ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Personal / Ke Pesta LAMPU Putrajaya 2016

Ke Pesta LAMPU Putrajaya 2016

31Dec | 2016

31 December 2016 By ctfand 4 Comments

Malam semalam saya dan keluarga meluangkan masa untuk berkunjung ke Pesta LAMPU Putrajaya 2016 di Presint 3.

Tahun ni merupakan tahun ke-4 program ini diadakan bermula dari tahun 2013. Program ini akan berlangsung selama 3 malam mulai 30 – 31 Disember 2016 dan 1 Januari 2017.

Kami tiba di tapak pesta sekitar jam 8.30 malam. Keadaan tak sibuk sangat. Masih boleh dapat parking, walaupun parking di tepi-tepi jalan je. Kami parking di sebelah kiri belakang Palace Of Justice atau Bangunan Kehakiman, lokasi utama pesta Lampu iaitu grand projection mapping.

Kawasan kami tiba tu betul-betul melepasi tapak jualan makanan. Kalau tak sempat makan daripada rumah, memang boleh singgah je ke situ. Tapi, disebabkan kami dah makan siap-siap lepas maghrib, jadi, kami terus ke lokasi pameran Lampu.

pesta lampu putrajaya 2016

Hani dan baby Ammar di lokasi pameran TNB

Seronok sangat bila tiba di sini. Terutama anak-anak ni. Seronok lihat lampu warna-warni, dan lihat ragam orang agaknya..he he.

Kimi sempat main kat tapak pameran TNB ni. Kena tarik-tarik kabel tu untuk menyalakan lampu di atas.

Orang pun masih tak ramai sangat kan. Memang tak bersesak-sesak.

Seronok Hani..suruh lah buat apa pun masa ni, dia ikut je..

Selepas dari kawasan pameran, kami bergerak ke depan Bangunan Palace of Justice, lokasi utama event.

Masa tu sekitar jam 9.00 malam. VVIP pun baru tiba untuk perasmian pembukaan acara.

Acara dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Wilayah Persekutuan. Setakat pemerhatian saya, semua yang hadir berdiri sambil menyanyikan dua lagu ini. Semangat patriotik tiba-tiba membara.. 🙂

Tiada ucapan panjang berjela, simbolik perasmian terus dimulakan iaitu dengan pelancaran grand projection mapping selama 1 minit yang dilancarkan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, YB Senator Dato’ Loga Bala Mohan.

Oh, sebelum tu, ada persembahan anak-anak Permata..

Setelah itu, persembahan pembukaan grand projection mapping pun dimulakan.

Gambar di atas, Hani yang sabar menunggu hampir 10 minit sebelum acara pembukaan bermula.

Acara pembukaan ini berlangsung selama lebih kurang 6 minit.

Di bawah ini adalah antara gambar yang sempat saya rakamkan untuk simpanan..cantikkkk!

Jom cuci mata sebelum baca cerita selanjutnya..

pesta lampu putrajaya 2016

Tu dia..watak Star Wars..




4 gambar di atas ini pula adalah suasana sekitar tapak pesta.

Kalau ikutkan, kami hanya berkunjung ke 30% sahaja kawasan tapak pesta. Dan tempoh kunjungan kami pun hanya sejam saja disebabkan hujan. Hujan turun selesai saja persembahan pembukaan 6 minit yang gambarnya sempat saya rakamkan ni.

Sayang. Ingat boleh stay sampai jam 10 atau 11..

Kimi agak frust sebab dia nak sangat tengok persembahan wayang kulit. Tapi tak apa, sebab malam ni boleh pergi lagi. Persembahan utama wayang kulit pada malam ini adalah Peperangan Bintang, iaitu adaptasi cerita Star Wars. Watak-watak hampir sama yang diubah sedikit saja. Antara ubah suai yang paling digemari  Kimi adalah watak Darth Vader yang dijadikan sebagai “Sangkala Vedeh”..he he..menarik kan?

Watak-watak Star Wars ini sebenarnya kami dah tengok kat Muzium Negara awal bulan ni..sayang sangat sebab saya tak ambik gambar..

Ini saja cerita kunjungan kami.

Untuk maklumat penuh mengenai jadual program, nasihat perjalanan dan lokasi parking, anda boleh berkunjung ke Laman Rasmi Lampu 2016 ini atau Facebook Page rasmi di sini.

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Personal Tagged With: lampu putrajaya, lampu putrajaya 2016, pesta lampu putrajaya, pesta lampu putrajaya 2016

Comments

  1. apdm

    25 January 2017 at 2:52 pm

    saban tabun, tak pernah lagi sempat mengunjungi pesta LAMPU ni

    Reply
  2. 3 lalat

    3 February 2017 at 4:39 pm

    wahh chanteknyerr., ;p

    Reply
  3. Hasrul Hassan

    8 February 2017 at 11:51 pm

    Fuh lama tak update ni .. hehehe

    Reply
    • ctfand

      12 February 2017 at 1:02 am

      tu lah bg HH..huhu

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d