ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Info / Ujian Saringan Pendengaran Bayi

Ujian Saringan Pendengaran Bayi

11Mar | 2016

11 March 2016 By ctfand 1 Comment

Baby Ammar, baby baru saya..telah menjalani ujian saringan pendengaran pada minggu lepas di Pusat Bersalin Berisiko Rendah (PBBR), Presint 8, Putrajaya.

 

Alhamdulillah, keputusannya “Pass”, bermakna normal dan baby Ammar tiada masalah pendengaran.

Sebenarnya, terdapat tiga jenis keputusan ujian saringan pendengaran yang akan diperoleh iaitu:

  • LULUS / PASS atau;
  • RUJUK / REFER atau;
  • NOISE / BISING.

Maksud keputusan ujian ini adalah:

LULUS / PASS

Organ pendengaran bayi mungkin sihat dan mempunyai pendengaran yang normal. Walau bagaimanapun, sekiranya bayi mempunyai risiko tinggi untuk mendapat masalah pendengaran, adalah penting untuk membawa bayi menjalani saringan pendengaran secara berkala (setiap 6 bulan sehingga berusia 3 tahun) bagi memastikan bayi benar-benar mempunyai pendengaran normal.

RUJUK / REFER

Organ pendengaran bayi mungkin tidak normal dan disyaki mempunyai masalah pendengaran. Bayi perlu menjalani ujian saringan pendengaran sekali lagi atau ujian pendengaran diagnostik bagi pengesahan masalah pendengaran yang telah dikesan. Pastikan bayi diberi temu janji susulan dan bawa bayi pada hari temu janji yang telah ditetapkan.

NOISE / BISING

Keputusan ujian tidak tepat yang mana keputusan yang diperoleh dipengaruhi oleh suasana kebisingan bilik ujian atau bayi tidak senyap (menangis, bergerak-gerak) semasa ujian dijalankan. Pastikan bayi menjalani ujian pendengaran sekali lagi sehingga keputusan LULUS / PASS atau RUJUK / REFER diperoleh.

*****

Berdasarkan pemeriksaan hari tu, baby Ammar tidak mempunyai temujanji susulan untuk ujian pendengaran dan hanya dinasihatkan untuk mematuhi jadual temujanji rutin di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak.

Keperluan Ujian Saringan Pendengaran

Sebagai perkongsian, terdapat dua jenis saringan pendengaran bayi iaitu:

  1. Saringan pendengaran bayi universal. Ia dilakukan ke atas semua bayi yang baru lahir. Pada ketika ini, saringan ini hanya dilakukan di beberapa hospital sahaja.
  2. Saringan pendengaran bayi berisiko tinggi. Ia dilakukan ke atas bayi yang lahir dengan komplikasi seperti yang disenaraikan di bawah ini. Saringan berisiko ini dilakukan di kebanyakan hospital kerajaan.

*Senarai penunjuk bayi berisiko tinggi (berdasarkan Joint Committee on Infant Hearing, 1994).

  • Sejarah ahli keluarga yang mempunyai masalah pendengaran kekal jenis sensorineural dari kecil.
  • Hyperbilirubinemia (Demam kuning) yang memerlukan pertukaran darah.
  • Jangkitan kongenital (toxoplasmosis, rubella, cytomegalovirus, herpes).
  • Craniofacial anomalies (kecacatan pada muka) termasuk keabnomalan morfologi pada cuping telinga dan salur telinga.
  • Berat badan bayi semasa lahir kurang daripada 1500gram.
  • Bacterial meningitis.
  • Skor APGAR 0 hingga 4 pada 1 minit atau 0 hingga 6 pada 5 minit.
  • Penggunaan ubat-ubatan yang ototoksik.
  • Penggunaan ventilasi mekaninal yang berpanjangan selama 5 hari atau lebih lama.
  • Stigmata atau lain-lain penemuan yang berkaitan dengan sindrom yang diketahui untuk mendapat masalah pendengaran jenis konduktif dan / atau sensorineural.
  • Penyakit atau keadaan yang memerlukan kemasukkan selama 48 jam atau lebih ke Pusat Jagaan Rapi Bayi (NICU).
  • Jangkitan post natal (selepas kelahiran)

Bagus juga ada ujian saringan pendengaran ini. Boleh menyediakan ibu bapa sekiranya bayi menghadapi masalah pendengaran. Di samping itu, rawatan awal boleh dilakukan yang semestinya dapat mengurangkan risiko masalah lebih teruk berlaku. 

Sumber maklumat yang dikongsikan diperolehi dari Laman Web MyHealth.gov.my. 

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Info Tagged With: bayi baru lahir, masalah pendengaran bayi, pemeriksaan bayi baru lahir, saringan pendengaran bayi, ujian pendengaran bayi

Comments

  1. oh pt3

    14 March 2016 at 2:30 pm

    buat scanning untuk ketika anak masih bayi amatlah bagus, sebab jika ada apa-apa masalah boleh detect dan pulihkan dengan cepat. selain ni boleh buat assesssment denver.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2026 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d