ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Personal / Wedding Anniversary Ke-10 Tahun

Wedding Anniversary Ke-10 Tahun

19Mar | 2017

19 March 2017 By ctfand 1 Comment

Alhamdulillah..

10 Mac lepas genaplah 10 tahun usia perkahwinan saya dan Mr.  Madh.

Bermacam suka duka kehidupan sudah ditempuhi bersama. Dan pelbagai macam lagi yang  sedang ditempuhi. Moga kami terus kuat dan tabah hadapi apa juga ujian di hadapan.

Ujian paling getir yang kami hadapi adalah pemergian anak kedua kami, iaitu Yanie..pada tahun 2012. Wallahu alam..

Tiada sambutan besar-besaran kami buat. Cuma breakfast berdua-duaan di Hotel Bangi-Putrajaya (Hotel Equatorial dulunya).

Simple je.. Jangankan anniversary, birthday anak-anak pun kami sambut ala kadar je di kalangan kami. He he

Habis hantar anak-anak ke tadika dan sekolah, kami terus bergerak untuk breakfast pagi dihotel.

Best jugaklah sarapan di Hotel Bangi-Putrajaya tu. Set makanan yang disediakan kena dengan selera aku. Ada mini pancake, lempeng dengan cheese, nasik lemak, kuih tradisional dan moden, set breakfast telur dan macam-macam lagi. Teh tarik kegemaran ramai pun ada tau. Pendek kata, seimbang antara western dan local. Kadar per-head pun tak sampai RM50. Apa lagi, makanlah kami sepuasnya, sambil bercerita kisah-kisah lama..

Hiasan dimeja kami

Kami dah pernah ke Hotel ni dulu, masa mula-mula berpindah rumah dari KL ke Putrajaya, selepas pemergian Yanie..Mei 2012. Rumah tak settle lagi masa tu, jadi tinggal sekejap di hotel 2-3 hari.

Teringat keadaan masa tu..baru sebulan kehilangan Yanie..parah jugak mengawal perasaan..

Hmm..tak mengapalah.

Moga kami sentiasa kuat, satu hati dan moga kekal hingga ke akhir hayat..amiin.. insyaAllah..

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Personal Tagged With: 1o tahun, orkid, tahun ke-10, ulang tahun perkahwinan, wedding anniversary

Comments

  1. Hasrul Hassan

    15 May 2017 at 4:15 pm

    Tahniah atas anniversary ke 10. Moga terus kekal bahagia hingga akhirnya .. in Sha Allah.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d