Hari ni dah masuk hari ke 42 saya dan Baby Ammar. Dalam tempoh ni, terserlah betul sikap seorang “kakak” pada diri Hani yang baru berumur 2 tahun 6 bulan walaupun pada awalnya dia macam tak dapat terima kenyataan yang family dia dah bertambah seorang lagi..
Semasa hari ke-2 ketika saya dan baby Ammar dibenarkan balik ke rumah, ada insiden menyentuh hati berlaku. Iaitu tentang penerimaan Hani pada adik barunya.
Saya ingat lagi, semasa di lobi utama hospital, dari jauh saya nampak Hani bermain dengan Abang Kiminya sambil ditemani pohpoh (nenek dalam bahasa Cina) nya. Bila Hani ternampak saja kelibat saya, Hani jerit “Mama!!!” sambil berlari ke arah saya. Saya pula apa lagi, sedia dengan mendepakan tangan kanan, manakala tangan kiri memegang baby Ammar.
Saya merendahkan badan ke lantai agar mudah nak memeluk Hani. Pandai-pandaila ejas dalam keadaan baru bersalin tu kan..he he.
Sayangnya, bila Hani dalam jarak semeter dari saya, dia berhenti berlari! Dia nampak tergamam! Kemudian Hani meletakkan tangannya ke matanya dan mula menangis! Dia macam nampak sangat terkejut bila lihat saya memegang baby Ammar.
Hani enggan mendekati saya dan memeluk kaki pohpohnya. Dia menangis semahunya. Nampak sangat Hani cemburu dan marah..mungkin dia ingat saya tak sayangkan dia lagi.
Sayu jugak hati saya dengan tangisan Hani masa tu. Berair jugak mata.. Nak peluk, tapi dia tak mahu rapat dengan saya. Mak mertua saya kata dia pun sedih tengok Hani masa tu..
Sudahnya, sayapun serah Baby Ammar kepada mak mertua. Bila macam tu, barulah Hani nak rapat dan peluk saya. Masa tu dia mula tenang sikit. Tapi bila saya ambil semula baby Ammar dari ibu mertua, dia mula menangis lagi!
Semasa dalam perjalanan balik, sampai lah ke rumah, Hani menangis. Berhenti sekejap sekejap dan sambung nangis lagi.
Masa sampai di rumah, Hani tak nak turun dari kereta. Sampai begitu sekali.
Moody Hani membawa ke malam. Dia tak mahu dekat dengan saya dan baby Ammar. Dia marah bila saya menyusukan baby Ammar.
Yang mengejutkan, semasa saya menukarkan lampin baby Ammar pada tengah malam sekitar jam 1 pagi, Hani tiba-tiba berjalan masuk terkedek-kedek ke bilik..terus memanjat ke katil dan melihat adiknya yang menangis semasa saya tukarkan lampin. Pelik masa tu. Tiba-tiba 360 dari sikapnya siangnya tadi.
Dan dari malam tu, sehingga 3 malam berturut-turut, Hani tidur dengan saya dan adiknya di bilik di tingkat bawah.
Sekarang ni pula, Hani dah tiada masalah dengan kehadiran adik barunya. Bila dia datang dekat adiknya, dia akan panggil “Ammaiii..” tak dapat sebut “R” lagi..he he.
Hani bahasakan dirinya “Akak Izyan” kepada Ammar. Beberapa kali dia datang ke arah saya dan baby Ammar, dia panggil adiknya dulu, “Ammaiii”.. kemudian sebut “Akak Izyan..” sambil tangannya diletakkan ke dadanya.. Pintar betul budak Hani ni.
Bila adik dia menangis, dia cepat-cepat datang sambil panggil-panggil adiknya. Kadang-kadang dia sentuh kepala adiknya seolah-olah nak memujuk kononnya.
Boleh dikatakan, kelahiran adiknya banyak mengubah sikap dan tingkah laku Hani.. Dia dah faham kalau kita larang dan sangat mendengar kata. Jauh beza sebelum adiknya lahir dulu..
Tiba-tiba rasa tak sabar dengan macam mana keadaan mereka bila besar sikit nanti, terutama Hani yang agak protective pada adiknya…
Inilah dia Hani a.k.a Akak Izyan.. :))
semak saman
semoga hani dan adiknya membesar dengan sihat dan menjadi anak yg dapat mengembirakan hati ibu ayahnya.
ctfand
Amiin.. Terima kasih tuan semak saman..he he