ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Personal / Masih Menunggu..

Masih Menunggu..

14Sep | 2016

14 September 2016 By ctfand 11 Comments

Tajuk tak mesra SEO langsung..

Pedulik dengan SEO. Hari ni saya nak membuat entri berupa luahan perasaan..hihi

Masih menunggu penempatan sejak bertukar tempat bertugas pada 1 September lalu. Kalau ikutkan surat dari central , dah pasti tempat saya di mana. Tapi, sampai ke Jabatan, perlu ada surat posting pula. Terkatung-katunglah (betul ka perkataan tu) saya ni.

Dalam masa yang sama, orang yang akan saya gantikan nanti masih ada di tempat sekarang. Biasalah..penangguhan selama 2 minggu. Siapa suruh saya tak tangguh juga..

Dah lama-lama berenang ni, agak down jugak seketika. Teringat saat-saat mula naik kerja lepas cuti bersalin. Hampir sama feel dia..he he.

Hari ni hari terakhir bertugas bagi pegawai yang akan saya gantikan di sini. Walau pun penempatan rasmi belum ada, rasanya petang ni akan tetap juga kena jumpa dia untuk mendapatkan nasihat dan amanat akhir sebelum saya meneruskan legasi tugas-tugas dia di situ.

Dengarnya mencabar juga tempat yang akan dikosongkan. Tak apa. Tunggu dan lihat bagaimana saya akan lakukan. Saya anggap itu sebagai cabaran. Pandailah saya nanti.

Dalam diam-diam, terbit juga rasa risau. Mampukah saya menggalas tanggungjawab yang akan diberikan? Cuma, apa bila teringat potongan ayat dari Surah Al-Baqarah yang bermaksud, Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya! (Ayat 286), maka tiada perkara atau ujian yang kita terima yang tidak boleh di atasi atau ditanggung. Semuanya bersesuaian dengan daya dan kemampuan kita. Hanya kita sedar atau tidak.

kerja

Atau boleh jadi, pelbagai cara tersedia untuk kita berhadapan dengan sebarang ujian mendatang, iaitu bagaimana kita berhadapan dengan sesuatu situasi. Hanya sedar atau tidak, dan hanya perlu dicari. Moga petunjuk dan hidayah Allah sentiasa bersama saya. InsyaAllah.

Nampak risau kan saya.

Saya memang agak risau lebih-lebih bila mendengar perlu banyak keluar di tempat baru saya ini. Maknanya, saya perlu kerap meninggalkan anak-anak. Berapa hari tu tak pastilah saya. Tapi dalam sebulan mesti ada. Hmm.. Moga mudah-mudah saja nanti.

Saya terima je..

Risau lebih-lebih pun tak guna. Nanti menimbulkan unsur-unsur negatif pula. Tentunya tak baik untuk permulaan di tempat baru ini.

Positif. Positif. Positif. InsyaAllah, hasilnya semua positif!

Dalam pada itu, terkenang masa mula-mula masuk di jabatan lama saya dulu. Sampai menangis sebab dapat posting ditempat mencabar. Tapi akhirnya, saya berjaya harungi. Siap dapat anugerah pada tahun yang ketiga bekerja di sana..hihi..

Lawakkan. Bukan nak bangga. Cuma nak berkongsi bagaimana saya bangkit dari kebimbangan untuk menggalas tanggungjawab di jabatan lama dulu.

Jadi, insyaAllah, di tempat baru akan saya teruskan semangat dan motivasi kerja yang terbukti berhasil bila saya bersungguh sungguh “melawan” risau dan bimbang!

Layankan aje…..!

Don’t overthink! And just go with the flow! Yeah..!

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Personal Tagged With: kata-kata minda, kata-kata semangat, luahan, personal

Comments

  1. titan

    15 September 2016 at 5:30 am

    Takpe.

    boleh terus menunggu kalau mahu.

    hehe

    Reply
    • ctfand

      15 September 2016 at 7:37 pm

      Kalau ikut hati, mmg nak. Hihi. Tapi tak boleh. Ada tanggungjawab..

      Reply
    • ADAM AHMAD

      1 November 2016 at 1:37 am

      Menunggu ni memang letih.
      Tak kira apa pun yang kita tunggu.

      Ada satu je yg kita tak perlu tunggu. Dia datang nuga.

      Reply
  2. Malaysia Sentral

    2 October 2016 at 11:11 pm

    semoha berjaya ya! sentiasa positif

    Reply
  3. Suria Amanda

    24 October 2016 at 3:41 pm

    Itulah kita..kalau ikut hati…mmg buat keputusan sendiri kan..tp serba salah sebab terikat..

    Reply
  4. Yourfabulousmama

    3 December 2016 at 1:37 am

    Semoga dipermudahkan segalanya. Tanggungjawab pada keluarga & anak-anak tu yang menjadi Push factor yang kuat pada Yanie untuk kekal positif . Chaiyuk! Hidup mesti kuwattt!

    Reply
  5. Cik akak

    16 December 2016 at 1:21 pm

    Pelan-pelan..tak kehidupan kalau tak de.cabaran…hihi..yang penting hati mesti sado…

    Reply
  6. JMR

    29 December 2016 at 10:56 pm

    semoga dipermudahkan segalanya…

    Reply
    • ctfand

      29 December 2016 at 11:02 pm

      Amin…. terima kasih.. 🙂

      Reply
  7. Ikhwan

    29 December 2016 at 10:57 pm

    Lama tunggu, sekarang sudah masuk disember 2016…

    Reply
    • ctfand

      29 December 2016 at 11:04 pm

      He he.. bila dah dapat tempat, kerja pula tak menunggu..sampai tak sempat nak update blog.. xD

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d