ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Info / 8th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2016

8th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2016

12Feb | 2016

12 February 2016 By ctfand 6 Comments

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2016

8th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2016 atau Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2016 memasuki tahun yang ke-8 penganjurannya pada tahun ini. Untuk tahun ini, pesta ini akan diadakan selama 3 hari berturut-turut bermula pada 11 Mac hingga 13 Mac 2016.

Untuk pesta belon panas kali ini, lebih daripada 20 pilot dari lebih 10 negara telah mengesahkan tempat untuk menyertai pesta yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia khususnya mereka yang tinggal dekat dengan Putrajaya dan kawasan sekitar. Negara-negara tersebut termasuklah United Kingdom, Thailand, Sepanyol, Perancis, Belanda, Belgium, USA, Korea Selatan dan semestinya dari Malaysia sendiri.

Lokasi Event

Lokasi event pada tahun ini masih sama seperti pada tahun 2015. Jika anda tidak biasa dengan kawasan Putrajaya, anda hanya perlu buat carian keyword “Monumen Alaf Baru” pada Google Map atau Waze..gerenti anda tidak sesat.

Akan tetapi, berdasarkan pengalaman-pengalaman lepas, saya nasihatkan anda meletakkan kereta jauh dari lokasi pelancaran belon udara panas untuk mengelakkan anda terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang biasanya maha teruk. Untuk mengetahui maklumat selanjutnya, silalah baca sampai habis.

Peta lokasi adalah seperti berikut:

hot air balloon 2016
Lokasi beserta legend:

Night Glow

Untuk program kegemaran ramai iaitu Night Glow, tiket pada tahun ini telah ditambah 2 kali ganda berbanding tahun 2015 akibat sambutan yang amat memberangsangkan. Di lokasi program ini nanti anda berpeluang juga untuk menyaksikan bunga api sambil mendengar alunan muzik seiring dengan persembahan yang diadakan.

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2016

Night Glow

Selain itu, aktiviti lain yang turut dianjurkan di dalam pesta ini adalah Interactive Workshop, pertandingan mewarna dan membuat kapal terbang kertas untuk kanak-kanak, helicopter rides, sesi Yoga dan Zumba, aktiviti sukan ekstrim di Extreme Zone dan banyak lagi.

My Balloon Club

Untuk tahun ini, ahli My Balloon Club ditawarkan lokasi menonton terbaik berbanding tahun sebelumnya, iaitu di sebuah “pondok” khas di kawasan Blue Zone (Launching Field – Tapak Pelancaran). Rujuk peta layout di atas.

Ahli-ahli juga diberikan peluang istimewa menikmati jamuan buffet di lokasi pelancaran belon udara panas diiringi dengan persembahan muzik jazz secara live dan akses khas menaiki premium tethered ride, iaitu belon udara terikat.

Jadual Penuh Pesta Belon Udara Panas 2016

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2016

Jadual Pesta Belon Udara Panas 2016 hari pertama

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2016

Jadual hari kedua dan ketiga

Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2016 adalah percuma (boleh ditonton daripada jauh, atau diluar kawasan berbayar di luar pagar).

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pesta ini, hubungi 03-90440002 atau masuk ke laman web rasmi penganjur di www.myballoonfiesta.com dan follow Facebook Page mereka di facebook.com/myballoonfiesta .

8th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta adalah dianjurkan oleh AKA Balloon Sdn. Bhd dan Perbadanan Putrajaya (PPj).

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Info Tagged With: belon panas 2016, hot air balloon 2016, hot air balloon putrajaya 2016, pesta belon panas 2016, pesta belon udara panas putrajaya 2016, putrajaya hot air balloon 2016, Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2016

Comments

  1. Azwar Syuhada

    13 February 2016 at 10:58 am

    Menarik!

    Reply
    • ctfand

      14 February 2016 at 4:57 pm

      Sangat menarik!

      Reply
  2. Sally

    14 February 2016 at 2:47 pm

    Tak tau la dapat kesana ke tak tahun ni..teringin jugak nak tgk 🙁

    Reply
    • ctfand

      14 February 2016 at 4:56 pm

      Sempat lagi nak plan ni sally..lagi sebulan..he he

      Reply
  3. musadun

    19 February 2016 at 9:00 pm

    bestnya ada pesta hot air ballon ni.sebab kita tak selalu boleh nampak hot air ballon ni

    Reply
    • ctfand

      25 February 2016 at 8:00 pm

      Seronok juga acara tahunan ni. Cuma tahun ni, saya akan miss..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,606 spam blocked by Akismet

Copyright © 2026 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d