Assalamualaikum,
Hari ni hari kedua saya di Jabatan baru. Pertukaran berkuatkuasa pada 1 September 2016. Saya tak minta penangguhan kerana pertukaran ini dah diketahui sejak 3 minggu lepas, sekitar pertengahan Ogos. Sempat mengemas dan menghabiskan tugasan-tugasan yang patut sebelum bertukar..
Saya di Jabatan lama dulu hampir 7 tahun. Semua team terbaik saya semasa 5 tahun pertama dah tiada di Jabatan lama. Samada bertukar atau bersara. Apahal saya masih melekat pulak kan..he he.
Sebetulnya, saya pun tidak menjangka pertukaran saya ni berlaku cepat. Saya sangkakan lagi sebulan, dalam bulan Oktober atau November. Tiba-tiba pengganti dah sampai walaupun surat arahan pertukaran saya masih belum keluar.
Terus terang saya katakan, dengan adanya kehadiran pengganti secara mengejut tu, momentum dan fokus kerja saya tersekat. Dahlah masa tu kebetulan tengah sibuk menguruskan satu bengkel. Memang fokus sangat-sangat lari. Tambah lari bila staf buat hal pulak dengan tak memberi kerjasama walaupun saya masih ada. Mujur lah bos saya faham. Anndd..the rest is history.
Di Jabatan baru, saya looking forward untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang walaupun saya mendapat bermacam-macam khabar berita tentang betapa mencabarnya tempat baru saya ini. Saya sahut cabaran dan saya akan teruskan kemampuan dan kebolehan saya..demi untuk berkhidmat kepada rakyat, agama dan negara….dan juga untuk keluarga saya. InsyaAllah.
Di sini jalan cerita hidup saya buat masa ini.
Saya minta maaf kerana saya tidak kongsi di mana dan apakah Jabatan saya ini. Saya memang tidak suka mendedahkan tempat saya bekerja. Biarlah rahsia. Sebetulnya, saya juga kurang suka bercerita hal ehwal kerja saya di dalam blog. Kerana ada batasan-batasan tertentu yang perlu dijaga, sebagai penjawat awam..
Bagi anda yang mengenali saya di luar blog..senyap-senyap sajalah ya..he he. Kita wassap2…
Sekian..
Anarm
Awal2 ni nak kena biasakan diri dulu la kan dengan tempat baru.. Lama2 nanti ok lah..
Semoga dapat harungi segala cabaran kat tempat kerja baru tu..
ctfand
Amin…insyaAllah.. Terima kasih, tuan..
sabree hussin
Selamat menjalankan tugas di jabatan yang baru 😀