ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Personal / Kisah What You Give, You Get Back

Kisah What You Give, You Get Back

5Sep | 2015

5 September 2015 By ctfand 5 Comments

 

htc one m9

gambar hiasan

Kisah ni berlaku beberapa hari lepas. Kejadian berlaku di sebuah telco centre di Alamanda Putrajaya.

Petang tu, aku masuk ke dalam satu telcocentre ni sebab nak tahu maklumat lanjut tentang tawaran mereka untuk memiliki smartphone. Nak tahu je dulu secara terperinci tentang bayaran bulanan, data, kadar bayaran panggilan, sms dan sebagainya.

Masuk di tempat tu, aku melilau mencari sales representative atau wakil jualan diorang. Masa tu tak ada sebab semua tengah melayan customer. Nak ke kaunter terus tak logik lah pulak sebab niat aku cuma nak bertanya dan bersoal jawab je.

Mula-mula aku berdiri je menunggu. Kemudian aku terpandang seorang staff di kaunter yang aku pun tak tau dia tengah buat apa. Kita gelarkan dia sebagai Mr. M supaya senang korang nak follow cerita.

Dia tengok aku, aku tengok jugaklah dia dengan harapan dia datang bertanya ke apa.

Tapi, tak. Dia terus buat2 tak tahu.

Tak pe lagi. 

Bila dah tak dipedulikan, aku pun cuba menghilangkan boring menunggu dengan mencuba-cuba SEMUA smartphone yang diorang sedang pamerkan. Semua ok.

Dari meja pertama, aku pergi meja kedua.

Di meja kedua, entah macamana masa aku keluarkan smartphone satu tu, tiba-tiba alarm berbunyi. Aku buat “derk” je lah sebab aku tak sengaja, jauh lagilah nak mencuri..kaannn.. Tapi malu jugaklak aku sikit..hihi. 

Staff staff dikaunter pulak pandang aku semacam. 

Lama jugak alarm tu berbunyi. 

Selepas dibiarkan beberapa ketika, seorang staff iaitu Mr M tadi dengan muka masamnya bangun menuju ke meja display untuk mematikan alarm. Aku masih di situ sambil membelek smartphone yang lain.

Semasa dia mematikan alarm tu, aku terdengar dia berkata sesuatu..tapi tak dapat tangkap apa yang dia katakan. 

Nampak dia memang marah atau meluat kat aku kot sebab “kacau2” display sampai alarm berbunyi. 

Aku rileks je la..memang salah aku kot. 

Tak berapa lama selepas tu, seorang staff lain dah available. Aku pun bersoal jawab dengan dia. Semua benda aku tanya. 

Dalam pada kami bersoal jawab tu, kedengaran suara agak keras di kaunter. Rupanya, Mr M tadi sedang dimarahi oleh seorang customer. 

Antara yang aku dapat dengar customer tu kata lain center lain permintaan / arahan dibuat. Siap customer tu minta nama, dia kata “dengan siapa saya nak refer nanti? Bagi nama awak!” In enggerish okeh. Membebel-bebel orang tu. 

Dalam hati aku..”tadi dia buat aku, sekarang orang buat kat dia pulak”.

Sebenarnya aku tak mintak Mr M tu dibalas atau apa-apapun..benda dah jadikan.. Tak sangka pulak dia kena macam tu.

Akhir sekali masa aku dah nak beredar, aku perasan yang Mr M sedang melayan customer lain pulak..seorang pakcik. Last sekali yang aku terdengar pakcik tu kata dengan nada tak puas hati..”buang masa je!”. Terus pakcik tu beredar keluar dari kedai tu…

Aku tak tengoklah macamana muka Mr M masa tu.

Moralnya, cuba untuk bersangka baik dan manis muka bila berhadapan dengan orang lain. InsyaAllah baik jugaklah yang kita dapat.. Lagi satu, hati-hati “buat tak baik” di akhir zaman ni..nanti kena “bayar cash”.. 

Wallahu’alam..

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Personal Tagged With: pengajaran, pengalaman

Comments

  1. Alongxp

    7 September 2015 at 9:15 pm

    kadang balasan bukan terus kepada kita sama ada baik atau tak, tapi macam mana pun, akan pusing balik kat kita kan?

    Reply
  2. mselim3

    15 September 2015 at 10:07 am

    Assalammualaikum…ctfand,

    cerita nie memang menyedarkan dan menginsafkan.. kita manusia nie mudah aje di balas cash.. bermanis muka dan mudah tersenyum kan..

    mselim3

    Reply
  3. Mizz Aiza

    15 September 2015 at 11:17 pm

    assalam.. lama aiza tak singgah sini.. memang betul kita dapat balasan apa yang kita buat.. sepatutnya kerja di kaunter depan kena profesional dan positif..

    Reply
  4. Mrsyatie

    18 September 2015 at 9:44 am

    PG pun pernah berhadapan dengan situasi macam ni. sebagai seorang pekerja, kenalah berdisiplin. kesian juga kalau asyik kena marah dengan bos.

    Reply
  5. Pha Is

    19 December 2015 at 10:06 pm

    pengajaran yg baik utk kita semua..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2026 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d