ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Info / Cuti Khas Hari Raya Pada 8 Julai 2016

Cuti Khas Hari Raya Pada 8 Julai 2016

30Jun | 2016

30 June 2016 By ctfand Leave a Comment

YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa sebentar tadi telah mengumumkan cuti khas Hari Raya pada 8 Julai 2016 melalui kenyataan rasmi media bertajuk Pelepasan Khas Daripada Bertugas Pada 8 Julai 2016 (Jumaat) Sempena Hari Raya Aidilfitri.

cuti khas hari raya

Kenyataan Rasmi KSN

Maklumat kenyataan rasmi ini boleh diakses pada url berikut:

Pengumuman Pelepasan Khas Daripada Bertugas Pada 8 Julai 2016

Antara lain Kenyataan Rasmi ini menyebut bahawa Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan pelepasan khas daripada bertugas pada hari Jumaat, 8 Julai 2016 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 6 Julai 2016. Walau bagaimanapun, pelepasan khas daripada bertugas ini tidak terpakai sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada hari Selasa, 5 Julai 2016.

YBhg. Tan Sri KSN dalam kenyataan rasmi ini juga merakamkan ucapan terima kasih kepada YAB Dato’ Sri Perdana Menteri kerana bersetuju dengan cadangan ini daripada penjawat awam khususnya CUEPACS.

Selaras dengan pengumuman ini, orang awam yang merancang untuk mendapatkan perkhidmatan Kerajaan pada hari pelepasan khas tersebut digalakkan untuk mengunjungi Jabatan dan Agensi yang berkenaan sebelum cuti umum Hari Raya Aidil Fitri.

Pada akhir kenyataan rasmi, YBhg. Tan Sri KSN menyelitkan pesanan berguna kepada penjawat awam iaitu:

Semoga penjawat awam dapat memanfaatkan pemberian pelepasan khas daripada bertugas untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik dan produktif apabila kembali bertugas di Jabatan dan Agensi

Selamat berhari Raya dan selamat memanfaatkan cuti Hari Raya!!

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Info Tagged With: cuti 8 julai, cuti hari raya, cuti peristiwa hari raya, cuti tambahan hari raya

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2026 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d