ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Info / Bayi Selesa Dengan Minyak BeBe Anugerah

Bayi Selesa Dengan Minyak BeBe Anugerah

11Jun | 2016

11 June 2016 By ctfand 9 Comments

minyak bayi

Minyak BeBe Anugerah: Bayi selesa, tidur sempurna, ibu gembira..

Masalah bayi kembung perut adalah hampir tak boleh nak dielakkan. Percaya atau tidak, kembung perut atau colic hampir-hampir pasti berlaku kepada setiap bayi terutama sekali bagi bayi yang berumur kurang daripada 6 bulan. Bila dah kembung, bayi semestinya tak selesa..mula meragam dan menangis.

Sebab Bayi Kembung Perut

Macam-macam sebenarnya punca kepada bayi kembung perut. Punca utama yang biasa berlaku adalah:

  1. Cara menyusu yang tidak betul khasnya dalam penggunaan botol susu; iaitu terlalu condong, saiz lubang botol yang tidak sesuai (terlalu kecil) menyebabkan banyak udara ditelan oleh bayi.
  2. Bayi menangis terlalu banyak, terlalu aktif kerana ‘overstimulation’ pada hari tertentu boleh menyebabkan kembung perut.
  3. Penghadaman susu yang kurang sesuai, menghasilkan banyak gas.

Kadang-kadang, kita tak sedar atau mungkin tak tahu especially bagi ibu-ibu yang baru pertama kali mendapat bayi, bahawa bayi kita kembung perut.  Macam saya lah dulu.. Tiba-tiba je bayi menangis, semua serba tak kena. Dukung salah, bagi susu taknak, dodoi melalak..masih menangis. Entah kenapalah kan. Sampai panic dibuatnya. Rupa-rupanya, bayi kita tu tak selesa akibat perutnya kembung.

Cara yang paling mudah mengenal pasti sama ada bayi kita kembung perut adalah:

1) dengan melihat perut bayi anda, iaitu bila nampak tegang, semacam keras dan kembung..maka kemungkinan bayi kita sedang mengalami kembung perut.

2) “mengetuk” perut bayi dengan “perut” jari telunjuk dengan ketukan lembut / melantun. Kalau berangin, akan ada bunyi seperti “ruang kosong” pada perut bayi. Keadaan tegang perut bayi jugak dapat dirasa pada saat ketukan ini dibuat.

Kalau dengan dua-dua cara ini anda masih tak dapat kenal pasti sama ada bayi kembung perut atau tak..haa..kita gunakan kaedah “mencegah”. Apa lagi, dengan cara menyapukan minyak bayi pada perut bayi pada setiap kali selepas mandi, atau pada waktu-waktu cuaca sejuk.

Untuk mengelakkan bayi kembung perut, saya cadangkan agar para ibu mencuba Minyak BeBe Anugerah.

Kenapa?

Minyak BeBe Anugerah pada saya berbeza dengan minyak-minyak bayi lain yang biasa kita temui di pasaran. Minyak BeBe Anugerah ini sedap dipakai kerana baunya yang wangi dan segar, dan tak berbau minyak angin seperti minyak-minyak bayi lazimnya. Paling best, minyak BeBe ini tak melekit dan tak meninggalkan kesan berminyak pada tangan kita. Oleh kerana ia memiliki tekstur yang halus dan lembut, minyak ini akan terus meresap selepas disapukan pada badan bayi. Sekaligus, ia tidak akan meninggalkan kesan minyak pada barut ataupun pakaian bayi. Bersih je..

Isi Kandungan

Minyak BeBe Anugerah mewah dengan khasiat ramuan herba yang dipercayai dan diwarisi zaman berzaman. Setiap Minyak BeBe Anugerah diperkayai dengan:

·         Lengkuas (Mengeluarkan angin)

·         Minyak Kayu Putih (Menghindari jangkitan)

·         Pudina (Antiseptik, antiparasit & antivirus)

·         Serai (Menghindari gigitan serangga / nyamuk)

·         Limau Purut (Penjagaan kulit & menyegarkan)

Cara Penggunaan

Masa: Setiap kali selepas memandikan bayi, setiap kali selepas menukarkan lampin bayi, pada waktu cuaca sejuk (musim hujan).

Kaedah saya menggunakan Minyak BeBe Anugerah:

Kaedah 1: Titiskan Minyak BeBe Anugerah pada tapak tangan, dan sapu kedua-dua tapak tangan untuk menyebarkan Minyak BeBe Anugerah pada tapak tangan ibu. Sapukan pada perut dan belakang badan badan bayi.

Kaedah 2: Bagi sapuan pada lutut, siku dan tapak kaki, hanya tutup bukaan botol dengan jari telunjuk dan terbalikkan botol untuk mendapatkan sedikit sahaja amaun minyak dan sapu dibahagian disebut. Ulang untuk setiap bahagian. Kaedah ini cepat kerana hanya menggunakan sebelah tangan sahaja. Sesuai jika bayi anda sedang mula meragam selepas mandi. Cepat dan pantas.

Bila bayi selesa, tidur pun lena. Sekaligus dapat membantu merehatkan badan bayi yang penting untuk tumbesarannya.

minyak bebe anugerah

Baby Ammar dan Minyak BeBe Anugerah

minyak bebe anugerah

Sukanya dia…

Minyak BeBe Anugerah ini saya pakaikan kepada bayi saya Baby Ammar, 4 bulan dan kakaknya, Hani, 3 tahun. Paling menarik, masa kali pertama saya pakaikan pada Hani, Hani menghela nafas banyak kali dan diam je..ia kerana bau harum aroma Minyak BeBe Anugerah yang segar dan mungkin menenangkan Hani. Saya cakap kat Hani..”wangi kan?”. Dia angguk sambil senyum dan terus menghela nafas  seperti menghidu-hidu bau Minyak BeBe Anugera sepanjang saat saya pakaikan baju selepas mandi. Suka la tu.

Harga dan Cara Mendapatkan Minyak BeBe Anugerah

Harga Minyak BeBe Anugerah amat berpatutan dan pada kadar mampu milik oleh setiap ibu bapa.

Sebotol 50ml Minyak BeBe Anugerah boleh didapati pada harga berikut:

Semenanjung : RM15

Sabah/Sarawak: RM20

Minyak BeBe Anugerah boleh dibeli secara online melalui link Anugerah Wellness ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak testimoni pengguna dan maklumat lanjut mengenai Minyak BeBe Anugerah, anda boleh masuk ke Facebook Page Anugerah Wellness berikut https://www.facebook.com/anugerahwellness/# atau mengunjungi laman web Anugerah Wellness.

Anda juga boleh menggunakan medium perhubungan berikut:

SMS/Whatsapp ke 019-222 7006

Facebook Anugerah Wellness

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Info, Review Tagged With: bayi kembung perut, elak bayi kembung perut, minyak bayi, minyak bebe, minyak bebe anugerah, minyak kembung bayi, perut bayi, punca bayi kembung perut, rawatan kembung perut, sebab bayi kembung perut

Comments

  1. Kisah si dairy

    11 June 2016 at 10:06 am

    awfiyah pun pernah pakai minyak ni..so far ok bagi dia

    Reply
    • ctfand

      11 June 2016 at 10:09 am

      Kan..bau dia sedap.. Hani pun suka..

      Reply
  2. apdm

    13 June 2016 at 6:44 am

    kalau bau dia wangi, kira boleh jadi alternatif untuk minyak kayu putih la ni kan. sebab minyak kayu putih tu, bau dia kuat sangat

    Reply
    • ctfand

      17 June 2016 at 9:32 pm

      betul2… 🙂

      Reply
  3. kereta sewa shah alam

    13 June 2016 at 1:38 pm

    perkongsian yang menarik…teruskan update

    Reply
  4. Aretikz

    15 June 2016 at 2:41 pm

    Pergh ~ muka tu punya main happy kena sapu minyak anugerah.. hehe

    Reply
    • ctfand

      17 June 2016 at 9:26 pm

      jangan ndak tau..hihi

      Reply
  5. diana

    20 June 2016 at 4:15 pm

    Memang serabut kalau anak start menangis bila dia kembung perut…siap berzikir la kita mak2 ni..heheh..

    Reply
    • ctfand

      20 June 2016 at 4:17 pm

      Kan..serba tak jadi semua kalau dah kena kembung..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d