ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Personal / Dah Pun Kembali Bekerja

Dah Pun Kembali Bekerja

13May | 2016

13 May 2016 By ctfand 5 Comments

Assalamualaikum..

Sebenarnya minggu ni dah masuk minggu kedua saya kembali bekerja. Sangat-sangat dalam blues…he he

meja kerja

Perancangan asal sebenarnya nak tambah cuti extra sebulan sebab baki cuti bersalin hanya tinggal 60 hari je. Tapi sayangnya, perancangan tidak berjalan dengan lancar..jadi redha sajalah.

Tak dapat sebulan, saya mohon Cuti Rehat selama 8 hari kerana ingin lebih lama dengan baby Ammar. 8 hari termasuk cuti hujung minggu dan cuti umum, dapatlah 2 minggu. Kebetulan pula ibu mertua pergi menunaikan umrah dalam tempoh itu.

Saya terpaksa memohon bantuan ibu mertua untuk menjaga Ammar selama 3 minggu lagi sementara menunggu dia genap 3 bulan. Sebabnya, taska bakal tempat saya hantar Ammar nanti mensyaratkan bahawa hanya bayi 3 bulan ke atas boleh diterima. Jadi kenalah akur dengan peraturan dan keadaan.

Macam-macam kan.

Di minggu-minggu awal ini pula, otak saya macam terkena kejutan sedikit. Banyak benda yang tertinggal, jadi banyak yang perlu di catch up. “Engine” pula masih belum panas, menyebabkan saya agak “blur” bila terlibat dalam perbincangan sesetengah perkara di pejabat. Blank pun ada. Jenuh nak recall balik. Mungkin betul kata orang, wanita baru bersalin ni banyak putus urat sarafnya..wallahu’alam.. he he.

Semoga semangat yang hilang akan kembali menjelma. Semoga saya terus bersemangat membantu melancarkan urusan pejabat, dan urusan jabatan amnya, di masa-masa akan datang. Jia you fand !!! ^^

** jia you atau kebanyakan kita tulis sebagai chaiyok tu erti dia “tambah minyak”! he he

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Personal Tagged With: cuti bersalin, cuti rehat, kembali bekerja, kuota cuti bersalin, masuk kerja, maternity leave

Comments

  1. Montana

    13 May 2016 at 9:57 pm

    Alhamdulillah
    In shaa allah saya doa semoga semua dipermudahkan
    Amin ya Allah

    Reply
  2. Diana

    13 May 2016 at 11:58 pm

    Heee.. betul tu..memang blues bila nak kembali bekerja lepas bersalin 🙂

    Reply
    • ctfand

      20 May 2016 at 3:01 am

      Kan kan…hanya ibu-ibu mithali yg faham..hihi

      Reply
  3. ema

    19 May 2016 at 12:05 pm

    susah hati nak tinggal anak masih kecil ni kan…tp demi kerja terpaksa juga.

    Reply
    • ctfand

      19 May 2016 at 4:06 pm

      Betul betul…tu yg terfikir utk unpaid leave tu…

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d