Alhamdulillah… usia dipanjangkan Allah untuk bertemu Ramadhan kali ini.. Walaupun hakikatnya, jauh di sudut hati, sayu terkenangkan arwah Mak yang telah pergi pada bulan Disember lepas..
Ini pertama kali kami sekeluarga menyambut Ramadhan tanpa Mak..dan akan datang ni..sambut Raya tanpa Mak..
Selepas berbuka puasa semalam, adik ada share gambar mereka di kampung yang berkumpul dimeja makan. Satu kerusi kosong…
Biasanya pada malam terawih pertama, saya akan menghubungi Mak di kampung untuk bercerita persiapan menyambut bulan Ramadhan.. Kami akan bertukar-tukar cerita tentang sahur untuk esok, cerita kesihatan Mak dan kemampuannya untuk berpuasa, cerita tentang cucunya, perancangan kami balik ke kampung dan macam-macam lagi.
Sebut pasal balik kampung..biasanya masuk bulan Ramadhan je Mak dah tanya tarikh bila kami akan balik ke kampung dan berapa lama duduk di kampung….
Sekarang ni..aku hanya mampu menghela nafas panjang bila memikirkan semua tu tak akan berlaku lagi…
Sabar lah yang mampu..
***
Hari ni baru hari yang kedua berpuasa. Moga terus konsisten beribadah. Masa ni lah peluang untuk membersihkan hati dari segala macam kekotoran. Masa ini lah waktu yang terbaik untuk mendidik hati dan memperbanyakkan amal ibadah..dengan harapan, moga berterusan hingga ke bulan seterusnya.
***
Cerita Ramadhan saya.. kali ini agak mencabar dengan adanya baby Ammar yang baru 3 bulan dan dilengkapkan oleh kakaknya, Hani, 2 tahun lebih..he he. Berkejar-kejaran! Kena pandai spare masa untuk masak especially untuk sahur. Kalau untuk berbuka, boleh beli makanan di bazaar untuk dimakan terus pada waktu berbuka. Kalau untuk sahur pulak, tak kan juadah petang ni nak di bawak ke esok pagi kan.. Jadi, kenalah masak..
Gitulah cerita Ramadhan saya kali ini..something missing…nanti saya sambung.
Selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa! 🙂
Semoga Allah merahmati arwah.. memang akan terasa bila menyambut sesuatu yang besar tanpa insan yang disayangi..
Bertabahlah kak.. InsyaAllah.. semua baik2 saja..
Selamat berpuasa cemerlang pada tahun ini ye.
Awal2 dah tewas..hihi