah..Wallahu’alam..

Moga Allah terima amal saya…insyaAllah..

Selesai solat Asar..saya duduk relaks sekejap untuk menunggu masuk waktu Maghrib. Masak nasi goreng pun belum lagi…. Saya ambik keputusan untuk masak selepas solat Maghrib. Maknanya kami hanya akan makan malam dalam jam 8.00 malam. Lari dari target asal untuk makan sebelum Maghrib…

Saya cuma risaukan satu je kalau lambat masak….perut anak-anak….

Itulah antara siri cerita kalut saya…banyak lagi sebenarnya siri cerita kalut yang lain…

Yang pasti, pengalaman tu mungkin sama dengan korang, ibu-ibu yang membaca ni… Jom kongsi di ruangan komen kalau sudi…he he.

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Personal Tagged With: busy mommy, cerita anak-anak, cerita kalut, ibu berkerjaya, ibu yang sibuk, keluarga dan kerja, kerja dan keluarga, mama anak 3

Comments

  1. Dedaun Comel

    16 May 2017 at 8:55 pm

    Selamat hari ibu.. Berat juga tugas ibu nak pastikan masa makan tu tepat pada masanya..

    Masa saya kecil dulu, kadang2 saya jam 9 baru makan. Sebab tunggu ibu balik dari ofis.. walaupun selalu sakit perut tapi takpa saya faham tugas ibu ;(

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d