Ramadhan pergi, Aidilfitri mengganti..
Teelebih dahulu, Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan buat semua. Moga anda sentiasa ceria dan bahagia dibulan kemenangan ini..dan bulan-bulan seterusnya.. InsyaAllah..
Cerita Aidilfitri saya dan keluarga tahun ni, Hari Raya pertama kami terpaksa berada di Putrajaya atas tuntutan kerja suami. Sedih tetap sedih..tapi saya simpan dalam hati sendiri. Ubatnya adalah dengan memikirkan yang kami anak-beranak berlima tetap bersama..
Kalau dapat balik awal pada Sabtu baru ni tentu seronok.. Dapat puasa dengan keluarga di kampung, walaupun dah tentu berbeza suasananya dengan ketiadaan mak…
***
Persiapan Hari Raya tetap dibuat seperti biasa. Baju raya, kasut raya anak-anak, kuih raya, lampu raya, bunga api raya, lauk raya, lemang raya..dan semua yang seangkatan dengannya..
Hani pulak buat perangai awal-awal pagi..tak nak pakai baju kurung raya dia. Punya payah nak pujuk. Akhirnya, bila nampak saya pakai baju kurung barulah dia nak pakai jugak. Itupun tak lama. Tak sempat ambik gambar raya..sobsob..
Ini je lah gambar yang ada. Nasib baik terfikir nak ambik.
Hakimi..
Habis tugasan suami, kami bergegas ke airport pada jam 3 petang. Alhamdulillah semua urusan berjalan lancar. Tinggal kerisauan saya dengan Ammar yang pertama kali menaiki kapal terbang.
Tapi, Alhamdulillah…Ammar tak buat perangai sangat dalam kapal terbang. Masa kapal take off, senyap je dia..sebab kebetulan tengah menyusu. Kurang sikit tekanan pada telinga dia.. Lepas menyusu, apa lagi..sesi untuk tidur..
Ammar terbangun semasa masa penerbangan masih berbaki 1 jam 18 minit (masa penuh lebih kurang 2 jam setengah). Mulalah dia merengek. Aku jangka sebab tekanan pada telinga dia. Sampai dah landing baru berhenti merengek..
Hani pula duduk di seat sebelah dengan bapak dia. Macam-macam gaya dia nak hilangkan boring. Yang syoknya, tak pulak dia mencari handphone saya atau tab abang Kimi dia. He he. Agaknya dia excited naik kapal terbang.
Ini antara gaya Hani..
….main bantal….
Seronok sesi perjalanan kali ni. Mengajar erti sabar dan kuat! Kuat angkat anak2 ni ha.. Dan sabar melayan karenah anak-anak di khalayak..
***
Sampai di KK pun dah malam. Jadi, kami mengambil keputusan untuk bermalam dihotel. Suami pun dah tak larat sangat nak memandu.. Jauh pulak kampung saya tu. Dalam 3 jam perjalanan dari KK.
Esok insyaAllah dapat jumpa sanak saudara di kampung. Kimi dan Hani tak sabar-sabar nak jumpa atok dia. Kimi pula tadi saya terdengar dia bercakap dengan Hani, “nanti di kampung kita lawat kubur nenek, ya”.
Yang si adik ni pulak ikut je..”ok” dia kata. Faham ke tidak tak tahulah.
Ok..setakat ni dulu.. 🙂
Bila buka blog ni napak pic izyan…scrol punya scrol,mmg btol izyan…dh bsar dia..thun dpn dh tadika…msti jd kakak yg pyayang ..
Alhamdulillah, bagus jugak blog ada blog ni..dapat temukan kita.. Terima kasih tecer lisa. Moga sihat selalu hendaknya..
InsyaAllah tahun depan dah tadika izyan ni..tak boleh bayang lagi macamana nanti..hehe